Merawat UMNO dan Barisan Nasional

Monday, 16 June 2008
ImagePulau Pinang bukan lagi milik Barisan Nasional. Pulau Pinang sudah jatuh di tangan pembangkang. The Sun melaporkan hari ini, Dr Koh Tsu Koon telah mengambil tanggung jawab penuh atas kegagalan Gerakan di Pulau Pinang dan menawarkan dirinya untuk meletak jawatan sebagai Presiden Gerakan. Ini adalah pengakuan yang berhemat dan tawaran ini adalah atas keprihatinan beliau terhadap kekecewaan ahli-ahli Gerakan akibat kekalahan hebat Gerakan di Pulau Pinang.

Penawaran itu menarik perhatian kita kepada Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri yang bakal dinobatkan semula itu adalah dari Pulau Pinang. Negeri yang kini di miliki oleh pembangkang. Di bawah pentadbiran Perdana Menteri itu jugalah Barisan Nasional dan UMNO kini berdepan dengan tsunami politik yang memalukan. Selangor, Perak, Kedah dan parlimen dalam Wilayah Persekutuan jatuh tersungkur ke tangan pembangkang. Kelantan pula diberi mandat yang lebih besar kepada kerajaan PAS.

Sungguhpun Barisan Nasional masih lagi membentuk kerajaan tetapi kerajaan yang akan dibentuk ini adalah kerajaan yang tercalar moral dan kredibilitinya. Ini perlu ditangani semula. Kredibiliti Barisan Nasional harus segera dipulihkan dan pemulihan itu menuntut mereka yang sepatutnya bertanggung jawab untuk melepaskan jawatan atas penerimaan kegagalannya. Tidakkah itu sebenarnya satu langkah bertanggung jawab?

UMNO sepatutnya lebih terbuka dalam menangani isu ini. Emosi perlu di ketepikan dan realiti kekalahan harus di telan. Abdullah Hj Ahmad Badawi harus menerima kegagalan beliau dalam mentadbir negara ini sehingga menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional kini menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.

UMNO tahu dan sedar akan kelemahannya dan Pak Lah sendiri sepatutnya bersedia undur atas kekalahan yang memalukan. Ini adalah hakikat yang perlu Pak Lah terima. Ini bukan menuding jari sebab dan penyebab kekalahan tetapi agak janggal Perdana Menteri Malaysia adalah dari negeri yang tumbang ke tangan pembangkang.

Mungkin sebenarnya itu lah mesej rakyat kepada Barisan Nasional yang diterajui oleh Pak Lah. Mungkin itu adalah langkah awal untuk merawat kredibiliti Barisan Nasional dengan kepimpinan tertingginya mengambil tanggungjawab dengan melepaskan kedudukannya untuk memberi ruang kepada kepimpinan dengan nafas baru dalam pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional. Sedikit sebanyak ini akan menunjukkan ketelusan sikap kepimpinan yang tidak mementingkan diri sendiri dan meletakkan kepentingan UMNO sebagai yang utama.

Apa pun, jawab yang diberi oleh Pak Lah untuk tidak meletakkan jawatan atas tekanan yang sebenarnya sudah wujud dalam UMNO tidak menampakkan beliau mendahulukan parti tetapi hanya menunjukkan sikap tidak mahu menerima kesalahan atas kegagalan pentadbirannya. Kerana itu Pak Lah – mungkin adalah lebih baik untuk beliau melepaskan jawatan beliau atau memilih untuk tidak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: