Lembu punya kepala, kenapa UMNO busuk nama?


Oleh: ROSLAN BIAN

bantah-shah-alam

Cerita kepala lembu dalam demonstrasi bantah bina kuil di Seskyen 23 Shah Alam belum ada tanda-tanda akan selesai apabila pemimpin PAS menuduh UMNO dalang disebalik kejadian depan ibu pejabat Kerajaan Negeri Selangor, petang Jumaat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan rakannya dari Pokok Sena Datuk Mahfiz Omar bukan sahaja menghalakan kesalahan kepada UMNO tetapi polis, kononnya bersikap ‘tunggu dan lihat’ ketika kejadian tersebut.

Tidak pelik apabila kedua-dua pemimpin PAS ini yang dikatakan terbabit Kumpulan Erdogan yang Pro Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan UMNO kerana Ketua Pembangkang itupun selalu bertindak serupa.

Serangan terhadap UMNO dan polis oleh Khalid semata-mata untuk menutup kegagalan beliau menangani isu bantahan kuil oleh penduduk Seksyen 23 yang sudah berlarutan sejak sebulan lalu.

Dengan menuduh perarakan ‘kepala lembu’ yang masih segar berdarah semalam sebagai usaha terbaru ‘pelampau UMNO’ untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu, beliau juga macam mahu memalukan PAS Selangor yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali.

Baik kalangan PAS ataupun pemimpin UMNO di Selangor tahu, Khalid dan Pesuruhjaya PAS negeri itu tidak sebulu dan sehaluan dalam banyak isu terutama selepas Ahli Parlimen Shah Alam itu digugurkan daripada barisan pimpinan PAS Selangor.

Dr Hasan yang juga Exco kerajaan negeri masih membisu dalam soal ini.

Sikap berdiam diri untuk survival politik juga bukan perkara baru bagi Dr Hasan malah terbaru, dalam isu penjualan arak di Shah Alam, beliau juga tunduk pada keputusan PKR dan DAP.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi Sabtu, Khalid mendakwa UMNO sudah jadi parti yang ekstrem dan sudah mula berdemonstrasi di beberapa tempat lain.

“Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

“Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau UMNO), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku,” kata Khalid seperti dilaporkan web lidah rasmi parti PAS..

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut menuduh pemimpin UMNO Selangor terbabit kejadian yang juga membangkitkan kemarahan Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu.

“Apakah pemimpin UMNO Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?” katanya mengulas tindakan penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu tersebut

Menganggap insiden itu boleh mencetuskan api perkauman, beliau meminta mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya..

Ianya satu permintaan pelik oleh Mahfuz.

Kenapa perlu minta mufti bertindak sedangkan sebelum ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak seolah-olah tidak menerima keputusan mufiti-mufti dalam Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan isu menentukan siapa masuk syurga mahupun neraka.

Janganlah kerana mahu menutup kelemahan PAS di Selangor, Mahfuz mencari orang lain untuk di kambing hitam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad dalam kenyataan media petang tadi juga, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi UMNO sejak ditubuhkan lagi.

“Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau),” tegas beliau.

Menunding jari berkata salah kepada orang lain tanpa usul periksa adalah ditegah agama tetapi demi matlamat, sudah banyak perkara dihalalkan PAS.

Mereka sepatutnya menilai pengakuan Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf yang berkata, beliau adalah seorang ahli PAS.

Bagaimanapun, adanya kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri kerana mereka tidak dapat mengesan siapa membawanya.

Semua tuduhan melulu terhadap UMNO ini pasti tidak diterima diam oleh pemimpin mahupun ahli UMNO.

Jelaslah, dalam isu ini nampak macam, “ Lembu punya kepala, UMNO busuk nama’.
Lembu1

Jika sebelum ini, isu lembu korban membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemuda PKR membawa lembu ketika buat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), isu kepala lembu ketika demonstrasi semalam bakal membawa musibah baru.

Jika benarkan ada pembabitan pihak UMNO dalam isu itu, ianya gambaran jelas bahawa PAS sudah tidak boleh diharap memperjuangan kepentingan orang Melayu dan agama Islam terutama di Selangor dalam erti kata lain, PAS kini dicucuk atau ditarik hidung macam lembu oleh sekutu mereka.-29/8/2009

Apa nasib kita 52 tahun lagi?


ESOK, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-52. Ia bermakna sudah 52 tahun kita mentadbir dan memerintah tanah air ini dengan cara kita sendiri.Kita menempuh segala cabaran dengan tabah bersandarkan kekukuhan perpaduan pelbagai kaum yang selama ini dikagumi oleh dunia. Tetapi persoalannya apakah yang akan berlaku 52 tahun lagi? Apakah yang akan menjadi faktor penentu bagi memastikan kemerdekaan negara ini yang dicapai melalui titisan keringat, air mata dan darah berkekalan? Berikut kami paparkan pandangan tiga penulis dari tiga generasi berbeza mengenai perkara itu.

Lahir generasi berilmu – Oleh NIEZAM ABDULLAH – Dalam melangkah ke era 50-tahun akan datang, kita seharusnya tidak lupa kepada sejarah silam bagaimana kemerdekaan dicapai hasil titisan darah dan air mata orang terdahulu.

Hari ini golongan belia semakin terhakis pengetahuan itu. Mereka lebih tertumpu kepada aspek hiburan. Pemikiran intelektual mereka didedahkan kepada faktor-faktor terhadap keseronokan semata-mata. Maka lahirlah belia yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon, mahu mencari kekayaan di pentas Akademi Fantasia daripada mereka yang bercita-cita untuk bergelar saintis ataupun professional lain.

Seandainya perkara ini tidak diambil berat, 50 tahun akan datang lahirlah golongan belia yang ketandusan ilmu sehingga boleh menyumbang kepada kemusnahan bangsa dan negara.

Jika ia berlaku, kita akan mewarisi satu masyarakat baru yang hilang adab sopan, lebih malang akan lahirlah pemimpin atau golongan intelektual yang akan mencorakkan elemen itu di dalam sistem pendidikan sehingga boleh mengakibatkan pemikiran masyarakat Malaysia kembali dijajah. Dari sudut agama amat merisaukan apabila keruntuhan akhlak dan gejala sosial itu menjadi penyakit yang merebak dengan pantas ke dalam jiwa golongan muda-mudi. Apa akan jadi kepada masyarakat kita jika bilangan samseng jalanan, anak luar nikah dan bohsia itu bertambah?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Menyediakan pewaris – Oleh Zin Mahmud – Generasi yang lahir dari tahun 1957 hingga 1963 adalah anak merdeka ketika Tanah Melayu belum menjadi Malaysia. Tempoh dari 1957 hingga 1963, Tanah Melayu sedang mengukuhkan diri sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Tentu bagi generasi ini, mereka dibesarkan dengan suasana negara yang masih kuat dipengaruhi dan dikuasai oleh penjajah. Tentera British masih banyak. Darurat hanya berakhir tahun 1960. Walaupun merdeka, tahun-tahun itu kuasa penjajah masih kental. Tentera dan ekonomi kuat dipegang British. Dasar luar masih dipengaruhi kuat dari London. Lebih tepat Malaya ketika itu adalah dalam bentuk neo-kolonial.

Britain mahu memerdekakan Tanah Melayu dengan syarat kepentingan ekonominya tidak terjejas.

Justeru generasi yang lahir pada akhir 50-an dan awal 60-an membesar dalam keadaan negara yang belum benar-benar merdeka. Keadaan negara masih susah. Ibu bapa generasi ini menanggung penderitaan Darurat. Masih kelihatan kesusahan di merata-rata tempat.

Dalam suasana terancam, London menggesa penubuhan Malaysia merangkumi semua tanah jajahannya di Asia Tenggara. Keadaan tidak stabil terus berlaku. Pemberontakan Brunei membawa negara itu enggan menyertai Malaysia. Konfrontasi dilancarkan Indonesia ekoran penubuhan Malaysia, diikuti terkeluarnya Singapura pada tahun 1965. Hanya selepas peristiwa 13 Mei dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pelajaran Kebangsaan, keadaan menjadi stabil dan mengukuh.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kestabilan politik penentu – Oleh Zulkiflee Bakar – DUA tahun lalu, kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50. Ketika itu rakyat Malaysia begitu bangga kerana kononnya mereka merasai kebebasan sebenar-benarnya. Mereka bebas dalam semua perkara termasuklah dalam penyebaran maklumat tanpa sekatan. Internet digunakan sepenuhnya bagi melahirkan pandangan mereka.

Parti-parti politik pembangkang pula semakin lantang dan membangkitkan apa juga isu demi meraih sokongan politik. Akhirnya, pada tahun 2008, Malaysia menyambut kemerdekaan ke-51 dalam keadaan yang agak

muram.

Kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan terlepas kekuasaan di beberapa buah negeri yang dialami oleh Barisan Nasional (BN) telah mengubah senario politik negara. Akibat kerapuhan itu, BN yang dilihat tonggak kestabilan politik negara tergugat. Kebebasan yang kononnya diberikan atas nama demokrasi akhirnya memakan diri.

Penulis membangkitkan soal kestabilan politik BN kerana parti itulah selama ini menjadi tonggak Malaysia terus mengecap kemerdekaan dan ketenteraman. Tiada siapapun yang dapat menafikan bahawa BN yang bertanggungjawab memerdekakan negara ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Malaysia 52 tahun merdeka


Oleh Hafizahril Hamid


TUNKU Abdul Rahman menerima watikah kemerdekaan daripada wakil Ratu Elizabeth II di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.


Tunku Abdul Rahman bersama delegasi ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu.


PERARAKAN menentang komunis yang di ketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.


Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang terpaksa bersekongkol dengan militan dan gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama ada juga yang percaya pada perjuangan tanpa keganasan.

Dalam konteks kemerdekaan negara ini, ia dicapai melalui cara yang berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara paling unik yang membezakan Malaysia dan negara-negara lain dalam perjuangan kemerdekaan. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai hari negara ini bebas dari cengkaman penjajah yang senantiasa menjadi petualang demi untuk kepentingan mereka.

Namun begitu ini tidak bermakna kita memperoleh kemerdekaan dengan mudah. Sejak negara ini dijajah pada 24 Ogos 1511 dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis, telah berlaku banyak peperangan dan pertempuran terhadap penjajah bagi menyatakan kebencian penduduk negara ini terhadap penjajah.

Kemudian dengan bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu pada 1874, ini mula menimbulkan kebencian terhadap penjajah, yang akhirnya mendorong orang Melayu untuk bangkit menentang British.

Nama-nama seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Haji Abdul Rahman Limbung dan Mat Salleh di Sabah, hanya menyebut beberapa nama merupakan antara tokoh pejuang awal yang sanggup mengorbankan diri demi memperjuangkan kebebasan dengan menghalau penjajah. Walaupun penentangan yang dilakukan ini tidak memperoleh apa-apa kemenangan tetapi semangat perjuangan inilah yang telah memercikkan api nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan.

Nasionalisme

Gerakan nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan mula timbul berikutan semangat penduduknya yang inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri.

Langkah paling berkesan dalam menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat ialah melalui akhbar yang mana ia telah berjaya meniupkan semangat anti penjajah. Terdapat beberapa golongan yang cerdik pandai yang berjuang dengan menggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Antara mereka ialah golongan berpendidikan agama yang mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga ialah golongan sekular berpendidikan Melayu.

Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.

Namun penjajahan Jepun pada 1942-1945 adalah punca sebenar yang telah membuka mata masyarakat bahawa penjajahan boleh dihapuskan. Keupayaan Jepun menundukkan penjajah British sekali gus membuktikan bahawa penduduk negara ini boleh membebaskan diri dan berdikari.

Selepas pendudukan Jepun, orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang di Indonesia yang sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk di sini.

Namun begitu Tanah Melayu sekali lagi dijajah oleh British, dan malangnya penjajah melihat kemerdekaan bukanlah perkara utama bagi mereka malah mengumumkan cadangan penubuhan Malayan Union .

Sir Harold MacMichael telah dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu. Beliau telah bertindak memaksa Sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan pihak British. Malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun

Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal sekurang-kurang 10 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai ‘jus soli’.

Tergugat dengan keadaan ini orang Melayu yang selama ini dilihat lemah oleh penjajah telah bangkit membantah. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pesara-pesara British dalam Perkhidmatan Awam seperti Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemardt turut membantah rancangan Malayan Union.

Dari sudut pandangan orang Melayu, penentangan ini telah disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau Pekembar yang muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.

Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan.

Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dilantik sebagai presiden pertama. Kongres itu turut mendesak Malayan Union dimansuhkan. Pihak British sangat terkejut dengan perubahan sikap masyarakat Melayu.

Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama,

Perubahan

Malah Sultan di negeri-negeri Melayu turut bersama berganding bahu menentang Malayan Union dan semua ini berjaya dicapai melalui usaha tersusun yang dilakukan UMNO.

Meskipun penentangan orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelaksanaan Malayan Union. Sebaliknya, Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent dilantik Gabenor pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union begitu kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasa sepenuhnya. Malah pada majlis pelantikan Edward Gent, majlis tersebut telah dipulau oleh Sultan-sultan Melayu. Akhirnya, Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 dan ia telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan bermulalah episod untuk mendapatkan kemerdekaan.

Percubaan pertama untuk mendapatkan kemerdekaan berlaku pada 1954, di mana Tunku Abdul Rahman mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperoleh kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal.

Pada tahun yang berikut, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang ketika itu merupakan gabungan UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama dan MIC yang mewakili kaum India menyertai parti tersebut pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan tarikh 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Laungan “merdeka” yang bergema di Stadium Merdeka turut sama dilaung dan dikongsi bersama di seluruh negara.

Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.

Muhyiddin bercakap benar – Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.
mahathir-muh
“Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya,” kata Dr Mahathir dalam laman blognya Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.

“Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

“Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Bukit Mertajam semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

“Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.

“Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap.

“Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita.

“Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah keretapi kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.

“Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi,” kata Dr Mahathir dalam blognya

Soi Lek dipecat


Oleh Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Majlis Presiden MCA anggap skandal seks memalukan parti

KUALA LUMPUR: Pergolakan dalaman yang melanda MCA sejak pemilihan parti itu pada Oktober tahun lalu dijangka berterusan apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada parti kerana menjejaskan imej parti berhubung skandal seksnya pada 2007.

Keputusan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat selepas Majlis Presiden yang bermesyuarat di Wisma MCA di sini sehingga lewat malam tadi, bersetuju dengan syor jawatankuasa disiplin supaya Dr Chua dipecat.

Tee Keat berkata, Majlis Presiden mengambil keputusan menerima syor jawatankuasa disiplin untuk memecat Dr Chua berkuat kuasa serta-merta kerana membawa imej buruk kepada parti.

“Ia dibuat mengikut perkara 127a perlembagaan parti yang membenarkan beliau mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari. Ahli Majlis Presiden akan bersatu dan bertanggung jawab atas keputusan itu dan akan memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya.

Majlis Presiden membincangkan syor memecat Dr Chua berhubung pengedaran DVD yang menunjukkan beliau yang ketika itu Menteri Kesihatan, melakukan hubungan seks dengan perempuan simpanannya.

Terdahulu, Dr Chua dikehendaki meninggalkan mesyuarat Majlis Presiden kerana mahu membincangkan syor jawatankuasa disiplin itu.

Dr Chua sejurus keluar daripada mesyuarat itu memberitahu media beliau menerima laporan jawatankuasa itu pada jam 5.30 petang semalam yang memaklumkan syor memecatnya.

“Majlis Presiden bertindak umpama ‘cop getah’ untuk meluluskan syor jawatankuasa disiplin. Saya tidak terkejut dan berharap Ong akan tidur lena malam ini.

“Sebagai ahli yang setia kepada parti, saya menerimanya dengan hati terbuka dan menyerahkan kepada sejuta ahli MCA menentukan sama ada keputusan itu adil atau tidak,” katanya.

Fadhilat Solat Terawikh




Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati”.

Malam 19 – Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah SWT memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

Kecelaruan Nik Aziz dan syurga PAS !


ISU “syurga, neraka serta mengkafirkan UMNO” berlaku seawal 1986. Namun ia tidak bererti ia terhenti begitu sahaja. ‘Rekod lama’ itu kini dimainkan semula. Lebih-lebih lagi dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ketika ini.

Pada 1990, bekas Ahli Jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said pernah meminta ulama Pas supaya berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang boleh mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu.

“Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir,” tegasnya.

Fatwa yang tidak menentu seperti itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi ahli Pas berkecamuk sesama sendiri. Akhirnya timbullah pelbagai kumpulan dengan dasar serta pemikiran tersendiri sehingga tidak boleh dikawal lagi.

Bagaimanapun, persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang kafir sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas?

Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja?

Hakikatnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini. Malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula, baik oleh ahli sendiri mahupun umat Islam.

Begitupun dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam khususnya para pengikut Pas yang barangkali bersikap “apa yang dikatakan oleh tok guru semuanya betul”, maka Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu menjawab soalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan rakan-rakan komponennya, MCA dan MIC sebagai kafir.

Pernah pada 1995, terdapat seorang pemimpin Pas yang berkata, orang beragama Islam tidak boleh mengundi calon daripada kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam.

“Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,” kata laporan itu.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: “Bagaimana pula kerjasama yang terjalin antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP?

Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang dikecualikan? Bagaimana pula kerjasama Pas dan DAP yang diketuai Lim Kit Siang? Beliau secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas.

Adalah malang bagi pengikut Pas yang mempercayai bahawa hanya menjadi ahli parti itu, baru boleh masuk syurga.

Ironinya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang telah dikata dan dilakukan mereka.

Ketika berbaik-baik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila suatu ketika tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai “sudah luput masa” dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding pada pilihan raya umum 2004. Kini kedua-duanya ‘bersatu’ kembali.

Bukan sahaja Nik Abdul Aziz, gelagat pemimpin Pas lain juga menampakkan mereka seolah-olah ‘memegang syurga dan neraka’.

Ketika calon Pas, Abu Bakar Sakak menarik diri daripada bertanding menentang Datuk Seri Syed Hamid Albar di Parlimen Kota Tinggi pada 2004, Abdul Hadi mencela bahawa Abu Bakar akan mengalami hidup yang tidak berkat di dunia dan akhirat.

Sedangkan, menang kalah, sokong atau tidak sokong, tidak ada kena mengena dengan akidah seseorang. Memanglah sesiapa yang buat jahat akan terjerumus di dalam neraka tetapi itupun ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia.

Jika disenaraikan fitnah-fitnah yang pernah dilontarkan di tengah-tengah masyarakat maka tidak terhitung banyaknya.

Ketika menjelang pilihan raya umum pertama pada 1955, isu besar pada waktu itu ialah perjuangan mahu merdeka. Tetapi sebilangan penceramah Pas ada yang berkata: “Apa guna merdeka untuk waktu ini, kerana sebatang jarum pun orang Melayu tidak tahu membuatnya”.

Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan konsep Pandang Ke Timur, mereka jaja konsep tersebut kononnya Dr. Mahathir mahu memindahkan Kaabah dari kota Mekah ke Tokyo.

Ketika mempercepatkan setengah jam masa di Semenanjung untuk menyamakan waktu dengan Sabah dan Sarawak dituduh pula sebagai hendak mengubah perjalanan matahari. Apabila memperkenalkan Wawasan 2020, dimomokkan kerajaan akan mengenepikan wawasan akhirat dan sebagainya. Bahkan penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa dikatakan sebagai “Islam kulit dan kosmetik” sahaja.

Apabila pihak kerajaan mengisytiharkan negara ini negara Islam, dilabelkan pula sebagai Islam klon. Bahkan, semua program agama dijadikan bahan ketawa mereka di majlis-majlis ceramah bersama rakyat.

Apa pun mereka kata, Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang termaju di dunia hari ini manakala pemimpin negara turut menjadi tumpuan umat Islam antarabangsa. Putrajaya telah membuktikan kewujudannya dan telah menyambut ribuan tetamu dengan penuh selesa ketika sidang pemimpin negara-negara Islam.

Selagi ketua-ketua parti politik tidak bersikap lebih terbuka dan toleran, atau tidak mementingkan kepentingan umum yang lebih utama untuk kebaikan masyarakat kita, maka dibimbangi selama itulah sikap dan cara berfikir rakyat, khususnya umat Islam akan berkecamuk dan keliru. Malah persepsi mereka akan menjadi samar-samar termasuk isu syurga dan neraka, dosa pahala, Islam dan tidak Islam.

Mereka akan terus-menerus menjadi orang yang taksub, termasuk menjadi pak turut yang membuta tuli tanpa ilmu dan kesedaran terhadap realiti hidup yang sebenarnya. Dan terus menerus menjadi orang yang emosional tanpa dapat menggunakan akal fikiran yang rasional lagi.

Ahli sufi yang menempuh peringkat nafsu mulhammah hingga ke peringkat yang paling agak tinggi iaitu nafsu mardiyyah pun berasa diri mereka belum layak lagi menjadi ahli syurga.Dan sehingga kini tidak ditemui sebarang firman atau hadis menyebut “undi Pas boleh ke syurga”.

Suara Politik
Taminsari

Gobala Ikut Ajaran PAS For All



“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka,” kata Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009 (baca sini). Nik Aziz menyatakan anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Jika Nik Aziz kata UMNO amalkan ajaran dari Palestin, Nik Aziz amalkan ajaran Islam dari mana yang boleh mencarut orang, menghalalkan bukan Islam hina Islam dan menghukumkan orang lain akan masuk neraka? Apakah dengan pangkah PAS semua orang confirm masuk syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT? Buktikan mana ayat dalam Al-Quran yang sebut pangkah PAS masuk syurga?. Jika kata-kata Nik Aziz ini diambil sebagai pegangan oleh orang-orang Islam di Malaysia, bencana yang besar akan berlaku kepada akidah kita.

Gobalakrishan (Ahli Parlimen Padang Serai, Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India) sedang bergelut dengan polis sebelum melepaskan penampar pada seorang anggota polis ketika penamaan calon di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kubang Semang pada jam 11 pagi, 17 Ogos 2009. (Lihat video ini). Gobalakrishanan didakwa di Mahkamah Majistret pada 18 Ogos 2009 di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Malang sungguh PAS memiliki seorang Ketua Kelab Penyokong yang cukup ekstrems dan berperangai tidak rasional sebegini. Gobalakrishnan ini sudah masuk PAS. Gobala ini amal ajaran PAS dari mana, hinggakan boleh tampar orang sesuka hatinya sahaja?

Nik Aziz membuka cermin keretanya dan menyaksikan sahaja bagaimana Gobala menampar seorang anggota polis (lihat video ini). Nik Aziz tidak masuk campur dan buat-buat tidak tahu sahaja. Sedangkan yang melakukan kesalahan itu adalah Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India. Kalau pada 12 Ogos 2009, Nik Aziz kata “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam”. Nik Aziz beri lesen pada bukan Islam untuk hina Islam dengan lidah mereka. Pada 17 Ogos 2009, Nik Aziz beri lesen pula pada seorang ahli parlimen bukan Islam yang merupakan Ketua Kelab Penyokong PAS untuk menggunakan tangannya menampar polis. Inilah ajaran PAS For All yang dibawakan oleh PAS.

Aksi Gobala ketika melepaskan penampar pada seorang anggota polis semalam. Hari ini wakil rakyat DAP dan PKR yang bukan Islam sudah berani kurang ajar. Mereka kata syariah Islam pelampau, mereka hina agama Islam dengan perkataan yang kesat, mereka mahu halalkan penjualan arak dan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu (baca sini), dan semalam mereka sudah tampar anggota polis. Esok lusa, entah apa lagi sikap kurang ajar yang mereka akan buat di negara kita ini. Mereka berjawatan tetapi perangai mereka tidak mencerminkan kapasiti politik yang mereka sandang. Jika orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi tidak serik, jangan sampai penampar singgah di pipi baru kita hendak sedar. Bukalah minda dan hati, bersatulah demi alif, ba dan ta.

Siapa Ajar Gobala Kurang Ajar?

Pada 17 Ogos 2009, ketika penamaan calon di Permatang Pasir, semua mata menyaksikan bagaimana kurang ajarnya Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) menampar seorang polis dalam Buletin Utama TV3, jam 8.00 malam. Namun jika dilihat dalam video yang diambil oleh Malaysiakini ini, aksi Gobala menampar polis tidak diambil, malah perhatian jurugambar dihalakan kepada Nik Aziz yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Malah cerita baru ditambah kononnya Gobala patah tangan kerana dikasari polis. Inilah cara bagaimana Gobala memprovokasi. Siapa yang ajar Gobala kurang ajar sebegini?

Pada 14 Ogos 2009, Wong Chuan How (Pembantu Khas Ronnie Liu) didapati cuba melarikan diri ketika cuba disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lihatlah betapa hebatnya lakonan Wong Chuan How menyimen kakinya untuk menarik simpati daripada orang ramai? Kalau tidak salah, kenapa mahu lari dari siasatan? Berani kerana benar. Bila salah, mulalah buat sesuatu untuk divert isu yang sebenar. Taktiknya meraih simpati di depan kamera.

Ronnie Liu berada di sisi Wong Chuan How dan Gobalakrishnan. Seolah memberi sokongan moral kepada keduanya ke atas aksi yang telah mereka lakukan. Apakah kehadiran Ronnie ini secara kebetulan sahaja atau ianya telah dirancang untuk berbuat demikian? Apakah semua ini dibuat untuk menutup kes campurtangan Ronnie Liu dalam isu arak di Selangor? Apa pun, Ronnie, Wong dan Gobala memang pandai berlakon di depan kamera untuk menarik perhatian dan simpati. Jangan mudah terpedaya dengan lakonan mereka. Motifnya untuk menutup isu dan menimbulkan isu yang baru. Inilah cara wakil rakyat pembangkang berkhidmat kepada rakyatnya. Beruntunglah mereka yang undi mereka, dibalasnya dengan cara sebegini bukan seperti mana yang termaktub dalam Harapan Baru mereka.
Posted by Azrinizam Ibrahim at 10:28 PM 8 comments

Friday, August 14, 2009

PAS Sudah Maafkan DAP, Hina Pun Tidak Mengapa.

Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie. Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh pada 13 Ogos 2009. Nampaknya PAS sudah beri lesen untuk DAP “take beer”. Nik Aziz pun sudah bersikap tidak mengapa kalau DAP menghina Islam atas rasional DAP itu bukan Islam. DAP dan PAS sudah bersalam baik, Anwar salahkan media.


Apakah kejadian ini penghinaan ke atas Islam dan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu ini satu rekaan media semata-mata? Mengapa Anwar dan Nik Aziz cukup takut pada DAP. Apa sahaja kesalahan yang DAP buat, Anwar dan Nik Aziz sudah maafkan. Kalau beginilah sikap mereka, lama-kelamaan Kit Siang lah yang sesuai menjadi Ketua Pembangkang di Malaysia. Tiada guna lagi Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang dan Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS. Berilah kepada DAP semua jawatan itu, kerana ternyata orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak langsung boleh menegur DAP.

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?


abu hassanPejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

“Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

Cermin diri dulu le…


Moral2

Menepati ramalan sebelum ini, PAS menggunakan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Rohaizat Othman.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Permatang Pasir Datuk Mahfuz Omar dalam kempen awal parti itu cuba membangkitkan isu penggantungan lesen guaman Rohaizat oleh Majlis Peguam dan mengaitkkannya dengan moral calon BN itu.

Menurut beliau calon BN itu sepatutnya menarik diri kerana mempunyai masalah moral selepas didakwa terbabit dalam kes pecah amanah dan lesen guamannya ditarik balik oleh Majlis Peguam pada tahun 2008.

Mengulas dakwaan tersebut, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengingatkan PAS agar mencermin diri dulu sebelum hendak bercakap soal moral.

“PAS cari modal lainlah”, kata beliau kepada Agendadaily.

Katanya, tak perlulah pembangkang sebut soal moral Rohaizat kerana calon BN itu tidak lakukan sebarang kesalahan dalam isu syarikat guamannya.

Sebaliknya, kes itu membabitkan rakan kongsi beliau dah semua sudah selesai.

Bahkan katanya, semua pembayaran berkaitan kes koperasi itu sudah dijelaskan.

“Rohaizat tidakpun dituduh di mahkamah, macam mana nak kata dia bersalah sedangkan pemimpin pembangkang ada yang sedang hadapi dakwaan di mahkamah kerana masalah moral,” katanya.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun berdepan soal moral tetapi PAS tak pedulipun.

Lagipun katanya, Mahfuz patut akur arahan Mursyidul Am PAS supaya jangan menyerang peribadi ketika berkempen di Permatang Pasir.

Hujah Zainal Abidin itu ibarat PAS sengaja meludah ke langit.

Soal moral kerap jadi isu setiap kali ada pilihan raya dan selalunya calon BN jadi sasaran.

Padahal ramai tahu, pemimpin pembangkang juga hebat dengan kes-kes moral ini termasuk ADUN Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong.

Gambar-gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor itu dan tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki Melayunya, seorang ahli PKR, senyap begitu sahaja.

Orang PAS pun tak kisah soal itu kerana Elizabeth sudah jumpa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan itu bagai tak nampak wanita itu ada kesalahan moral.

Selain kes Anwar, Elizabeth ada juga pemimpin PAS bertaraf ulama iaitu Ketua Dewan Ulama Perlis, Abdul Rashid Rahman yang moralnya boleh dipertikaikan.

Ekoran sikap panas barannya, isteri beliau, Siti Rosmala Mohamed menuntut cerai.

Dalam perbicaraan kes perceraian itu isteri beliau mendedahkan selain sering dipukul suami dan ‘hari-hari mau’, isterinya turut mendedahkan “dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang” .

Kerana tak tahan isterinya tuntut cerai dan keluarlah macam-macam cerita ketika kes itu dibicarakan.

Orang ramai juga pasti ingat kes Mohamad Sabu atau Mat Sabu dengan Norma, isteri orang di bilik 121 sebuah hotel di Kota Bharu.

Mat Sabu mengaku memang Norma datang jumpanya di bilik hotel dengan alasan nak beri ubat kerana Mat Sabu sakit kepala.

Adakah ini bukan kes moral yang pernah menggemparkan PAS.

Namun parti itu tetap terima Mat Sabu hingga beliau sebelum ini dipilih Naib Presiden parti walaupun ada isu moral.

Terbaru kes perceraian ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja selepas mengislamkan wanita itu. Ibarat habis madu, sepah dibuang mereka akhirnya bercerai.

Yang menariknya, wanita itu tuntut harta sepencarian berjuta-juta ringgit. Kenapa wanita itu tuntut sebanyak itu, kerana beliau pasti tahu di mana wakil rakyat itu kaut duit.

Kesimpulannya, tuduhan Mahfuz ibarat kata dulang paku serpih, kata BN, pembangkang yang lebih.

Sepatutnya, Mahfuz tegur kawan-kawannya dalam pakatan termasuk Anwar bab moral ini.

Lagipun biarlah pengundi Permatang Pasir tentukan siapa mereka nak pilih sebagai wakil rakyat dan Mahfuz, sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena patut jaga kawasannya, jangan menyibuk di tempat lain.-

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.