Muhyiddin bercakap benar – Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.
mahathir-muh
“Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya,” kata Dr Mahathir dalam laman blognya Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.

“Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

“Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Bukit Mertajam semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

“Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.

“Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap.

“Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita.

“Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah keretapi kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.

“Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi,” kata Dr Mahathir dalam blognya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: