Lembu punya kepala, kenapa UMNO busuk nama?


Oleh: ROSLAN BIAN

bantah-shah-alam

Cerita kepala lembu dalam demonstrasi bantah bina kuil di Seskyen 23 Shah Alam belum ada tanda-tanda akan selesai apabila pemimpin PAS menuduh UMNO dalang disebalik kejadian depan ibu pejabat Kerajaan Negeri Selangor, petang Jumaat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan rakannya dari Pokok Sena Datuk Mahfiz Omar bukan sahaja menghalakan kesalahan kepada UMNO tetapi polis, kononnya bersikap ‘tunggu dan lihat’ ketika kejadian tersebut.

Tidak pelik apabila kedua-dua pemimpin PAS ini yang dikatakan terbabit Kumpulan Erdogan yang Pro Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan UMNO kerana Ketua Pembangkang itupun selalu bertindak serupa.

Serangan terhadap UMNO dan polis oleh Khalid semata-mata untuk menutup kegagalan beliau menangani isu bantahan kuil oleh penduduk Seksyen 23 yang sudah berlarutan sejak sebulan lalu.

Dengan menuduh perarakan ‘kepala lembu’ yang masih segar berdarah semalam sebagai usaha terbaru ‘pelampau UMNO’ untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu, beliau juga macam mahu memalukan PAS Selangor yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali.

Baik kalangan PAS ataupun pemimpin UMNO di Selangor tahu, Khalid dan Pesuruhjaya PAS negeri itu tidak sebulu dan sehaluan dalam banyak isu terutama selepas Ahli Parlimen Shah Alam itu digugurkan daripada barisan pimpinan PAS Selangor.

Dr Hasan yang juga Exco kerajaan negeri masih membisu dalam soal ini.

Sikap berdiam diri untuk survival politik juga bukan perkara baru bagi Dr Hasan malah terbaru, dalam isu penjualan arak di Shah Alam, beliau juga tunduk pada keputusan PKR dan DAP.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi Sabtu, Khalid mendakwa UMNO sudah jadi parti yang ekstrem dan sudah mula berdemonstrasi di beberapa tempat lain.

“Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

“Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau UMNO), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku,” kata Khalid seperti dilaporkan web lidah rasmi parti PAS..

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut menuduh pemimpin UMNO Selangor terbabit kejadian yang juga membangkitkan kemarahan Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu.

“Apakah pemimpin UMNO Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?” katanya mengulas tindakan penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu tersebut

Menganggap insiden itu boleh mencetuskan api perkauman, beliau meminta mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya..

Ianya satu permintaan pelik oleh Mahfuz.

Kenapa perlu minta mufti bertindak sedangkan sebelum ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak seolah-olah tidak menerima keputusan mufiti-mufti dalam Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan isu menentukan siapa masuk syurga mahupun neraka.

Janganlah kerana mahu menutup kelemahan PAS di Selangor, Mahfuz mencari orang lain untuk di kambing hitam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad dalam kenyataan media petang tadi juga, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi UMNO sejak ditubuhkan lagi.

“Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau),” tegas beliau.

Menunding jari berkata salah kepada orang lain tanpa usul periksa adalah ditegah agama tetapi demi matlamat, sudah banyak perkara dihalalkan PAS.

Mereka sepatutnya menilai pengakuan Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf yang berkata, beliau adalah seorang ahli PAS.

Bagaimanapun, adanya kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri kerana mereka tidak dapat mengesan siapa membawanya.

Semua tuduhan melulu terhadap UMNO ini pasti tidak diterima diam oleh pemimpin mahupun ahli UMNO.

Jelaslah, dalam isu ini nampak macam, “ Lembu punya kepala, UMNO busuk nama’.
Lembu1

Jika sebelum ini, isu lembu korban membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemuda PKR membawa lembu ketika buat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), isu kepala lembu ketika demonstrasi semalam bakal membawa musibah baru.

Jika benarkan ada pembabitan pihak UMNO dalam isu itu, ianya gambaran jelas bahawa PAS sudah tidak boleh diharap memperjuangan kepentingan orang Melayu dan agama Islam terutama di Selangor dalam erti kata lain, PAS kini dicucuk atau ditarik hidung macam lembu oleh sekutu mereka.-29/8/2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: