Gobala Ikut Ajaran PAS For All



“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka,” kata Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009 (baca sini). Nik Aziz menyatakan anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Jika Nik Aziz kata UMNO amalkan ajaran dari Palestin, Nik Aziz amalkan ajaran Islam dari mana yang boleh mencarut orang, menghalalkan bukan Islam hina Islam dan menghukumkan orang lain akan masuk neraka? Apakah dengan pangkah PAS semua orang confirm masuk syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT? Buktikan mana ayat dalam Al-Quran yang sebut pangkah PAS masuk syurga?. Jika kata-kata Nik Aziz ini diambil sebagai pegangan oleh orang-orang Islam di Malaysia, bencana yang besar akan berlaku kepada akidah kita.

Gobalakrishan (Ahli Parlimen Padang Serai, Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India) sedang bergelut dengan polis sebelum melepaskan penampar pada seorang anggota polis ketika penamaan calon di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kubang Semang pada jam 11 pagi, 17 Ogos 2009. (Lihat video ini). Gobalakrishanan didakwa di Mahkamah Majistret pada 18 Ogos 2009 di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Malang sungguh PAS memiliki seorang Ketua Kelab Penyokong yang cukup ekstrems dan berperangai tidak rasional sebegini. Gobalakrishnan ini sudah masuk PAS. Gobala ini amal ajaran PAS dari mana, hinggakan boleh tampar orang sesuka hatinya sahaja?

Nik Aziz membuka cermin keretanya dan menyaksikan sahaja bagaimana Gobala menampar seorang anggota polis (lihat video ini). Nik Aziz tidak masuk campur dan buat-buat tidak tahu sahaja. Sedangkan yang melakukan kesalahan itu adalah Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India. Kalau pada 12 Ogos 2009, Nik Aziz kata “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam”. Nik Aziz beri lesen pada bukan Islam untuk hina Islam dengan lidah mereka. Pada 17 Ogos 2009, Nik Aziz beri lesen pula pada seorang ahli parlimen bukan Islam yang merupakan Ketua Kelab Penyokong PAS untuk menggunakan tangannya menampar polis. Inilah ajaran PAS For All yang dibawakan oleh PAS.

Aksi Gobala ketika melepaskan penampar pada seorang anggota polis semalam. Hari ini wakil rakyat DAP dan PKR yang bukan Islam sudah berani kurang ajar. Mereka kata syariah Islam pelampau, mereka hina agama Islam dengan perkataan yang kesat, mereka mahu halalkan penjualan arak dan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu (baca sini), dan semalam mereka sudah tampar anggota polis. Esok lusa, entah apa lagi sikap kurang ajar yang mereka akan buat di negara kita ini. Mereka berjawatan tetapi perangai mereka tidak mencerminkan kapasiti politik yang mereka sandang. Jika orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi tidak serik, jangan sampai penampar singgah di pipi baru kita hendak sedar. Bukalah minda dan hati, bersatulah demi alif, ba dan ta.

Siapa Ajar Gobala Kurang Ajar?

Pada 17 Ogos 2009, ketika penamaan calon di Permatang Pasir, semua mata menyaksikan bagaimana kurang ajarnya Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) menampar seorang polis dalam Buletin Utama TV3, jam 8.00 malam. Namun jika dilihat dalam video yang diambil oleh Malaysiakini ini, aksi Gobala menampar polis tidak diambil, malah perhatian jurugambar dihalakan kepada Nik Aziz yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Malah cerita baru ditambah kononnya Gobala patah tangan kerana dikasari polis. Inilah cara bagaimana Gobala memprovokasi. Siapa yang ajar Gobala kurang ajar sebegini?

Pada 14 Ogos 2009, Wong Chuan How (Pembantu Khas Ronnie Liu) didapati cuba melarikan diri ketika cuba disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lihatlah betapa hebatnya lakonan Wong Chuan How menyimen kakinya untuk menarik simpati daripada orang ramai? Kalau tidak salah, kenapa mahu lari dari siasatan? Berani kerana benar. Bila salah, mulalah buat sesuatu untuk divert isu yang sebenar. Taktiknya meraih simpati di depan kamera.

Ronnie Liu berada di sisi Wong Chuan How dan Gobalakrishnan. Seolah memberi sokongan moral kepada keduanya ke atas aksi yang telah mereka lakukan. Apakah kehadiran Ronnie ini secara kebetulan sahaja atau ianya telah dirancang untuk berbuat demikian? Apakah semua ini dibuat untuk menutup kes campurtangan Ronnie Liu dalam isu arak di Selangor? Apa pun, Ronnie, Wong dan Gobala memang pandai berlakon di depan kamera untuk menarik perhatian dan simpati. Jangan mudah terpedaya dengan lakonan mereka. Motifnya untuk menutup isu dan menimbulkan isu yang baru. Inilah cara wakil rakyat pembangkang berkhidmat kepada rakyatnya. Beruntunglah mereka yang undi mereka, dibalasnya dengan cara sebegini bukan seperti mana yang termaktub dalam Harapan Baru mereka.
Posted by Azrinizam Ibrahim at 10:28 PM 8 comments

Friday, August 14, 2009

PAS Sudah Maafkan DAP, Hina Pun Tidak Mengapa.

Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie. Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh pada 13 Ogos 2009. Nampaknya PAS sudah beri lesen untuk DAP “take beer”. Nik Aziz pun sudah bersikap tidak mengapa kalau DAP menghina Islam atas rasional DAP itu bukan Islam. DAP dan PAS sudah bersalam baik, Anwar salahkan media.


Apakah kejadian ini penghinaan ke atas Islam dan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu ini satu rekaan media semata-mata? Mengapa Anwar dan Nik Aziz cukup takut pada DAP. Apa sahaja kesalahan yang DAP buat, Anwar dan Nik Aziz sudah maafkan. Kalau beginilah sikap mereka, lama-kelamaan Kit Siang lah yang sesuai menjadi Ketua Pembangkang di Malaysia. Tiada guna lagi Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang dan Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS. Berilah kepada DAP semua jawatan itu, kerana ternyata orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak langsung boleh menegur DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: