SURAT TERBUKA BUAT UMNO & PAS

Ahmad Hanbali bin Mokhtar

Ipoh, Perak.

Assalamaualaikum,

KITA berharap agar UMNO & PAS bersatu demi kepentingan Islam & juga Melayu. Kedua-dua parti ini adalah parti yang mempunyai majoriti kepimpinan Melayu. Mungkin dalam UMNO kita akui tidak Imageseramai dalam PAS barisan kepimpinan ulamaknya. Tetapi atas dasar ingin melihat kepentingan Islam dapat dimajukan kehadapan, saya melihat ada relevannya PAS & UMNO bersatu. Penyatuan ini penting untuk Islam dan Melayu.

Sampai bila lagi PAS & UMNO mahu berpecah? Adakah tidak ada rasa ingin melihat Islam dan seterusnya orang Melayu yang beragama Islam lebih dapat mengeratkan sillaturrahim politiknya. Apakah hari ini tidak mahu kita lihat kebanyakan pimpinan Melayu yang beragama Islam kuat kuasa politiknya supaya kita lebih gagah untuk meletakkan hukum Allah pada kedudukan paling atas?

Pimpinan UMNO & PAS perlu melihat kondisi penyatuan ini dalam jalur lebar yang lebih menguntungkan Islam dan Melayu. Jika hari ini orang Cina dan India majoritinya beragama Islam, sudah pasti lebih memudahkan kita untuk berbicara soal kepentingan Islam dengan lebih luas. Namun prejudis politik masih berlaku akibat kepelbagaian bangsa ini membawa kepada kepelbagaian fahaman ketuhanan.

Situasi yang paling menguntungkan Islam dan Melayu ialah apabila dua parti politik yang majoritinya dipimpin oleh pemimpin Melayu Islam ini bersatu maka sudah barang pasti rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu akan memberikan sokongan kepada kedua-dua parti ini. Namun keuntungannya akan hadir apabila berlakunya penggabungan ini.

Saya juga ingin mengingatkan, UMNO jangan sekadar mahu bersama ketika nampak seolah-olah mereka lemah lantas mahu bergabung dengan PAS, tetapi langkah-langkah ikhlas perlu di atur bagi memungkinkan penggabungan PAS & UMNO berkekalan serta mampu membawa keuntungan untuk Islam dan orang Melayu yang rata-ratanya Islam. Keadaan yang ada pada kita menunjukkan memang ada kebenaran orang Melayu Islam yang tidakpun beramal dengan sewajarnya dengan ajaran Islam.

Dalam masa yang sama juga terdapat pemimpin Melayu Islam juga yang agak kurang daya keimanannya. Melihat kepada keadaan ini, ada baiknya jika penggabungan PAS & UMNO membawa kepada usaha saling ingat-mengingati tentang soal besarnya tanggungjawab memimpin.

Apabila pemimpin sudah terbuka dan berlapang dada dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing, sudah pasti rakyat boleh memilih kepimpinan yang baik. UMNO dan PAS perlu terbuka, UMNO perlu terbuka untuk membicarakan soal kepentingan Islam dan PAS juga perlu terbuka dalam membincangkan soal kedudukan Melayu Islam yang agak meruncing akhlak, ekonomi dan politiknya.

Kita sedar, walau bagaimana cara kita mahu tegakkan Islam, soal kuasa adalah amat penting untuk lebih mudah kita memuliakan agama Allah.

Saya mencadangkan agar Pak Lah dan Nik Aziz serta Hadi Awang duduk semeja dan berbincang. Kenapa isu luar negara seperti isu Palestin kita boleh bersatu tetapi isu politik kita Melayu Islam ,kita tidak boleh bersatu? Bukankah penyatuan ini sesuatu yang baik untuk dilihat dalam politik Malaysia. Perbezaan fahaman politik tidak melunturkan nilai persaudaraan malah menyegarkan nilai – nilai kemanusiaan.

Kita perlu dalam mencorakkan politik negara ini tidak membunuh nilai-nilai kemanusiaan. Kita perlu eratkan silaturrahim dalam penyatuan politik. Kita tidak percaya kepada perpecahan politik Melayu akan bawa Islam kehadapan.

Orang PAS jangan hanya ingat dengan PAS kuasa politik Melayu Islam akan kuat tetapi percayalah hanya dengan penyatuan sahaja akan bawa kekuatan untuk menggerakkan Islam dengan lebih selesa. Apabila ada kekuatan yang utuh baru akan hadir penghormatan bangsa dan agama lain terhadap kita.

UMNO jangan hanya ingat jajaan soal semangat Melayu sahaja akan bawa kekuatan. selagi ada orang PAS selagi itu akan ada yang tidak setuju. Selagi ada orang UMNO selagi itu akan ada yang tidak setuju dengan PAS.

Jawapan untuk menidakkan ketidaksetujuan ialah dengan dan melalui penyatuan. Islam hebat kerana penyatuan. Muhajirin dan Ansar pun bersatu. Mungkin boleh kita andaikan UMNO ialah Ansar dan PAS ialah muhajirin. Adakah Muhajirin akan hidup selesa tanpa sokongan Ansar di Madinah? Adakah Ansar akan hidup selesa tanpa membantu muhajirin. Elok kita fikir-fikirkan tentang penyatuan ini. Bersatu demi keuntungan Islam dan Melayu.

Kita bicara soal Melayu juga sebab ramai Melayu yang Islam, dan jika hari ini ramai Cina dan India juga yang masuk Islam, agama ini akan jaga dan bantu mereka. Mana-mana ahli politik Melayu perlu ada memikirkan soal agama dalam kegiatan politik mereka. Tanpa kekuatan agama soal rasuah, moraliti dan integriti tidak akan berjalan dengan baik.

Maka apa yang baik dari UMNO dan apa yang baik dari PAS perlu digabungkan. Percayalah gabungan ini akan memberikan manfaat yang besar terhadap umat Islam dan Melayu. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: