Muqabalah manfaat bukan Islam

KUALA LUMPUR: Muqabalah Umno-Pas memanfaatkan masyarakat, termasuk bukan Islam untuk menyelesaikan perbalahan politik, kata ahli akademik dan sejarawan.

Pensyarah Bahasa dan Penulisan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Bambang SM Said, berkata muqabalah jalan terbaik menyelesaikan pelbagai masalah politik, ketika ini.

“Kalau kita tiada wadah untuk berbincang dan masing-masing dengan lidah dan suara sendiri, maka sampai bila pun kita tidak dapat bersatu atau selesaikan masalah dengan cara yang baik,” katanya, di sini, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menyatakan kesediaan parti itu bagi menjayakan muqabalah dengan Umno demi kebaikan umat Islam dan orang Melayu.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugam Pandian, berkata muqabalah itu tidak akan melahirkan agenda baru politik sehingga menggugat keharmonian negara.

Katanya, bukan Melayu dan bukan Islam tidak harus bimbang kerana hak keistimewaan mereka selama ini antaranya dalam bidang pendidikan tidak dipinggirkan.

“Muqabalah itu turut memberi kesan kepada sudut sosial, dengan isu agama tidak lagi dipolitikkan,” kata Sivamurugam.

Beliau berkata, daripada sudut ekonomi, ia akan melahirkan idea dan hala tuju di kalangan pemimpin parti politik mengenai cara membasmi krisis makanan global.

Sejarawan, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim bagaimanapun berpendapat sesetengah parti politik mungkin kurang senang dengan muqabalah itu kerana hanya memanfaatkan satu kaum.

Beliau berkata, muqabalah itu dilihat lebih cenderung sebagai cara menjamin kedudukan orang Melayu supaya tidak tergugat.

“Apa pun yang penting, muqabalah itu perlu dijalankan secara baik dan tidak menimbulkan perselisihan faham,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Omar Mohd Hashim, berkata bukan Melayu dan bukan Islam tidak perlu khuatir dengan usaha muqabalah itu.

“Sepatutnya mereka lebih takut apabila kebanyakan parti bercakaran. Kalau nak berbaik-baik… baguslah,” katanya.

Beliau berkata, ketika Pas dan Umno berada dalam parti yang sama suatu ketika dulu, banyak pihak berpendapat gabungan itu mantap kerana disertai pelbagai parti besar. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: