Isu Kg. Baru – Khalid jangan biadap

ImageTINDAKAN Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semakin hari semakin melampau. Cuba berlagak jaguh dalam kawasan orang lain sedangkan dalam kawasan sendiri, langkah Khalid semakin tempang. Masalah di Selangor dan kedudukan perhubungan PKR dengan rakan dari PAS masih belum lagi selesai, Khalid tiba-tiba muncul di Kampung Baru, Kuala Lumpur kononnya ingin menyelesaikan masalah pembangunan semula kampung tersebut. Apa sekali pun alasan Khalid di sebalik kehadirannya di situ tidak boleh diterima akal dan Khalid tidak ada sebab yang kukuh untuk mencampuri urusan pembangunan di sana.

Tindakan Khalid ini cukup kurang ajar. Cukup tidak berhemah dan sama sekali tidak bermaruah. Khalid seolah-olah menggambarkan Kuala Lumpur ataupun Wilayah Persekutuan umpama rumah yang tidak ada tuan, yang Khalid boleh ceroboh sesuka hati dan cara Khalid seolah-olah ingin menjadikan Kuala Lumpur seperti kandang babi di Sepang yang mana telah menjadikan Khalid hilang maruah dan jati dirinya.

Sebagai orang luar dan tidak ada kena mengena dengan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan, Khalid sepatutnya ataupun tidak sepatutnya menceroboh negeri orang lain sedangkan di negeri sendiri masih banyak lagi agenda rakyat yang belum selesai. Sikap Khalid yang tidak menghormati Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam pertemuan dengan penduduk Kampung Baru menunjukkan dengan jelas betapa angkuh dan biadabnya Menteri Besar Selangor ini. Kebiadaban Khalid makin terserlah apabila beliau dengan sombong mengatakan bahawa beliau berhak hadir kerana tanah kampung baru adalah milik kerajaan Selangor. Inilah pemimpin yang sedang mabuk kuasa!

Dalam isu Kampung Baru, Khalid tidak perlu menunjuk pandai untuk menjadi jaguh. Khalid tidak perlu menjadikan diri beliau sebagai orang penting di sebalik permasalahan yang timbul di Kampung Baru. Khalid juga tidak perlu meraih simpati untuk menjadi popular apabila rakyat Selangor sudah semakin meluat dengan sikap angkuhnya sebagai Menteri Besar Selangor yang menjadi alat ataupun barua kepada DAP.

Khalid perlu tahu bahawa Kampung Baru ditadbir di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan, mereka ini ada mekanisme tersendiri untuk menyelesaikan segala masalah tersebut dan Khalid tidak perlu mengambil kesempatan untuk meraih populariti bagi tujuan politik.

Melihat cara dan corak pendekatan Khalid dengan Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS , Lo` Lo menangani masalah penduduk bukan lebih memudahkan tetapi terus menjadi rumit apabila agenda politik peribadi mereka melebihi kepentingan penduduk Kampung Baru yang memerlukan pembelaan dan kedua orang ahli politik ini dilihat memperalatkan masalah penduduk Kampung Baru untuk tujuan peribadi mereka.

Tindakan Dr Lo Lo yang membelakangkan DBKL yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan akan lebih menyusahkan penduduk dan mereka perlu merujuk kepada Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum mengambil sebarang ketetapan.

Tindakan mahu membantu itu betul. Tetapi menggerakkan massa untuk penduduk Kampung Baru bangun memberontak terhadap DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan adalah tindakan kotor dan keji malah kita percaya Lo Lo dalam mahu membuktikan Titiwangsa tidak tersalah pilih beliau sebagai Ahli Parlimen akan berbuat apa sahaja termasuklah mengheret penduduk berdemonstrasi ala- Pas dan KeADILan.

Khalid dan Lo Lo bukan lambang pemimpin Melayu yang baik. Membelakangkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah Persekutuan membuktikan mereka ini  sebagai pemimpin melayu yang tidak beradab, Kalau Khalid kurang adab kita boleh terima sebab beliau dikelilingi oleh pemimpin yang tidak ada adab di Selangor tetapi malang bagi Lo Lo, atas prinsip parti berteraskan Islam, persekongkolan beliau dengan Khalid ibarat sebuah perkahwinan yang tidak sah tarafnya. Lo Lo hilang prinsip keimanan hanya kerana mahu menunjuk kuasa.

Khalid perlu tumpukan kepada Selangor. Biarkan masalah Kuala Lumpur, pemimpin Kuala Lumpur yang tentukan. Khalid tidak diperlukan di Wilayah Persekutuan. Di sini ramai pemimpin berkaliber. Darah politik Khalid baru setampuk pinang, jadi Menteri Besar bidan terjun, itu pun kerana manifesto pilihan raya yang banyak menipu pengundi dan apakah kerana menang dengan cara menipu, mereka ini akan sentiasa menipu rakyat demi menutup kelemahan mereka?

Draf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur telah pun dilancarkan dan penduduk Kampung Baru harus meneliti pelan tersebut sebelum diperbodohkan oleh orang-orang politik seperti Khalid dan Lo Lo ini. Ruang perbincangan harus dibuka dengan menggunakan bijak akal dan bukannya emosi seperti yang dibawa oleh kedua pemimpin ini.

Pembangkang seperti Lo Lo dan Khalid akan cuba sedaya upaya untuk mengheret rakyat ataupun penduduk Kampung baru terpesona dengan dakyah politik songsang mereka supaya penduduk bangkit menentang sebarang rancangan pembangunan sedangkan penduduk kampung Baru tidak pernah menolak segala rancangan pembangunan dan campur tangan kedua pemimpin ini menjadikan orang Kampung Baru terkeliru.

Mereka menuding DBKL mahu menghalau mereka. Mereka menuduh DBKL mahu merampas hak mereka dan lagu-lagu seperti inilah yang di dendang oleh pemimpin pembangkang bagi mengujudkan suasana tidak sihat antara penduduk dengan DBKL dan kerajaan. Benar orang melayu seperti kita sering dikatakan bodoh tetapi jangan biarkan orang lain terus membodohkan kita kerana kita percaya nasib dan masa depan orang Melayu adalah agenda utama kerajaan.

malaysiahariini

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.