AKU (Asal kan UMNO)…pandangan dari pengundi dan ahli UMNO Hulu Selangor


Pilihanraya kecil Hulu Selangor akan berlaku sedikit masa lagi apabila kerusi parlimen di istiharkan kosong oleh SPR kerana kematian Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad. Bagi Barisan Nasional, isu pertama yang harus ditangani adalah sama ada calon dari MIC iaitu Dato G. Palanivel dikekalkan sebagai calon BN. Dari segi persefahaman yang telah sedia terjalin dalam BN, kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan kuota yang telah diperuntukan kepada MIC.

Dato’ G Palanivel merupakan calon yang tewas dalam PRU yang lalu kepada Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad. Tanda-tanda di PRU yang lalu jelas memperlihatkan bahawa pengundi-pengundi yang menyokong BN di Hulu Selangor telah menolak Dato G. Palanivel. Masakan tidak, tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon BN tetapi majoriti di peringkat DUN telah berubah menjadi minoriti di peringkat parlimen pula.

Perlu dinyatakan, Dato G Palanivel telah bertanding di Hulu Selangor dan menang beberapa kali sejak tahun 1990. Ini bermakna Dato G Palanivel telah diberikan peluang hampir 20 tahun untuk berbuat sesuatu di HS tapi telah gagal mengekalkan penerimaan pengundi terutama dari kaum India sendiri mahupun dari pengundi Melayu.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah pengundi Hulu Selangor telah menolak Dato’ G Palanivel. Hanya dengan sokongan pengundi setia UMNO (terdapat ramai juga ahli UMNO sendiri telah mengundi calon PKR) dan mungkin juga MCA yang membolehkan Dato G. Palanivel tidak hilang wang pertaruhan di PRU 12. Kebanyakan orang India di lihat tidak mengundi calon MIC malahan telah mengundi calon PKR. Meletakkan Dato G Palanivel mahupaun mana-mana calon MIC yang lain akan mengundang bencana bagi BN dalam pilihanraya kecil ini.

Menurut sejarah, Parlimen Hulu Selangor pernah diwakili oleh Puan Halimahton Saadiah dari UMNO pada tahun 1955. Selepas itu kerusi Parlimen HS telah diberikan pula kepada calon-calon dari MCA, Gerakan dan akhir sekali MIC. UMNO merupakan parti terbesar dan orang Melayu merupakan pengundi majoriti di Hulu Selangor tetapi atas dasar setia kepada keputusan pucuk pimpinan parti, ahli-ahli UMNO terpaksa berkorban dan akur memberikan kerusi tersebut kepada lain-lain parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan dan MIC. Tetapi pada PRK kali ini, keadaan telah banyak berubah.

Perubahan kerajaan diperingkat negeri telah membuatkan ramai ahli UMNO merasa begitu tertekan. Tindak tanduk PKR/PAS/DAP dalam Pakatan Rakyat telah banyak menguris hati mereka. Siapa yang boleh melupakan tindakan kerajaan Negeri Selangor mensabotaj projek UiTM di Serendah? Mereka baru sedar bahawa hanya UMNO (dengan segala kelemahan yang ada) sahajalah yang mampu membawa pembangunan untuk rakyat. Ahli-ahli UMNO ini menjadi begitu bersemangat untuk berkerja keras bagi menumbangkan calon Pakatan Pembangkang.

Banyak antara mereka yang telah turun mengundi calon PKR di PRU 12 telah merasa menyesal yang teramat sangat. Mereka mahu UMNO meletakkan calon pada kali ini bagi menandingi calon Melayu dari PKR nanti. Biar buku bertemu ruas. Baru dapat kita ukur jauh mana popularnya calon PKR nanti. Meletakkan calon MIC hanya akan mematikan semangat juang yang sedang melonjak begitu tinggi ini.

Kami, pengundi Melayu Hulu Selangor akan mengundi sesiapa sahaja calon yang akan diletakkan oleh UMNO. UMNO Hulu Selangor mempunyai ramai calon-calon yang berkaliber dan salah seorang dari mereka ini akan diterima dengan tangan dan hati terbuka. Antara calon-calon UMNO yang telah disebut-sebut termasuk Tan Sri Mohamad Mohd Taib, Dato Zainal Abidin Hj. Sakom. Kedua-dua mereka ini merupakan calon vateran yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada pengundi Hulu Selangor.

Bagi muka-muka baru pula calon yang berpotensi termasuk Puan Rosni Sohar (Penolong S/U Pergerakan Wanita UMNO Malaysia), Saudara Nazari Ahmad Dahalan (S/U UMNO Bahagian Hulu Selangor), Saudara Kamsani (AJK Bahagian HS dan Mantan ketua pemuda Bahagian HS), Saudara Khairudin Mohamad (S/U Politik Kanan, Dato Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia) dan juga Dato Adnan Buyong (Naib Ketua UMNO Bahagian HS dan Mantan Bendahari, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor).

Setiap dari nama calon di atas mempunyai kekuatan yang tersendiri dan kami amat percaya bahawa mereka-mereka ini akan dapat memikul tugas sebagai Wakil Parlimen Hulu Selangor dengan baik jika andainya dipilih sebagai calon.

Kami sebagai pengundi dan penyokong BN di Hulu Selangor ingin menyatakan sekali lagi bahawa kami mahu kerusi Parlimen Hulu Selangor dipulangkan kembali kepada UMNO. Kami telah berkorban demi semangat kerjasama Perikatan/BN selama lebih 40 tahun dan sudah sampai masanya calon dari UMNO dinamakan sebagai calon pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan datang ini.

Kami akan bekerja keras untuk memberikan kemenangan besar kepada BN di PRK Hulu Selangor nanti. Janji kami, “gelombang merah” yang akan bertiup dari Hulu Selangor akan mengeggarkan benteng pertahanan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Hulu Selangor bahkan Malaysia! Ingat, jangan pisang berbuah dua kali.

Hj. Yaziz Yunus

Timbalan Pengarah, Jentera Pilihanraya

Daerah Mengundi Bukit Sentosa 1-5

Chua menang presiden, Tiong Lai timbalan


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat (penyandang dihitamkan) ialah:

1.Lee Chee Leong (1,430)
2. Hou Kok Chung (1,312)
3. Heng Seai Kie (1,267)
4. Wee Jeck Seng (1,175)
5.Toh Chin Yaw (1,142)
6. Tee Siew Kiong (1,141)
7. Gan Tian Loo (1,117)
8. Tan Chai Ho (1,114)
9. Ong Ka Chuan (1,104)
10. Lee Wei Kiat (1,100)
11. Loh Seng Kok (1,086)
12. Hoh Khai Mun (1,077)
13. Liew Yuen Keong (1,059)
14. Tan Cheng Liang (1,054)
15. Koh Nai Kwong (1,040)
16. Por choo Chor (1,037)
17. Tan ken Ten (999)
18. Kong Sing Chu (981)
19. Chong Itt Chew (975)
20. Yoo Wei How (974)
21. Tan Ah Eng (969)
22. Wong Koon Mun (953)
23. Ti Lian Ker (929)
24. Teh Kim Poo (864)
25. Chuah Poh Khiang (851)

Seramai 14 penyandang CC berjaya mengekalkan jawatan masing-masing. Kesemua mereka yang menang CC terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

6.50pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Keputusan sedang diumumkan bermula dengan 25 pemenang jawatankuasa pusat MCA.

6.40pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sudah selesai. Manakala pengiraan semula undi bagi kerusi ke-25 jawatankuasa pusat sedang berjalan.

5.11pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden pula bermula selepas selesai pengiraan undi bagi jawatan naib presiden, Manakala pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat selesai kira-kira jam 4.30 petang.

4.37pm: Proses pengiraan undi bagi jawatan naib presiden pula bermula. Pengiraan undi bagi jawatankuasa pusat sudah selesai kira-kira jam 4.30 petang.

1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi.

1.20pm: Pengiraan bermula. Semua ejen dan pengawas pemilihan dilarang bawa telefon bimbit ke dalam dewan.

12.25pm: Tempat pengundian ditutup secara rasmi.

12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari.

11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.
11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah ‘underdog’ dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia ‘satu putarbelit media tertentu’. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.

10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing’s: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.

10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.

10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.

10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.

9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.

9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.

Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.

Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis


Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

“Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadap

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.

Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemah

Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

“Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah,” katanya.

Sumber: Malysiakini

‘Jangan tunduk desakan, ugutan parti Cina’


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan usul supaya kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan “ugutan” parti politik dan NGO Cina dengan mengorbankan hak-hak bumiputera demi meraih undi dalam pilihan raya.

Dalam usul politik yang diluluskan petang ini, Perkasa berpendapat, orang Cina merasakan menjadi penentu kemenangan kepada parti pemerintah dan pembangkang dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Menyedari akan hal ini, maka NGO Cina seperti Ziong Dong dan Dewan Perniagaan Cina telah menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan mendesak kerajaan dengan pelbagai desakan yang menguntungkan kaum Cina.

“Jika sekiranya tuntutan mereka tidak diterima maka meraka akan mengugut mengundi Pakatan Rakyat yang mana sanggup menyerahkan apa saja yang kaum Cina mahu,” usul tersebut dipetik.

Usul tersebut menyatakan, hasil desakan tersebut, kerajaan antaranya menaikkan nisbah kuota biasiswa kepada golongan itu dan memberikan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion kepada sekolah Cina.

Sementara MCA pula antaranya didakwa meminta kerajaan menambah bilangan bukan bumiputera sebagai penjawat awam dan dengan “biadap” campurtangan dengan meminta kerajaan menilai semla hukuman fizikal terhadap wanita Islam.

Sehubungan itu, usul tersebut meminta parti politik Melayu khususnya PAS dan Umno duduk semeja dan berbincang dan mengadakan kerjasama strategik demi menjaga hak Melayu dan bumiputera berdasarkan perlembagaan.

Mesyuarat agung NGO itu juga turut meluluskan tiga lagi usul berkaitan politik, pendidikan, agama dan keselamatan seperti berikut:

– Memohon kerajaan mengekalkan ISA.
– Mendesak kerajaan mengunakan ISA terhadap mereka yang mempersendakan Islam, termasuk mencemar kesucian kalimah Allah
– Menggesa kerajaan meminda semula nisbah kuota bumiputera dan bukan bumiputera kepada 90:10 atau berdasarkan kompositi kaum, iaitu 67:37.

Sumber: Malaysiakini

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

“Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri – memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan – dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi “dan masih dalam pertimbangan saya”. “Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu),” tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: “Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan,” katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Sumber: Malaysiakini

PAS mahu Rukun Negara dipinda


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban) berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

“Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

“Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

“(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

“Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.

“Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah,” tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

“Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan,” katanya lagi. Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah. “Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

“Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah. “Ini menunjukkan keizinan itu berlaku,” kata Abdul Hadi lagi.

Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara ‘kepercayaan kepada tuhan’ dalam Rukunegara diubah dengan ‘kepercayaan kepada Allah.’

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.
“Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat,” katanya.
“Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat,” katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

Ezam pertikai keislaman Nik Aziz dalam kes liwat Anwar


Oleh: ROSLI ISMAIL

Kisah katil berharga RM77,000 dan tilam RM24,000 yang didakwa pernah dibeli oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali masa menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal 1990an dulu bergema di padang AU5 dekat Hulu Kelang Ahad malam.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari yang tampil dalam ceramah anjuran Pemuda UMNO Gombak di situ mendakwa beliau ada bukti pembelian barangan mewah itu ketika gaji Azmin sebagai pegawai kerajaan tidak seberapa.

Beliau juga mengulangi dakwaan tentang sebilangan transaksi kewangan dalam akaun bank Azmin dan isternya Shamsidar Taharin waktu itu yang tidak diketahui dari mana sumbernya.

Kira-kira 500 orang penduduk tempatan terpegun mendengar ceramah Anuar dengan kalimah pembuka beliau bersyukur ejaan namanya tidak sama dengan Anwar.

Beliau bersama sebilangan bekas pemimpin Parti Keadilan diketuai oleh Ezam Mohd Nor kini dalam siri ceramah sekitar negara untuk menangkis siri ceramah yang dianjurkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang dicelah kehangatan perbicaraan kes liwat Penasihat PKR itu.

Ceramah mereka,juga oleh bekas Naib Ketua Pemuda parti itu,Zahid Md Arip yang memberi hujah-hujah mendedahkan apa yang didakwa pembohongan Anwar dan pembangkang kebelakangan ini mendapat reaksi panas dari hadirin.

Ezam memberitahu beliau terpanggil untuk menentang Anwar habis-habisan kali ini hingga mengambil cuti tiga bulan dalam tugasnya di Yayasan Generasi Baru berpejabat di Jakarta untuk round satu negara bagi mematahkan dakyah Anwar dalam ceramah mengenai kes liwatnya.

“Anwar Ibrahim round …saya kena round…saya nak jawab,”katanya sambil meminta maaf kerana semasa perbicaraan kes liwatnya yang pertama dulu beliau menjadi panglima mempertahankan Anwar.

Serentak dengan itu beliau melafaz sumpah mengaku beliau silap mempertahankan Anwar.

“Kononnya beliau difitnah…malam ini di Gombak dan malam-malam seterusnya dan selepas ini…saya memohon maaf saya tersilap …saya tarik balik setiap patah perkataan membela Anwar Ibrahim,”katanya disambut tepukan gemuruh.

Katanya baru sekarang beliau tahu hal sebenarnya.”Kalau dulu saya tahu haram saya nak sokong dia,”ujarnya.

Ezam mencabar Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail samannya untuk membolehkan beliau cerita segalanya apa yang diketahuinya.

Beliau hairan bagaimana kalangan penyokong pembangkang boleh termakan dakyah Anwar tidak bersalah dalam kes itu sedangkan perbicaraan baru bermula dan mahkamah belum buat keputusan lagi.

Ezam kesal orang seperti ulama besar PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga terdorong membuat kesimpulan sama dan tidak mahu beri peluang keadilan untuk Saiful Bukhari Azlan ditentukan di mahkamah.

Dakwanya Nik Aziz dan pimpinan pembangkang hanya melihat untung rugi politik dari kes ini tanpa mempedulikan kata-kata keramat keadilan yang mereka jaja di sana sini.

“Cukuplah…saudara-saudara tak tahu ( hal sebenar kes liwat) …melainkan yang kenalah…mana kamu tahu Saiful salah…kalau Saiful betul…saudara tak takut dosa ke…ini yang tak tahu …macam mana boleh pertahankan habis-habisan…

“Ini Nik Aziz …dalam pinsip Islam kita kena dengar dua-dua pihak…saya nak tanya Nik Aziz dia pernah dengar Saiful…dia pernah jumpa Saiful…dia pernah jumpa bapa Saiful…apa pasal dia tak cari Saiful…apa pasal dia dengar Anwar saja….apakah ini prinsip Islam.

“Apakah kerana Anwar itu Datuk seri…Anwar itu orang besar…Anwar pemimpin mereka…Saiful budak kecil…umur 20 tahun …belajar tak habis…ooo dia salah…”

Katanya dalam prinsip Islam bila dibicarakan kedudukan Saiful sama dengan Anwar.

“Anwar kena kemuka bukti…masuk mahkamah takut pasal apa…yang tangguh sana…tangguh sini…sebab apa…dia suruh orang lain pertahan pula…buat apa,”katanya.

Ezam berkata sebagai bekas orang kanan Anwar beliau cukup masak strategi bekas bosnya itu yang bertindak menyalahkan dakwa konspirasi dan memburukan semua orang termasuk Perdana Menteri,Peguam Negara,Ketua Polis Negara dan sebagainya agar dia nampak tidak bersalah.

“Anwar boleh round satu Malaysia cakap dua tiga jam…ajak sumpah tiga minit tak mau…tapi yang lain ni yang dok pertahan…dia tak buat…”ujarnya.

Menurut Ezam dulu Anwar hentam Datuk Seri Abdullah Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak .” Sedangkan Pak lah bebaskannya…saya tahu sebab saya bawa Wan Azizah jumpa Pak Lah…orang lain tak tahu,”katanya.

Beliau mendakwa sebab utama pembangkang khususnya DAP begitu mempertahankan Anwar kerana melihat melalui beliau saja mereka dapat mencapai cita-cita politik mereka.

Katanya semasa kes liwat pertama tahun 1998 dulu Karpal Singh antara yang paling vokal menghentam Anwar tetapi kini beliau menjadi peguam utama Anwar setelah yang lain tarik diri.

Ezam meminta rakyat di negara ini khususnya orang Melayu sedar tentang hakikat ini sebelum terlambat.

Katanya DAP tidak perlu orang lain kecuali Anwar kerana Penasihat PKR itu dengan sendiri sudah membawa apa yang mereka perjuangkan.

Menurutnya sebab itu DAP awal-awal keluar kenyataan tetap mahu Anwar jadi Ketua Pembangkang di Parlimen sedangkan jumlah kerusi PKR sudah kurang dari DAP.

Ezam mendakwa pernah membangkitkan soal orang Melayu pada Anwar selepas beliau keluar penjara satu ketika dulu.

Namun katanya Anwar tidak padulikan hal itu kerana lebih mementingkan soal undi bukan Melayu.

Katanya sejak itu pandangannya terhadap Anwar sudah jauh berubah

Kisah katil berharga RM77,000 dan tilam RM24,000 yang didakwa pernah dibeli oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali masa menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal 1990an dulu bergema di padang AU5 dekat Hulu Kelang Ahad malam.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari yang tampil dalam ceramah anjuran Pemuda UMNO Gombak di situ mendakwa beliau ada bukti pembelian barangan mewah itu ketika gaji Azmin sebagai pegawai kerajaan tidak seberapa.

Beliau juga mengulangi dakwaan tentang sebilangan transaksi kewangan dalam akaun bank Azmin dan isternya Shamsidar Taharin waktu itu yang tidak diketahui dari mana sumbernya.

Kira-kira 500 orang penduduk tempatan terpegun mendengar ceramah Anuar dengan kalimah pembuka beliau bersyukur ejaan namanya tidak sama dengan Anwar.

Beliau bersama sebilangan bekas pemimpin Parti Keadilan diketuai oleh Ezam Mohd Nor kini dalam siri ceramah sekitar negara untuk menangkis siri ceramah yang dianjurkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang dicelah kehangatan perbicaraan kes liwat Penasihat PKR itu.

Ceramah mereka,juga oleh bekas Naib Ketua Pemuda parti itu,Zahid Md Arip yang memberi hujah-hujah mendedahkan apa yang didakwa pembohongan Anwar dan pembangkang kebelakangan ini mendapat reaksi panas dari hadirin.

Ezam memberitahu beliau terpanggil untuk menentang Anwar habis-habisan kali ini hingga mengambil cuti tiga bulan dalam tugasnya di Yayasan Generasi Baru berpejabat di Jakarta untuk round satu negara bagi mematahkan dakyah Anwar dalam ceramah mengenai kes liwatnya.

“Anwar Ibrahim round …saya kena round…saya nak jawab,”katanya sambil meminta maaf kerana semasa perbicaraan kes liwatnya yang pertama dulu beliau menjadi panglima mempertahankan Anwar.

Serentak dengan itu beliau melafaz sumpah mengaku beliau silap mempertahankan Anwar.

“Kononnya beliau difitnah…malam ini di Gombak dan malam-malam seterusnya dan selepas ini…saya memohon maaf saya tersilap …saya tarik balik setiap patah perkataan membela Anwar Ibrahim,”katanya disambut tepukan gemuruh.

Katanya baru sekarang beliau tahu hal sebenarnya.”Kalau dulu saya tahu haram saya nak sokong dia,”ujarnya.

Ezam mencabar Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail samannya untuk membolehkan beliau cerita segalanya apa yang diketahuinya.

Beliau hairan bagaimana kalangan penyokong pembangkang boleh termakan dakyah Anwar tidak bersalah dalam kes itu sedangkan perbicaraan baru bermula dan mahkamah belum buat keputusan lagi.

Ezam kesal orang seperti ulama besar PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga terdorong membuat kesimpulan sama dan tidak mahu beri peluang keadilan untuk Saiful Bukhari Azlan ditentukan di mahkamah.

Dakwanya Nik Aziz dan pimpinan pembangkang hanya melihat untung rugi politik dari kes ini tanpa mempedulikan kata-kata keramat keadilan yang mereka jaja di sana sini.

“Cukuplah…saudara-saudara tak tahu ( hal sebenar kes liwat) …melainkan yang kenalah…mana kamu tahu Saiful salah…kalau Saiful betul…saudara tak takut dosa ke…ini yang tak tahu …macam mana boleh pertahankan habis-habisan…

“Ini Nik Aziz …dalam pinsip Islam kita kena dengar dua-dua pihak…saya nak tanya Nik Aziz dia pernah dengar Saiful…dia pernah jumpa Saiful…dia pernah jumpa bapa Saiful…apa pasal dia tak cari Saiful…apa pasal dia dengar Anwar saja….apakah ini prinsip Islam.

“Apakah kerana Anwar itu Datuk seri…Anwar itu orang besar…Anwar pemimpin mereka…Saiful budak kecil…umur 20 tahun …belajar tak habis…ooo dia salah…”

Katanya dalam prinsip Islam bila dibicarakan kedudukan Saiful sama dengan Anwar.

“Anwar kena kemuka bukti…masuk mahkamah takut pasal apa…yang tangguh sana…tangguh sini…sebab apa…dia suruh orang lain pertahan pula…buat apa,”katanya.

Ezam berkata sebagai bekas orang kanan Anwar beliau cukup masak strategi bekas bosnya itu yang bertindak menyalahkan dakwa konspirasi dan memburukan semua orang termasuk Perdana Menteri,Peguam Negara,Ketua Polis Negara dan sebagainya agar dia nampak tidak bersalah.

“Anwar boleh round satu Malaysia cakap dua tiga jam…ajak sumpah tiga minit tak mau…tapi yang lain ni yang dok pertahan…dia tak buat…”ujarnya.

Menurut Ezam dulu Anwar hentam Datuk Seri Abdullah Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak .” Sedangkan Pak lah bebaskannya…saya tahu sebab saya bawa Wan Azizah jumpa Pak Lah…orang lain tak tahu,”katanya.

Beliau mendakwa sebab utama pembangkang khususnya DAP begitu mempertahankan Anwar kerana melihat melalui beliau saja mereka dapat mencapai cita-cita politik mereka.

Katanya semasa kes liwat pertama tahun 1998 dulu Karpal Singh antara yang paling vokal menghentam Anwar tetapi kini beliau menjadi peguam utama Anwar setelah yang lain tarik diri.

Ezam meminta rakyat di negara ini khususnya orang Melayu sedar tentang hakikat ini sebelum terlambat.

Katanya DAP tidak perlu orang lain kecuali Anwar kerana Penasihat PKR itu dengan sendiri sudah membawa apa yang mereka perjuangkan.

Menurutnya sebab itu DAP awal-awal keluar kenyataan tetap mahu Anwar jadi Ketua Pembangkang di Parlimen sedangkan jumlah kerusi PKR sudah kurang dari DAP.

Ezam mendakwa pernah membangkitkan soal orang Melayu pada Anwar selepas beliau keluar penjara satu ketika dulu.

Namun katanya Anwar tidak padulikan hal itu kerana lebih mementingkan soal undi bukan Melayu.

Katanya sejak itu pandangannya terhadap Anwar sudah jauh berubah

PKR pecat Zulklifi Noordin


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

‘Kesalahan berulang-ulang’

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.  Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan “kesalahan yang berulang-ulang” yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti.

Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel.

Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.

Kulim diselia Gobalakhrisnan

Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR.

Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut.

Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah.

Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Awar di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai.

Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini.

Sumber: Malaysiakini

Guan Eng ketua pembangkang di Parlimen


Zulkifli Bakar / Utusan Malaysia

PERGOLAKAN di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyaksikan seorang demi seorang ahli Parlimennya meninggalkan parti itu memungkinkan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang tergugat.

Jika sebelum ini, Penasihat PKR itu begitu bangga kerana kembali semula ke Parlimen sebagai ketua pembangkang tetapi beliau juga perlu memahami realiti bahawa kedudukannya kini semakin goyah.

Langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan parti itu diikuti oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Teng pada Isnin lalu menyebabkan cengkaman PKR di Parlimen semakin rapuh.

Berikutan keputusan dua pemimpin tersebut ia mengakibatkan kerusi PKR di Dewan Rakyat kini berkurangan daripada 31 kerusi kepada 29 kerusi, hanya lebih satu kerusi sahaja daripada DAP yang memiliki 28 kerusi.

Pas pula tidak boleh bermimpi untuk menduduki kerusi ketua pembangkang kerana hanya menguasai 24 kerusi. Oleh itu jika pergolakan di dalam PKR berterusan ia akan menyebabkan Anwar perlu melepaskan keistimewaan sebagai Ketua Pembangkang.

Jika itu berlaku mahu tidak mahu sama ada Pas reda atau tidak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan mengikut jejak bapanya, Lim Kit Siang yang pernah menjadi ketua pembangkang.

Untuk rekod, Kit Siang menduduki jawatan itu pada tahun 1990, 1995 dan 2004 manakala Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menikmati kedudukan tersebut pada tahun 2004.

Ia bermakna jika PKR kehilangan lagi kerusi dalam Parlimen, DAP akan menjadi parti pembangkang paling berkuasa di Parlimen dan Guan Eng yang dilihat tidak begitu disenangi oleh beberapa ahli Parlimen PKR ‘ditabalkan’ sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun senario yang berlaku kini ialah DAP dan Pas akan membiarkan Anwar terus menjadi Ketua Pembangkang, biarpun PKR mempunyai kerusi Parlimen yang kurang.

Ia kerana DAP dan Pas sudah tentulah tidak mahu melihat tindakan ‘menyingkirkan’ Anwar akan menggugat kedudukan pembangkang. Anwar walaupun sedang berhadapan perbicaraan kes liwat bekas pembantu peribadinya di mahkamah tetap dilihat oleh kedua-dua parti itu sebagai ‘aset’ bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Kepimpinan DAP dan Pas tidak mempunyai keyakinan bahawa ada di antara mereka mampu menerajui pakatan pembangkang.

Walaupun sebelum ini ada ura-ura untuk melantik Abdul Hadi sebagai ketua pembangkang tetapi ia hanyalah sekadar khabar angin bagi ‘menyedapkan hati’ penyokong Pas yang semakin merasai bahawa parti itu hanya menjadi ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang.

Selain itu, faktor yang akan turut diambil kira oleh pemimpin pembangkang ialah sejauh manakah pelantikan Guan Eng jika terpaksa juga dilakukan akan diterima oleh keseluruhan ahli Parlimen pakatan berkenaan.

Ini kerana sebarang usaha meletakkan Guan Eng pada kedudukan itu samalah seperti memberikan pengiktirafan kepada DAP untuk menjadi tonggak utama pembangkang termasuklah dalam menentukan pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

Atas sebab itulah Pas secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang kerana tidak mahu DAP menduduki jawatan berkenaan.

Oleh itu Anwar mungkin akan dibiarkan terus menjadi Ketua Pembangkang tetapi dengan jumlah kerusi DAP yang lebih banyak daripada PKR, maka tidak mustahil beliau hanyalah menjadi ‘lambang’ sahaja manakala kuasa penentu berada di tangan DAP, manakala Pas pula tidak berupaya berkata apa-apa.

—————————————————————————————————————————————————

SATU LAGI…MP PKR Bagan Serai cabut

Oleh: ROSLAN BIN

Belum sejuk kisah Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal, Tan Tee Beng kelmarin keluar dari parti menyertai rakan sejawatnya dari Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim….hari ini Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak,Mohsin Fadzli Samsuri ikut jejak mereka.

Beliau juga umum serta merta jadi Ahli Parlimen Bebas.Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Katanya beliau kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Katanya beliau tidak boleh berkompromi lagi dengan tindak tanduk ini.  Hadir sama di sidang akhbar itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Kelmarin beliau dakwa lebih 10 orang Ahli Parlimen PKR akan keluar parti dalam masa terdekat.  Hari ini beliau tetap mempertahankan dakwaannya itu.

Mengenai pandangan mengatakan tindakan seumpama ini satu pengkhianatan kepada pengundi,beliau bertanya bagaimana dengan pelan 16 September PKR untuk menarik 30 Ahli Parlimen BN melompat.

“Bukankah itu boleh dianggap satu pengkhianatan?”ujarnya -3/3/2010

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.