Majlis Peguam patut lebih peka isu sensitif: MB Kedah

ALOR STAR: Bukan semua isu boleh dibincangkan secara terbuka dengan berpandukan lunas undang-undang semata-mata, sebaliknya memerlukan pertimbangan membabitkan perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat tertentu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata sebagai badan yang profesional, Majlis Peguam seharusnya peka terhadap isu yang boleh menyentuh sensitiviti dan menimbulkan kemarahan pihak lain.

“Mereka ini (Majlis Peguam) sudah pandai sangat. Bagi mereka undang-undang membenarkan mereka bercakap, namun dalam konteks negara kita ada perkara boleh dirujuk undang-undang, tapi ada juga benda yang menyentuh isu sensitiviti perlu dielakkan.

“Kita ada banyak isu lain yang boleh dibahaskan dan memberi kebaikan kepada negara, cuba elakkan isu yang menyentuh sensitif.

“Majlis Peguam bercakap hanya mengikut undang-undang, tidak ikut budaya, adat resam dan perasaan orang. Perkara perkara ini terkandung dalam ilmu sosiologi dan antropologi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum bertajuk Memeluk Islam, Sabtu lalu walaupun menerima bantahan dan teguran daripada pelbagai pihak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: