Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

Pelan Cukai Individu – Bagaimana Menjimatkan Lebih Cukai

Pelan Percukaian Individu boleh dilakukan sebelum penghujung tahun kewangan. Ini mustahak bagi menganggar cukai pendapatan anda bagi tahun tertentu, untuk kelayakan bagi potongan cukai sewajarnya, dan akhirnya bagi mengurangkan cukai pendapatan anda dan membayar cukai lebih rendah.

Adalah SUDAH TERLAMBAT bagi menantikan penghujung tahun. Rancang terlebih dahulu bagi menjimatkan lebih cukai. Di sini adalah langkah utama yang anda perlu ambil sebelum penghujung tahun bagi merendahkan kadar cukai anda.

1. Anggarkan Cukai Anda

Mulakan dengan membuat anggaran pendapatan bercukai anda untuk setahun, ketahui kadar cukai efektif anda dan rancang kadar bil cukai anda bagi tahun tersebut.

PKS (Syarikat/PLT dengan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta), dikenakan cukai pendapatan pada kadar 17% untuk RM500,000 pertama bagi cukai yang kena bayar. Jika kadar cukai individu efektif anda adalah lebih daripada 17%, ianya adalah lebih efesien bagi mengenakan cukai perniagaan di bawah Syarikat/PLT.

Sebaliknya, jika kadar cukai efektif anda adalah kurang daripada 17%, anda mungkin mahu menukarkan pendapatan perniagaan untuk dikenakan cukai di bawah individu melalui pembayaran bagi yuran pengarah, penggajian dan sebagainya (tertakluk kepada peraturan pemotongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan)

Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

2. Maksimakan Potongan Cukai

Potongan cukai mengurangkan cukai kena bayar bagi pendapatan. Jumlah potongan anda ditolak daripada pendapatan kena bayar bagi menentukan jumlah cukai kena bayar untuk tahun tersebut. Gunakan sepenuhnya pelepasan cukai yang tersedia untuk menjimatkan anda daripada lebihan cukai.

Di bawah adalah potongan cukai biasa bagi individu pemastautin. Untuk maklumat lanjut tentang pelepasan cukai persendirian, anda boleh merujuk kepada Pelepasan Cukai Persendirian di Malaysia.

Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

Pemeriksaan Kesihatan Sehingga RM500

Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk diri anda, pasangan atau anak dan anda dapat menikmati pelepasan sehingga RM500

 

 

 

Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

Pelepasan Gaya Hidup (Bahan bacaan / komputer peribadi, telefon pintar dan tablet / kelengkapan sukan termasuk keahlian gim / langganan internet – RM2,500

  • Buku-buku termasuk buku teks sekolah, majalah, komik sama ada terbitan tempatan atau luar negara tetapi tidak termasuk bahan bacaan terlarang seperti majalah lucah.
  • Untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (tidak digunakan bagi tujuan perniagaan sendiri) untuk kegunaan sendiri, kegunaan pasangan atau anak. Caj tambahan bagi waranti tidak dibenarkan untuk potonga
  • Untuk pembelian kelengkapan sukan bagi sebarang aktiviti sukan seperti ditakrif di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 termasuklah bagi pembelian basikal.
  • Untuk pembayaran bil bulanan bagi langganan internet didaftar di bawah nama individu untuk kegunaan sendiri, atau kegunaan pasangan atau anak.

Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

YURAN PENDIDIKAN (SENDIRI) – RM7,000

Sebarang kursus pengajian sehingga peringkat tertiari di sebarang institusi yang diluluskan di Malaysia:

(i) sehingga peringkat tertiari (selain ijazah peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah), untuk tujuan mendapatkan kelulusan undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, sains atau kemahiran dan kelayakan bidang teknologi; atau
(ii) sebarang kursus pengajian bagi peringkat ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah.

Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

DEPOSIT BERSIH DALAM SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN) – RM8,000

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan skim atau instrumen simpanan khas yang ditawarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pendidikan tinggi.

Pelepasan cukai diberi bagi amaun dideposit ke dalam SSPN oleh individu bagi pendidikan anak-anak pada kadar potongan sehingga jumlah maksimum RM8,000. Potongan yang dibenarkan ini terhad kepada amaun bersih yang dideposit bagi tahun tersebut sahaja.

Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

SKIM PERSARAAN SWASTA DAN ANUITI TERTUNGGAK – RM3,000

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan skim pelaburan jangka panjang sukarela yang direka bagi membantu individu mengumpul simpanan sekepas persaraan.
Pelepasan ini diberi daripada 2012 hingga 2021.

Pelan Percukaian untuk Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

INSURAN PENDIDIKAN DAN KESIHATAN – RM3,000

Premium insuran berkaitan pendidikan dan faedah kesihatan bagi individu, suami/isteri atau anak-anak.

 

 

 

 

3. Tambahkan Caruman KWSP anda

Caruman majikan ke dalam KWSP tidak tertakluk kepada cukai pendapatan individu bagi pekerja (tak kira % sumbangan oleh majikan).

Bagaimanapun, dari perspektif majikan, potongan cukai hanya boleh dituntut sehingga kadar 19% untuk tujuan cukai majikan.

Contoh

Syarikat mencarum 25% untuk bahagian majikan kepada KWSP pekerja.

Perspektif syarikat
Sumbangan 25% kepada KWSP itu merupakan perbelanjaan syarikat. Bagaimanapun, syarikat hanya boleh menuntut 19% daripada potongan perbelanjaan bagi laporan cukai pendapatan korporat. Lebihan 6% tidak boleh dikira bagi potongan perbelanjaan.

Perspektif pekerja
Tiada impak ke atas pekerja. Pekerja masih tertakluk kepada cukai pendapatan individu ke atas gaji kasarnya (tidak termasuk bahagian sumbangan KWSP dari majikan).

Kebanyakan syarikat di Malaysia yang membuat caruman tambahan KWSP kepada pekerja tidak akan mencarum lebih daripada 19% kerana tidak mendapat faedah cukai bagi Syarikat.

 

4. Struktur kembali Pakej Penggajian anda

Kemudahan Perumahan (tiada perabot)

– pekerja dan pengarah perkhidmatan – bayaran tunai penggajian 30% lebih rendah * atau nilai perumahan yang ditakrifkan

– pengarah syarikat kawalan – Nilai perumahan yang ditakrifkan

Kad petrol/petrol atau elaun perjalanan dan kadar tol

Jumlah amaun yang dibayar pekerja. Pelepasan sehingga RM6,000 setahun jika elaun/perkuisit adalah bagi tugas rasmi**

Subsidi penjagaan anak /elaun

Jumlah amaun yang dibayar majikan. Pelepasan sehingga RM2,400 setahun**

Yuran letak kereta/elaun

Pelepasan penuh**

Elaun makanan

Pelepasan penuh**

Faedah ke atas subsidi pinjaman

Pinjaman berjumlah RM300,000 bagi perumahan/kenderaan penumpang bermotor dan pendidikan**

** Pelepasan tidak diberi kepada pengarah syarikat kawalan, pemilikan tunggal dan perkongsian.

 

5. Simpan Dokumen dan Rekod

Semua dokumen sokongan dan rekod bagi Pulangan Cukai (contohnya resit premium insuran, bil perubatan ibu bapa dan baucer dividen) perlu disimpan untuk tempoh 7 tahun.

Untuk resit dan bil tanpa dakwat, buatlah salinan fotostat. Sebagai alternatif, imbas dan simpan simpanan elektronik untuk digunakan kemudian.

 

6. Dapatkan Bantuan Profesional

Pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat akauntan dan perunding cukai profesional seperti 3E Accounting bagi membantu anda merancang dan menyedia rancangan cukai dengan efektif. 3E Accounting mampu membantu anda memaksimumkan potongan dan pelepasan cukai secara sah yang khusus kepada situasi anda dan mampu melakukan penjimatan signifikan dalam jangka panjang.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan tentang Pelan Cukai Individu, sila emelkan kepada kami di info@3ecpa.com.my untuk khidmat rundingan percuma.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.