Anwar: BN akan ditolak rakyat dalam p’raya nanti


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang – tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor “tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu’.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana “rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya”.

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

“Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe,” kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Shahidan kata ‘Alhamdulilah’ di gelar ‘setan’ dalam Facebook


Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

“Ada menteri yang guna orang lain untuk kendalikan akaun Facebook mereka. Tindakan mereka tidak ikhlas, tidak baik dan tidak original,” kata mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan mendakwa beliau tahu beberapa orang menteri berbuat demikian menerusi pengamatan dan pengalamannya sendiri.

“Saya tahu KSU atau pegawai mereka yang buat kerja. Daripada gaya bahasa saya tahu itu bukan gaya bahasa menteri berkenaan. Saya tahu bahasa mereka sebab menteri itu kawan-kawan saya juga.

“Saya nak nasihatkan menteri-menteri ini, kalau nak taburkan isu, kenalah keluarkan idea sendiri, bukannya suruh KSU atau pegawai lain. Pegawai boleh tolong setakat membuat respon.” Katanya kepada Agendadaily semasa ditemui selepas menghadiri Konvensyen Wanita UMNO di PWTC Sabtu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut menteri yang dimaksudkan itu.

Shahidan yang sudah mempunyai dua akaun Facebook yang satu darinya sudah mempunyai 5,000 rakan, menganggap tindakan menteri-menteri berkenaan tidak budiman dan beliau tidak faham mengapa mereka berbuat demikian.

“Apakah mereka takut melontarkan idea sendiri? Macam saya, semua idea yang saya letak dalam status datang dari diri sendiri. Ada yang orang suka, dan ada yang tak suka. Saya tak kisah dan tak takut. Saya terima semua teguran sama ada positif atau negatif.

“Tetapi ada menteri, apabila mendapat komen negatif, mereka, melalui pegawai masing-masing, terus “delete” nama orang yang beri komen itu. Nampak sangat perangai tak suka terima teguran.

“Saya suka lontarkan idea dalam Facebook, sekurang-kurangnya ada hitam putih. Kalau bercakap orang lupa. Kalau nak saman, samanlah. Saya tak “delete” komen yang negatif. Kita kena terimalah yang positif dan negatif. Kalau tidak macam mana kita nak dekati dan fahami orang lain.

“Saya nak nasihatlah pada menteri-menteri ini, contohilah Perdana Menteri. Saya tahu Datuk Seri Najib memang tengok Facebook dia dari semasa ke semasa dan dia sendiri yang jawab komen. Dia tak suruh pegawai.

“Ada seorang dua Menteri besar yang rakan Facebook tak sampai 2,000 kerana pegawai-pegawai mereka asyik dok “delete” rakan yang bagi komen kritikal terhadap bos masing-masing. Tak baguih lah macam tu.

“Amalan“delete” rakan kerana komen negatif ini adalah perbuatan musibah dan juga kebiadapan intelektual yg tidak harus ditoleransikan.

“Ada juga menteri yang buat Facebook macam album gambar. Dok asyik tayang gambar dia rasmi itu ini, sana sini. Yang mereka tayang tu majlis kerajaan, bukan majlis peribadi. Ia tak personal. Your must spend your own money and personal time. Buat apa nak tunjuk gambar-gambar tu. Kalau PM tu lainlah.”

Shahidan berkata, beliau pernah digelar setan dalam komen di Facebook. “Walaupun negatif, saya tetap layan. Dia manusia. Saya pun manusia. Dia kata saya setan, saya jawab Alhamdulillah. Saya kata kat dia, dalam Islam sesiapa yang tuduh orang lain setan, dia dapat dosa dan orang yang dikatanya dapat pahala. Selepas itu dia minta maaf. Saya kata dia minta maaf pun saya dah dapat pahala.”

Shahidan berkata beliau memeriksa akaun Facebooknya setiap hari dan akan melayan komen daripada 12 tengah malam sehingga 2 pagi. Ada kalanya pada awal pagi sebelum keluar rumah, beliau akan membukanya.

Selamat datang ke ‘ mahkamah keadilan rakyat’


Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Ingatkan selepas peguam Karpal Singh yang bertindak bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya mahu Hakim Datuk Mohamed Zabidin undur diri dari jadi hakim kerana didakwa bias tidak ambil tindakan terhadap laporan Utusan Malaysia… keadaannya akan slowdown dan tiada lagi tindak tanduk yang boleh menghina mahkamah.

Ini kerana fakta yang dianggap oleh sesetengah pihak remeh mengenai perkataan ‘ katil’ dan ‘ lagi’ dalam laporan akhbar berkenaan itu dilihat maha besar oleh pasukan peguambela Anwar hingga hakim perlu ditukar.

Mereka yang berpeluang hadir di Dewan Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves Khamis malam dapat melihat sendiri cara sandiwara bagaimana pakatan pembangkang ‘menghormati’ sistem perundangan dan mahkamah negara.

Ceramah anjuran Pakatan Pembangkang bertajuk ‘Selamatkan Malaysia : Tolak Fitnah 2’.Pada ketika terus mendesak mahkamah ikut kehendak mereka ceramah ini menjadi medan mempertikaikan kes liwat Anwar.

Tidak kurang menarik Datuk Seri Nizar Jamaluddin pun tumpang semangkok melanyak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader sebagai Menteri Besar Perak.

Sedangkan mengikut aturan dan peraturan perundangan tindak tanduk begini nyata menghina mahkamah @ contempt of court .

Dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang itu Anwar pergunakan sepenuhnya gelanggang itu untuk mengaut simpati orangramai agar terus mempercayai beliau tidak bersalah dan menganggap kes liwatnya itu merupakan satu fitnah dan jahat UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.

Beliau seperti biasa tampil dengan stail ucapan yang ‘ mesra rakyat’ antara lain mendakwa perbicaraan kes liwat ke atasnya itu antara usaha untuk memecahbelahkan Pakatan pembangkang.

“Kita faham perkara ini akan dilakukan sejak tiga bulan lalu, kes perbicaraan saya dan juga keputusan mahkamah ke atas menteri besar Perak,” katanya.

Juga sudah menjadi amalan biasanya memetik orang-orang ternama di luar negara seperti ulama Sheikh Yusuf Al Qadarawi yang dikatakan begitu prihatin terhadap kesnya.

“Saya rujuk pada pemimpin, Sheikh Yusuf Al Qadarawi…dia kata apa..dia kata, Anwar kena sabar…enta kena istiqamah dalam perjuangan, enta kena sabar dan ana akan kumpulkan seluruh kekuatan majlis ulama dunia melawan orang-orang fitnah terhadap enta,”katanya.

Beliau terus melakarkan cerita mendapat sokongan dari seseorang kenalan yang berada di suatu tempat di Kerala menelefonnya pada jam 12.40 malam.

Menurut Anwar, Sheikh itu memintanya mengambil air sembahyang dan duduk di sejadah kerana pada ketika itu seramai 10,000 orang sedang berdoa untuk keselamatan dan kemenangannya.

Katanya lagi, “…dua hari sudah, orang Kristian dari Korea telah beritahu bahawa mereka telah adakan majlis ‘doa’ untuk kemenangan dan keselamatan saya.”

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Anwar mengingatkan bahawa minggu depan barisan peguamnya akan mula menyoal Saiful dan menganggap kesnya adalah yang pertama di dunia yang mendapat pengesahan doktor bahawa tidak ada apa-apa ‘masuk’.

“Bila giliran peguam saya soal, kita akan soal…saya yakin kali ini jangan nak ulangi kezaliman 1998…kali ini kita akan tahan dan lawan habis-habisan. Jangan saudara rasa runsing…saya rasa tak jadi, insyaallah…tuhan takdirkan tak jadi…tak jadilah, percayalah pada saya…kita lawan.” ujarnya.

Nizar dalam ucapannya antara lain mendakwa keputusan Mahkamah Persekutuan keatas kesnya vs Dr Zambry sudahpun kita jangka. “Kita sudah agak ia akan berlaku begitu,” katanya.

Beliau mendakwa keputsuan mahkamah itu sebaliknya membuat sokongan kepadanya bertambah.

Malah beliau dakwa banyak lagi negeri yang akan tumbang hasil daripada kezaliman yang lakukan di Perak.

Tidak kurang menarik Nizar mendakwa tidak mungkin Anwar meliwat Saiful kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah.

“Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?

“Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?” beliau bertanya kepada hadirin.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucapannya antara lain mengajak orangramai memboikot akhbar Utusan Malaysia.

Beliau sebaliknya menyeru mereka membaca laman-laman web yang pro pembangkang sahaja.

Aksi di Dewan Sri Siantan ini bukanlah sesuatu yang baru .Tindak tanduk untuk menghakimkan kes liwat Anwar diatas pentas ceramah seperti ini sudah berjalan di beberapa tempat kebelakangan ini menjelang bermulanya perbicaraan.

Ada beberapa tempat ia kurang mendapat sambutan hingga meresahkan penganjur dan sesetengah tempat khususnya di kawasan bandar jumlah hadirin ramai.

Dicelah hadirin di dewan itu ada juga kedengaran bisikan suara sinis yang berkata kalau beigini Saiful juga patut buat roadshow untuk berentap dengan Anwar diatas pentas ceramah.

Kata seorang pada rakannya negeri-negeri yang dikuasai pembangkang juga patut mengusulkan dibubarkan semua mahkamah yang ada di negeri mereka.

“Buat pentas mahkamah begini…bicara semua kes sesuka hati…barulah keadilan rakyat namanya,”katanya sambil tertawa dan bisik lagi kepada rakannya dia sengaja datang untuk melihat sendiri sandiwara ini.

“Hairan juga hari tu Saiful cabar ajak bersumpah di masjid Anwar tak berani.Main sentimen orang cara begini memang senang …kita tunggulah saja peguam pendakwa dan pembela berentap di mahkamah yang betul nanti”katanya.-13/2/2010

PKR hilang satu kerusi parlimen… Zahrain umum keluar parti jadi Ahli Parlimen Bebas…hilang keyakinan pada Anwar


Retak sudah jadi belah…itu kisahnya bagi senario politik pakatan pembangkang di Pulau Pinang.Ini bila Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan beliau keluar dari PKR.

Beliau membuat pengumuman rasmi itu dalam sidang akhbar khas di sebuah hotel di Petaling Jaya jam 11 pagi Jumaat.

Katanya beliau kini akan jadi Ahli Parlimen BEBAS yang tidak sokong Barisan Nasional.

“Niat untuk masuk parti-parti lain tidak ada, saya akan keluar dan menjadi sebagai seorang Independent (Bebas). Saya adalah orang yang bebas,” katanya.

Keputusan itu adalah kemuncak krisisnya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya cauvinis dan berfikiran komunis.

Guan Eng pula telah menafikan dakwaanya Zahrain.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula backing Ketua Menteri itu.Zahrain telah diarah mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 Zahrain menewaskan calon BN-MCA Ooi Siew Kim dengan majoriti undi 11,029 undi.Beliau dapat 27,618 undi manakala Ooi 16,589.Zahrain ialah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang sebelum digantikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman.

Di Pulau Pinang dari 13 kerusi parlimen ,Pakatan pembangkang menang 11 kerusi.Dua kerusi yang dimenangi BN ialah Kepala batas dan Tasek Gelugor.

Dalam sidang akhbar berkenaan,Zahrain mempertahankan dakwaannya terhadap Guan Eng.

“Amalan Guan Eng dan konco-konconya, bukan sahaja bersikap angkuh dan tidak boleh menerim teguran dan kritikan, malahan mereka menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik sempit DAN agenda jahat mereka,” katanya.

Beliau juga menegaskan sudah hilang kepercayaan pada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun sudah mengenali mantan timbalan perdana menteri itu secara peribadi lebih 30 tahun.

Menurutnya PKR sendiri sudah tidak lagi memperjuangkan ‘ reformasi ‘ sebenar yang dicanangkannya. “Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan saya untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.

“Sebaliknya, mereka bertindak menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini,” katanya.

Katanya beliau juga sudah hilang keyakinan pada perjuangan pakatan pembangkang.  Zahrain mendakwa pakatan pembangkang tidak akan bertahan lama.

Katanya beliau tidak mahu jadi sebahagian dari kumpulan yang memusnahkan negara,bangsa dan agama.  Dakwanya orang macam Guan Englah yang akan memusnahkan pakatan.

Zahrain berkata terpulang kepada ahli parlimen lain untuk membuat keputusan keluar PKR jika tidak lagi berpuashati dalam pakatan rakyat.

Beliau yang pada mulanya hanya bersedia menjawab dua soalan selepas membaca kenyataan akhbar tiga halaman mengenai tindakan keluar parti terpaksa mengalah soalan demi soalan yang diajukan lebih 40 petugas media yang hadir.

Malah ketika seorang wartawan bertanya tidakkah tindakan itu ‘lompat parti’, Zahrain secara sinis berkata, “16 September itu apa ?”.

Beliau merujuk rancangan Anwar menawan Putrajaya melalui pintu belakang dengan berusaha membeli 30 wakil rakyat BN.

“Saya sendiri masa itu percaya satu perubahan besar akan berlaku,” katanya.  Zahrain juga menjelaskan, beliau tak mahu pening kepala terus kekal dalam PKR tiada demokrasi dalam parti itu apabila tiada lagi hak bersuara malah kritikan dan teguran beliau dibalas serangan dengan tidak tentu hala.

“Saya tidak mahu rakyat tertipu dengan retorik Pakatan Rakyat,” katanya. Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim yang hadir sama di sidang akhbar berkenaan berkata pada wartawan kemudian bahawa kini pimpinan PKR tidak boleh lagi syok sendiri.

Zahrain memberikan jaminan kepada para pengundinya di Bayan Baru bahawa beliau tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilihnya serta menasihati rakyat supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan PKR-PAS-DAP.

Katanya mereka harus kaji kenapa Zahrain dan mereka lain yang tidak puashati bertindak begitu.  Beliau bagaimanapun enggan ulas kedudukannya sendiri dalam parti itu kerana majlis hari ini adalah majlis Zahrain dan hadir memberi sokongan peribadi kepada ahli parlimen tersebut..

Salehuddin baru-baru ini umum letak jawatan Setiausaha Adung PKR tetapi kata beliau masih ahli parti.-12/2/2010

Hadi gagal puaskan hati penyokong Khalid


Setelah bersemuka sendiri dengan penyokong Khalid Samad berhubung isu tindakan disiplin terhadapnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagal memuaskan hati penyokong ahli parlimen Shah Alam itu.

Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi – lebih dua jam – menyebabkan banyak soalan dan “isu-isu besar” tidak dapat diajukan kepadanya.

“Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu,” kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof.

PAS Shah Alam menghantar surat untuk bertemu dengan Abdul Hadi susulan keputusan mesyuaratnya pada 31 Januari yang tidak puas hati terhadap tindakan jawatankuasa disiplin parti yang menggantung jawatan Khalid.

Pada 29 Januari, pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga naib presiden parti mengumumkan, Khalid dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali bersalah, masing-masing terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Ekoran itu, Khalid digantung jawatan sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik manakala Dr Hasan hanya diberikan amaran bertulis. Keputusan tersebut yang dianggap berat sebelah mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk di blog.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Azli berkata tidak perlu diadakan pertemuan kedua dengan Abdul Hadi walaupun pertemuan pada Jumaat lalu gagal memuaskan hati banyak pihak.

‘Suka menghukum ahli’

“Kalau buat sekali lagi, jawapan (Abdul Hadi) sama juga,” katanya.

Dalam pertemuan tersebut kira-kira jam 11.30 malam, hanya tiga soalan sempat diajukan kepada Abdul Hadi oleh anggota Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Himpunan Penyokong PAS (HPP).

Soalan pertama berkisar tindakan PAS yang didakwanya “suka menghukum ahli berbanding menyelesaikan isu sebenar” iaitu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Anggota dewan itu juga berkata, teguran Khalid terhadap Dr Hasan – yang menyebabkan beliau digantung – dibuat berdasarkan tindakan Dr Hasan yang dilihat lari daripada landasan Pakatan Rakyat.

Sementara soalan kedua daripada ketua Muslimat PAS Shah Alam, Zarina Dzulkifli menyentuh soal pendirian parti berhubung tahaluf siasi (kerjasama politik) bersama PKR dan DAP.

Manakala pemimpin HPP berbangsa Cina mengajukan soalan berhubung kegagalan PAS mendepani isu-isu berkaitan bukan Islam di Selangor.

Menjawab kesemua soalan itu tidak sampai sepuluh minit kepada 80 pemimpin dan ahli akar umbi PAS di Shah Alam, Abdul Hadi mempertahankan keputusan jawatankuasa disiplin yang disifatkannya sebagai tindakan “untuk mengatasi kelemahan manusia”.

Menurut ahli parlimen Marang itu, kelemahan-kelemahan manusia perlu ditegur dan dinasihat. Kalau ditegur, dinasihat tidak berhasil, perlu diambil tindakan untuk mendisiplinkan.

‘Hukuman sangat ringan’

Abdul Hadi juga menyifatkan “tindakan yang ringan” itu sebagai ujian terhadap kesetiaan pemimpin terbabit kepada parti Islam itu.

Beliau juga menyifatkan keputusan yang diambil itu sangat ringan berbanding dengan keputusan (pada tahun-tahun) yang lalu.

Menurutnya, kalau masa dulu, tokoh popular PAS, Almarhum Abu Bakar Hamzah dipecat kerana dituduh mengeluarkan kenyataan akhbar yang bercanggah dengan pusat.

Menurut Hadi, Abu Bakar membuat kenyataan sendiri, maka jawatankuasa disiplin ambil keputusan memecatnya daripada PAS berapa tahun.

Namun begitu, jelasnya, Abu Bakar tidak masuk Umno walaupun dipecat dan akhirnya diterima balik menjadi ahli PAS.

Presiden PAS juga menyifatkan kesalahan Khalid dan Dr Hasan hanyalah kesalahan disiplin, bukannya kesalahan maksiat.

“Cumanya adap kita berjemaah, kadang-kadang rukuk dulu (sebelum) daripada imam, sujud dulu daripada iman,” kata Abdul Hadi berkias.

Menyentuh soal pembocoran rahsia parti yang dituduh terhadap Khalid, Abdul Hadi menegaskan bahawa ahli PAS mesti disiplinkan berhubung perkara itu.

Beliau dipetik berkata: “Hal yang begitu tidak boleh dibuka. Dalam kerajaan ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), kita tidak ada undang-undang itu.”

Menjawab soalan Zarina, Abdul Hadi menegaskan parti hendaklah didahulukan jika bercanggah dengan pendirian Pakatan.

“Antara dua ini, sekiranya berlawanan antara parti dan Pakatan, yang mana kita hendak dahulukan? Mesti didahulukan parti, bukan Pakatan,” Hadi dipetik berkata.

Dr Zambry…Menteri Besar Perak yang sah


Mahkamah Persekutuan umum keputusan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang sah.Ia diputuskan sebulat suara oleh penal lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif. Selain Alaudin empat lagi anggota penal hakim ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong. Ariffin yang membacakan keputusan berkata, tidak wujud dua Menteri Besar Perak ketika itu seperti yang didakwa Nizar kerana pelantikan Dr Zambry dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berpuashati dengan sokongan semua Adun BN dan tiga Adun Bebas. Menurutnya Nizar hilang jawatan Menteri Besar Perak sebaik saja dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang Adun DAP keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Sementara itu Dr Zambry yang sedang menghadiri tugas rasmi di Kuala Lumpur dalam reaksi segeranya menyuarakan rasa syukur atas keputusan berkenaan.Beliau berharap ia menjadi titik noktah keatas kemelut politik Perak. Katanya beliau akan terus berkerja untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.Nizar pula ketika ditemui wartawan anggap isu kedudukannya dan politik Perak belum selesai kecuali pilihanraya semula diadakan. Katanya pihaknya nak kaji beberapa pekara dalam keputusan itu sebelum menentukan nak mohon mahkamah buat semakan atau tidak. BERITA SEBELUM ITU – Suasana sudah ‘ panas’ menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan siapa Menteri Besar Perak yang sah…Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atau Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin. Polis telah mengadakan kawalan sekitar kawasan mahkamah di Putrajaya itu.Penyokong Dr Zambry yang berpakaian t-shirt warna kuning datang dengan lapan buah bas. Penyokong Nizar pula sehingga jam 9 pagi ini baru ada hampir 100 orang saja dan berpakaian biasa.Berdasarkan pemerhatian setakat ini penyokong Dr Zambry lebih dari Nizar. Sebelum ini Nizar memberitahu sebanyak 10 buah bas penyokongnya hendak turun ke mahkamah.Kira-kira 20 orang penyokong Nizar telah mengadakan solat hajat depan perkarangan mahkamah. Keadaan kecoh seketika bila Nizar sampai jam jam 9.15 pagi apabila penyokongnya cuba rempuh masuk sama ke dalam mahkamah. Sementara itu ada kalangan wartawan dan jurugambar sudah datang ke mahkamah sejak jam 7 pagi.Pihak mahkamah haya mengeluarkan 25 pas sahaja untuk mereka.Maka kebanyakannya kena tunggu di luar. Pada jam 9.50 pagi jumlah penyokong Nizar pula kelihatan lebih ramai dari penyokong Dr Zambry. Mahkamah mula bersidang jam 10.05 pagi dan hakim mula membacakan latar belakang kes

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.