Shahidan kata ‘Alhamdulilah’ di gelar ‘setan’ dalam Facebook


Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

“Ada menteri yang guna orang lain untuk kendalikan akaun Facebook mereka. Tindakan mereka tidak ikhlas, tidak baik dan tidak original,” kata mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan mendakwa beliau tahu beberapa orang menteri berbuat demikian menerusi pengamatan dan pengalamannya sendiri.

“Saya tahu KSU atau pegawai mereka yang buat kerja. Daripada gaya bahasa saya tahu itu bukan gaya bahasa menteri berkenaan. Saya tahu bahasa mereka sebab menteri itu kawan-kawan saya juga.

“Saya nak nasihatkan menteri-menteri ini, kalau nak taburkan isu, kenalah keluarkan idea sendiri, bukannya suruh KSU atau pegawai lain. Pegawai boleh tolong setakat membuat respon.” Katanya kepada Agendadaily semasa ditemui selepas menghadiri Konvensyen Wanita UMNO di PWTC Sabtu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut menteri yang dimaksudkan itu.

Shahidan yang sudah mempunyai dua akaun Facebook yang satu darinya sudah mempunyai 5,000 rakan, menganggap tindakan menteri-menteri berkenaan tidak budiman dan beliau tidak faham mengapa mereka berbuat demikian.

“Apakah mereka takut melontarkan idea sendiri? Macam saya, semua idea yang saya letak dalam status datang dari diri sendiri. Ada yang orang suka, dan ada yang tak suka. Saya tak kisah dan tak takut. Saya terima semua teguran sama ada positif atau negatif.

“Tetapi ada menteri, apabila mendapat komen negatif, mereka, melalui pegawai masing-masing, terus “delete” nama orang yang beri komen itu. Nampak sangat perangai tak suka terima teguran.

“Saya suka lontarkan idea dalam Facebook, sekurang-kurangnya ada hitam putih. Kalau bercakap orang lupa. Kalau nak saman, samanlah. Saya tak “delete” komen yang negatif. Kita kena terimalah yang positif dan negatif. Kalau tidak macam mana kita nak dekati dan fahami orang lain.

“Saya nak nasihatlah pada menteri-menteri ini, contohilah Perdana Menteri. Saya tahu Datuk Seri Najib memang tengok Facebook dia dari semasa ke semasa dan dia sendiri yang jawab komen. Dia tak suruh pegawai.

“Ada seorang dua Menteri besar yang rakan Facebook tak sampai 2,000 kerana pegawai-pegawai mereka asyik dok “delete” rakan yang bagi komen kritikal terhadap bos masing-masing. Tak baguih lah macam tu.

“Amalan“delete” rakan kerana komen negatif ini adalah perbuatan musibah dan juga kebiadapan intelektual yg tidak harus ditoleransikan.

“Ada juga menteri yang buat Facebook macam album gambar. Dok asyik tayang gambar dia rasmi itu ini, sana sini. Yang mereka tayang tu majlis kerajaan, bukan majlis peribadi. Ia tak personal. Your must spend your own money and personal time. Buat apa nak tunjuk gambar-gambar tu. Kalau PM tu lainlah.”

Shahidan berkata, beliau pernah digelar setan dalam komen di Facebook. “Walaupun negatif, saya tetap layan. Dia manusia. Saya pun manusia. Dia kata saya setan, saya jawab Alhamdulillah. Saya kata kat dia, dalam Islam sesiapa yang tuduh orang lain setan, dia dapat dosa dan orang yang dikatanya dapat pahala. Selepas itu dia minta maaf. Saya kata dia minta maaf pun saya dah dapat pahala.”

Shahidan berkata beliau memeriksa akaun Facebooknya setiap hari dan akan melayan komen daripada 12 tengah malam sehingga 2 pagi. Ada kalanya pada awal pagi sebelum keluar rumah, beliau akan membukanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: