Archive for December, 2008

Ramai `ulat-ulat` dalam UMNO yang suka menggendeng

Posted in 2151 on 20 December 2008 by zanas

Semalam terlerai sudah permasalahan yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri meluahkan perasaan mereka yang kecewa dengan budaya mengendeng pemimpin yang berlaku dikalangan ahli UMNO. Budaya ini telah lama bermula dan bukan satu perkara baru malahan ramai ahli UMNO yang mengambil budaya ini sebagai satu profession, mereka sanggup mengikuti kemana sahaja pemimpin UMNO pergi dan adakala mereka hanya menunjukkan muka sahaja dan mengekori kemana sahaja pemimpin UMNO pergi.

Mereka bukan hanya mahu menggendeng projek tetapi ada juga yang mahu mengedeng jawatan. Perkara sebegini bukan sahaja berlaku kepada Perdana Menteri malahan ianya berlaku kepada menteri-menteri kabinet yang lain. Ada yang sanggup tunggu di lapangan terbang hanya semata-mata mahu menghantar dan menjemput pemimpin UMNO ini berlepas dan kembali dari mana-mana distinasi yang menggunakan laluan udara. Ada yang begitu peka dengan jadual harian pemimpin yang mereka mahu mengendeng dan sanggup terbang lebih awal untuk menyambut ketibaan pemimpin berkenaan.

Namun usaha orang-orang sebegini yang sanggup melabur untuk mengekori pemimpin UMNO ini berjaya mendapatkan apa yang di endeng mereka. Ada diantara mereka ini yang hanya menjadi broker juga telah menjadi kaya dan memiliki kereta mewah-mewah dan mereka ini kini tergolong dikalangan orang-orang yang elit dalam UMNO. Ada yang sanggup menghabiskan masa berhari-hari mengekori pemimpin UMNO ini untuk kelihatan rapat dengan pemimpin bekenaan. Benarlah apa yang dikatakan oleh kedua pemimpin ini, budaya ini merugikan dan membuang masa ketika berkempen, mereka bukan datang untuk berkempen tetapi untuk mengekori den mengendeng pemimpin-pemimpin BN.

Kononnya apabila mereka mengekori pemimpin ini, mereka turut juga berkempen dengan hanya menepelkan diri sahaja. Mereka ini sebenarnya tidak jujur, hanya mahu menunjuk-nunjuk dihadapan pemimpin sahaja tetapi tidak mahu berkhidmat jika tidak dilihat oleh pemimpin. Berapa ramai Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan yang turun ke padang untuk bekerja dengan ikhlas bagi membantu parti dalam pilihanraya terutama pilihanraya kecil.

Dalam UMNO juga ramai ulat-ulat politik yang mencari kesempatan apabila rapat dengan mana-mana pemimpin terutama yang berjawatan dalam kerajaan. Mereka ini juga akan memanjat pejabat-pejabat pemimpinn UMNO untuk meminta apa yang dihajati setelah merasakan diri rapat dengan pemimpin berkenaan. Jika gagal mendapat apa yang mereka mahu, pemimpin berkenaan akan menajadi mangsa kutukan mereka. Budaya ini juga perlu dibersihkan dari menular dalama UMNO kerana ianya akan menyulitkan pergerakan pemimpin UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat.

Petikan Utusan Malaysia.

DALAM mana-mana pilihan raya kecil, suasana inilah yang kerap atau biasa tertonjol setiap kali pemimpin Barisan Nasional (BN) – merujuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak – turun padang meninjau kempen jentera pilihan raya.

Yakni, budaya menggendeng pemimpin.

Cukup rimas dibuatnya. Kalau setakat menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin di lapangan terbang, kemudiannya menyertai taklimat perjalanan dan operasi kempen jentera pilihan raya, tidak mengapalah. Ini sampai berbondong- bondong mengikuti ke mana arah langkah pemimpin itu pergi dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan, pondok panas ke satu pondok panas dan satu peti undi ke satu peti undi, maka itu tentunya satu kerugian besar kepada parti berkenaan – khususnya dari aspek liputan menyeluruh meraih undi dan tumpuan asakan kempen ke kawasan-kawasan ‘hitam’ dan ‘kelabu.’

”Kalau yang mengikut kedua-dua pemimpin ini dalam satu kumpulan kecil tak mengapalah, ini sehingga satu konvoi berkereta yang panjang, sudah tentu ada yang tidak kena,” kata seorang ketua UMNO bahagian Terengganu yang enggan disiarkan namanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tanpa merujuk sesiapa, beliau membangkitkan kekhuatiran bahawa dalam situasi pemilihan parti yang menebal, dalam tempoh menjelang tidak sampai dua setengah bulan nanti (Mac 2009), pastinya unsur menggendeng pemimpin tidak ‘mampu’ dielakkan.

”Saya juga berkempen di Permatang Pauh tempoh hari (Ogos lalu) dan melihat budaya ini tidak ketara di kalangan parti pembangkang. Walaupun ketua menteri dan pemimpin PKR meninjau satu-satu kawasan, para petugas parti mereka pula akan sibuk dengan kerja masing-masing, edar risalah di sana sini, tampal poster di pokok malah panjat tiang lampu gantung sepanduk waktu tengah hari,” katanya.

Persoalannya, siapa yang harus dijaga dalam menghadapi pilihan raya kecil seperti persaingan merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini yang disifatkan pemerhati pasti sengit – melibatkan lima penjuru.

Bagi kalangan ahli politik khususnya UMNO, kempen pilihan raya kecil selama 11 hari dari 6 Januari hingga ke saat-saat akhir tengah malam menjelang keesokan 17 Januari itu bukanlah masa untuk mencuri perhatian, mengambil hati pucuk pimpinan atau mempromosi diri. Yang perlu diberi perhatian dan bantuan ialah jentera kempen parti. Dengan puluhan ribu pengundi berdaftar yang perlu dijengah, 36 saluran mengundi harus disusuri serta impian menggunung Pas untuk merampas kerusi itu, ia menuntut komitmen tinggi dan kerja keras berterusan.

Suatu ketika budaya menggendeng pemimpin ini pernah mengecewakan Abdullah sendiri. Ketika meninjau keadaan mangsa banjir pada 2003 di Seberang Perai Utara dari dalam Pajero yang membawanya, berulang kali beliau meminta konvoi yang agak panjang agar tidak mengekorinya.

Tetapi itulah yang berlaku. Bersesak-sesak bagaikan tidak pernah berjumpa Abdullah. Rakaman lensa kamera jurufoto media menarik perhatian seolah-olah ia ‘hari mempromosi diri’. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia ada kaitan dengan pelantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada hujung bulan tahun berkenaan.

Meskipun situasi ketika itu berorientasikan pemberian bantuan kepada mangsa banjir, keadaannya dalam politik juga serupa – sepatutnya memfokus dalam membantu jentera parti.

Turun padang seseorang pemimpin untuk bersama jentera kempen dan pengundi perlu dihormati. Ia bukan untuk disalahertikan bagi menangguk kepentingan peribadi.

Advertisements

Nik Aziz jangan terlalu yakin – Pengundi KT pernah tertipu dan telah menghukum Pas

Posted in ARTIKAL on 20 December 2008 by zanas

Belum pun penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu diumumkan oleh mana-mana parti yang bertanding, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata beliau begitu yakin Pas akan menang besar pada pilihan raya itu, 17 Januari depan. Menteri Besar Kelantan itu berkata keyakinan itu berikutan calon Pas yang akan bertanding pada pilihanraya itu pastinya antara yang terbaik.

Pastinya semua yang bertanding akan meletakan calon yang terbaik. Mana ada parti yang mahu pertaruhkan calon yang kurang baik atau calon yang melepaskan batuk ditangga sahaja. Apakah Nik Aziz lupa bahawa BN dan UMNO pasti akan meletakan calon yang terbaik juga dan yang penting Nik Aziz perlu ingat bahawa kerusi ini dimenangi oleh BN dalam pilihanaya yang lalu.

Yang hairannya, kata beliau lagi, “Calon memang tak bahas lagi, tapi kita bercakap pada dasar dan kita yakin sangat akan menang, kalau tidak yakin macam mana nak jadi orang Islam kerana Islam memerlukan keyakinan.” Bukan itu sahaja, segala apa yang UMNO buat selama ini Pas juga boleh buat, pembangunan, Pas boleh buat, nak jaga Melayu, Pas boleh jaga, tak ada sebab langsung untuk UMNO dipilih,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Bagaimana Nik Aziz begitu yakin dengan calon yang belum pun dibahaskan, jelas ini membayangkan bahawa Nik Aziz suka bercakap, buat belum tahu lagi. Cakap tak serupa bikin.

Sebelum ini Nik Aziz sudah mempunyai calon pilihan iaitu Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk bertanding bagi kerusi tersebut. Bagaimanapun, berlaku pergolakan didalam jawatan kuasa Pas pusat menolak pilihan Nik Aziz itu kerana Mat Sabu dikatakan bukan calon sesuai biarpun pernah bertanding bagi kerusi parlimen itu. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Batu Buruk, Doktor Syed Azman Syed Ahmad antara calon yang disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya itu. Pas akan mengumumkan secara rasmi calonnya pada 21 Disember ini.

Selain itu Nik Aziz berkata, rakyat daripada pelbagai kaum dan agama juga dilihat memberi sokongan penuh terhadap parti itu yang sentiasa mempertahan dan bertunjangkan kebenaran. Beliau berkata, sokongan segenap lapisan rakyat itu turut terbukti apabila kaum Cina dan India telah secara sukarela menubuhkan kelab penyokong Pas. Mungkin Nik Aziz juga perlu menilai prestasi semasa Pas sekarang semenjak berjaya menubuhkan kerajaan bonek di beberapa buah negeri terutamanya di Selangor dan Perak.

Bukan sahaja rakyat yang sudah mula bosan dengan Pas yang dianggap sebagai kuda tunggangan dan juga sebagai Pak turut tetapi Pas kini dikatakan telah berubah dan memakai baju PKR. Perjuangan Pas dahulu dan Pas yang ada sekarang sudah mula dirasakan sebagai sebuah parti yang hanya memperjuangkan kuasa dan bukan lagi memperjuangan agama. Pas mahu menjadi parti berbilang kaum dengan tertubuhnya kelab penyokong Pas yang dibuka kepada ahli dari berbagai kaum.

Pas juga dikatakan banyak menyokong prinsip dan poerjuangan DAP yang banyak tersasar dari perjuangan Pas yang sebenar. Pas kini banyak menjadi Pak turut sahaja kepada dua parti yang lebih besar dalam Pakatan Rakyat DAP dan juga PKR dan bersubahat dengan Anwar Ibrahim. Sebenarnya keyakinan Nik Aziz ini hanyalah untuk menyenangkan hati penyokong Pas kerana menyadari bahawa sukar untuk Pas menawan kembali Kuala Terengganu terutama sekali rakyat dan pengundi di Terengganu sudah jeran dengan cara pemerentahan Pas setelah diberikan peluang memerentah untuk satu penggal yang lalu. Mereka tidak mungkin akan menerima Pas kembali.

Melayu perlu bangkit

Posted in ARTIKAL on 20 December 2008 by zanas

ImageTOLAK perbezaan wadah. Tolak perbezaan politik. Melayu perlu bangkit dengan segera. Mula mempersoalkan tindakan rakus dan kurang ajar kepimpinan bangsa lain yang mahu menjadi juara di mata bangsa mereka kerana politik – kerana mahu tempat dan mahu dihormati. Ini semua kerana kita terlampau bertolak ansur sehingga apabila kita di tolak kita sedikit demi sedikit beransur. Tindakan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah tindakan kurang ajar yang sepatutnya tidak hadir dalam kepimpinan BN sendiri. Kepimpinan BN tidak pernah memberitahu kaum pimpinan mereka mengenai Jus Soli dan mengenai kehadiran mereka yang diterima oleh orang Melayu. Ceritakan pada kaum mereka apa makna ketuanan Melayu dan kenapa ketuanan Melayu. Dari mana asal konsep ketuanan dan perlu di ingat antara raja Melayu dan rakyat Melayu juga ada konsep ketuanan. Sudahlah mereka tidak menceritakan perkara sebenar mengenai konsep ketuanan dan hak keistimewaan orang Melayu mereka hadir pula menuntut dan menggesa agar ketuanan di hapuskan.

Sikap kurang ajar mereka hari ini sudah melampau batasan yang sepatutnya ada. Tuntutan demi tuntutan dan kalau kita lihat sepanjang kehadiran mereka di negara yang dikenali sebelum ini dengan Tanah Melayu – tuntutan mereka sudah ada. Mereka sudah menuntut sejak tahun 1930an lagi. Mereka menuntut hak untuk kawasan – menuntut negara ini kerana kononnya mereka yang melaksanakan kemajuan dalam negara ini. Ini sudah sejak sekian lama berlaku. Kita perlu sedarkan kepada mereka bahawa mereka harus menghentikan perjuangan menuntut agar apa yang ada pada Melayu di lucutkan kerana tindakan mereka sedikit demi sedikit akan menyemarakkan perjuangan bangsa Melayu dan sekiranya ini berlaku maka yang akan rugi adalah negara kita.

Melayu sehingga ini tidak pernah menyuarakan tuntutan yang melampau sungguhpun ketuanan sebenarnya di pegang oleh mereka. Tidak ada tindakan mereka yang menyebabkan mereka tidak dibenarkan berniaga. Kita tidak menuntut kerana toleransi kita dan kepercayaan kita pada demokrasi dan hak mereka sebagai warga negara . Kita tidak menghalang mereka dari menjadi orang tengah dan mengaut untung berlebihan dari perniagaan peruncitan yang di dominasi oleh kaum mereka. Kita tidak pernah menyelongkar siapa monopoli pengedar dan pembekal untuk pasar raya utama negara ini seperti Giant dan Hyermarket yang lain. Kenapa tidak kita lakukan – susahkan mereka dengan permit tertentu kerana kuasa di tangan kita. Kenapa kita tidak lumpuhkan industri pembekalan ayam dan lain-lain bahan makanan dengan menyusahkan mereka dari segi mendapat bekalan.

Hatta, kita tidak menghalang mereka menternak babi sungguhpun agama kita meletakkan babi sebagai binatang haram untuk dimakan. Kenapa kita tidak melaksanakan – kuasa politik menyekat aliran ekonomi – membuat penentuan agar ekonomi mereka terbantut. Kenapa tidak kita halang perkembangan perniagaan mereka. Kita ada peruntukkan untuk bumiputera dan peruntukkan 30% itu sudah cukup menunjukkan bahawa yang di tuntut bukan ketuanan tetapi masih lagi peratus hamba ( moden) di negara kita ini.

Melayu sepatutnya sudah mual dengan kenyataan kepimpinan Cina khususnya yang semakin kurang ajar – semakin biadab. Ini bukan perkara baru. Kalau di lihat tuntutan ini sudah berzaman dan tuntutan ini tidak pernah kendur-kendur. Dari sikap kurang ajar mereka menuntut negara ini sehingga hari ini berani pula mempersoalkan asal usul orang Melayu.

Sudah sampai masa kita Melayu bersatu – memastikan bukan sahaja kaum lain faham tetapi kepimpinan kaum lain diajar untuk tidak lagi berani dan angkuh bersuara. Ini kalau diambil sebagai satu nota positif – akan menyelamatkan kedudukan sosiopolitik negara ini dan akan menjana keamanan. Namun kalau diambil secara negatif – tangkap sahaja pejuang Melayu dan biarkan pejuang Cina bebas kerana konon mahu menjaga hati dan perasaan kaum lain sedangkan sensitiviti kaum Melayu di sepak terajang.

Nak masuk UMNO balik…?

Posted in MEDIA on 6 December 2008 by zanas

“Dia nak masuk UMNO balik,” itulah gurauan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Gambar ini dirakam tatkala Perdana Menteri meluangkan masa menikmati nasi lemak bungkus bersama-sama dengan Ahli Parlimen di ruang rehat Ahli Parlimen hari Khamis.

Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga tengah malam, merupakan hari terakhir perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2009.

Kalangan Ahli Parlimen perlu menunggu sehingga ke akhir persidangan kerana perlu meluluskan rang undang-undang tersebut.

Tidak terkecuali, Perdana Menteri juga turut sama-sama berada di Parlimen.

Apabila menjelang 9.00 malam, tumpuan bukan di dalam Dewan Rakyat tetapi di ruang rehat Ahli Parlimen apabila Abdullah meluangkan masa bersama-sama beberapa orang Ahli Parlimen menikmati nasi lemak.

Menariknya, Ibrahim yang turut sama menjamu selera menyerikan suasana dengan jenakanya walaupun di dalam Dewan mereka berbahas dalam suasana yang agak ‘panas’.

Lebih menarik sebelum beredar masuk ke dalam Dewan, Ibrahim bersalam dengan Abdullah dan berbisik sesuatu kepada Perdana Menteri.

Zaid Ibrahim dipecat …Ariff Shah nak kekal bersama UMNO

Posted in MEDIA on 3 December 2008 by zanas

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dilihat sengaja cari pasal untuk dikenakan tindakan oleh UMNO bila menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam Sabtu lalu.

Sebelum itu beliau sudah ‘ buat perangai’ macam-macam yang jelas melanggar tata etika sebagai ahli UMNO selepas meletak jawatan menteri kerana tidak setuju dengan isu penahanan ISA baru-baru ini.

Andaiannya ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu sengaja tidak mahu keluar dari UMNO dan mahu beliau dipecat.

Dan seperti yang dijangka mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Selasa malam memecat beliau sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta merta.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO berkata tindakan yang dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana UMNO perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah.

Mengikut perlembagaan parti, anggota yang telah dipecat tidak boleh membuat rayuan, katanya.

“Ada tindakan-tindakan Zaid yang dilihat sebagai perkara yang menyalahi (peraturan) parti,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.

Menjawab soalan mengenai isu ADUN BN Seberang Jaya,Pulau Pinang, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendakwa dirinya telah dipinggirkan oleh Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Perdana Menteri berkata Arif Shah telah bertemu dengannya semalam dan menyatakan pendirian yang beliau akan tetap bersama UMNO dan BN serta tidak berminat menyertai parti lain.

Arif Shah sebelum ini dilaporkan berkata telah menerima pelawaan daripada PKR untuk menyertai parti itu.

Menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang ditimbulkan anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang dan akan dibincangkan dalam suasana yang terkawal.

“Tidak timbul keresahan atau cuit (perasaan) golongan lain. Satu mekanisme penting akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Ada isu sensitif, perkara ini mestilah berhati-hati. Kalau isu sensitif banyak orang yang akan terasa,” katanya.

Bagaimanapun beliau menasihatkan mereka yang hendak menimbulkan sesuatu perkara atau reaksi yang tidak disenangi oleh kaum lain, perlu bertanggungjawab di atas tindakan yang dibuat.

“Kita semua kena berhati-hati tanpa mengira kaum dan agama. Negara ini mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama. Jadi isu agama dan bangsa boleh menimbulkan reaksi tidak menyenangkan, perlu latih diri supaya dikawal.

“Tidak bawa apa-apa keuntungan dan kebaikan pada rakyat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pendirian UMNO yang dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan parti komponen BN yang lain, Abdullah berkata: “Itu bukan bermakna kita diam langsung. Kita juga cakap dengan pemimpin-pemimpin berkenaan.”

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata MT masih belum memutuskan calon yang akan mewakili BN bagi mempertahankan kerusi itu yang kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada Jumaat lepas.

Mengenai sama ada MT UMNO akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan calon yang akan dipilih bagi mewakili BN beliau berkata: “Tidak semestinya MT yang akan membuat keputusan (mengenai calon). Jawatankuasa pengurusan pun boleh pilih calon dan memaklumkan kepada saya.”

Beliau berkata MT memutuskan supaya semua persiapan bagi menghadapi pilihan raya itu disegerakan, termasuk jentera dari bahagian-bahagian di negeri lain.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata keputusan untuk memecat Zaid daripada UMNO adalah berdasarkan prinsip dan mematuhi garis panduan parti.

“Keputusan yang kami ambil adalah berdasarkan prinsip. Dalam UMNO dari dulu lagi kami ikut garis panduan dalam parti. Apabila kita melanggari garis panduan parti, kita mesti berdepan tindakan disiplin yang biasa,” kata Muhammad kepada pemberita selepas mesyuarat MT itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan terhadap Zaid dicapai sebulat suara

Media memang seronok lihat kami bergaduh …

Posted in MEDIA on 3 December 2008 by zanas

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

Apabila mendapat khabar bahawa mesyuarat Wanita BN akan diadakan Selasa, ramai wartawan berpusu-pusu ke tingkat 38 Menara Dato’ Onn di PWTC dimana terletaknya ibupejabat UMNO.Ini kerana semua nak tahu apa cerita terbaru Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Sri Shahrizat setelah ‘ perang kenyataan’ menerusi media antara para penyokong mereka sudah reda sikit beberapa hari kebelakangan ini.Mesyuarat ini agak menarik kerana kedua-dua Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu dan Naibnya hadir.Kedua-dua mereka duduk sebelah menyebelah semasa sidang akhbar diadakan selepas mesyuarat berkenaan.Ini adalah kali pertama mereka duduk semeja sejak Shahrizat umum hasrat nak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.Namun sebaik selesai membuat kenyataan mengenai hal yang dibincangkan dalam mesyuarat itu semasa sidang akhbar, Rafidah sudah dapat membaca apa yang berada dalam benak fikiran para wartawan yang hadir dan dalam seloroh memberikan “warning”

“Media memang seronok melihat kami bergaduh. Alangkah bagus kalau anda (media) biarkan kami. Mesyuarat hari ini bukan membincangkan soal Datuk Sri Shahrizat dan saya, tetapi mengenai peranan Wanita BN dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Serentak dengan itu Rafidah berkata pertandingan dalam Wanita UMNO tidak akan menjejaskan persiapan untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Katanya soal pertandingan adalah perkara terakhir dalam pemikirannya dan tidak sedar Shahrizat yang duduk sebelahnya adalah orang yang akan bertanding dengannya nanti.

Katanya, “apabila kita bercakap mengenai isu kebangsaan, kita kena ketepikan hal-hal lain, termasuk peribadi. Seseorang pemimpin atau individu boleh datang dan pergi, tetapi BN akan kekal selama-lamanya.

“Saya nak pesan kepada ahli Wanita supaya berhati-hati bila bercakap kerana ada kalanya apa yang diperkatakan boleh disalahertikan. Itulah kadangkala saya lebih suka berdiam diri daripada membuat ulasan. Lagi baik tidak bercakap langsung. Jika ada masalah parti, ia seharusnya dibawa ke mesyuarat, bukannya mendedahkan kepada media.

“Hal ehwal parti harus diselesaikan di dalam parti. Jangan gunakan media untuk meluahkan rasa tidak puashati terhadap parti atau parti komponen. Hal parti ibarat hal keluarga dan orang luar tak perlu tahu. Bak kata pepatah, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.”

“Saya kecewa melihat sesetengah individu dalam BN yang secara sedar atau tidak, begitu gemar “menimbulkan provokasi”. Sepatutnya sebarang masalah harus dibincangkan secara tertutup,” katanya.

Apabila diajukan soalan mengenai isu ketuanan Melayu, Rafidah dengan cepat memintas: “Bangsa dan agama adalah dua perkara yang tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana ia tidak bagus untuk parti dan boleh memecahbelahkan rakyat.”

Pada awal sidang sidang akhbar , Rafidah mengumumkan mesyuarat itu membincangkan langkah membantu BN memenangi pilihanraya umum ke-13 dan konsep perpaduan “One Malaysia”.

Beliau berkata, untuk mencapai tujuan itu, mesyuarat telah bersetuju menubuhkan lima biro, iaitu biro latihan dan kepepimpinan yang akan diketuai oleh Wanita UMNO, biro perpaduan (diketuai oleh Wanita PPP), perundangan (Wanita MIC), ekonomi (Wanita MCA) serta pendidikan dan modal insan (Wanita Gerakan).

“Biro ini akan menjalankan tugas secara bergilir-gilir mengikut penggal supaya ia aktif sepanjang tahun. Menerusi biro ini kami akan berusaha mendekatkan diri dengan wanita professional dan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara,” katanya.

Rafidah berkata mesyuarat turut membincangkan isu semasa yang dirasai oleh semua parti komponen dan akan mengumpulkan semua isu untuk dibawa kepada pucuk pimpinan untuk dibincangkan.

“Wanita BN sedar apa yang dibangkitkan oleh akar umbi dan apa yang digunakan oleh pembangkang sebagai modal untuk pilihanraya akan datang.

Persengketaan Jalil – Arif Shah selesai…

Posted in MEDIA on 3 December 2008 by zanas

Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, persengketaan antara dua pemimpin kanan Permatang Pauh – Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Datuk Arif Shah Omar Shah – telah selesai.

Menurutnya, beliau telahpun menemui kedua-duanya untuk mendapat penjelasan mengenai punca berlakunya pertelingkahan antara mereka.

azhar ibrahim azahar ibrahimAzhar telah menemui Abdul Jalil yang juga ketua Umno bahagian tersebut, kelmarin manakala pertemuannya dengan Arif Shah pula berlangsung semalam.

Azhar berkata, beliau telah mendapat persetujuan dari kedua-duanya untuk menyelesaikan pertelingkahan antara mereka.

“Masalah berlaku kerana ada salah faham antara Datuk Abdul Jalil dengan Datuk Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya.

“Seorang ketua bahagian dan seorang lagi Adun, tetapi masing-masing nak langgar sempadan,” kata Azhar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
.
arif shah omar shah “Tetapi Arif Shah telah berjanji tidak akan tinggalkan Umno. Dia juga berjanji akan buat kerja untuk parti dan masyarakat serta berjanji tidak akan lompat parti,” katanya.

Azhar yang juga Adun Penaga dalam Parlimen Kepala Batas berkata, pertemuan empat mata itu berlangsung selama kira-kira 45 minit.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan punca persengketaan antara Arif Shah dengan Abdul Jalil.

Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa Abdul Jalil dan Umno bahagian itu yang didakwanya seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

Arif shah yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, dilaporkan berkata beliau dipelawa menyertai PKR selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah juga kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

abdul jalil abdul majidManakala Abdul Jalil pula dilapor menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Arif Shah tidak berhasrat keluar dari Umno untuk menyertai parti lain.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi, Abdullah berkata perkara itu dinyatakan oleh Arif Shah kepadanya dalam pertemuan mereka kelmarin.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.