YB Senator Ezam : It takes a thief to catch a thief…


Oleh: ROSLAN BIAN

Ezam Mohd Noor bersama tiga lagi pejuang asal reformasi dan bekas panglima Datuk Seri Anwar Ibrahim – Hamdan Taha,Hanafiah Man dan Zahid Md Arip yang juga sudah keluar dari PKR – di zaman aktif dalam Parti Keadilan Nasional dulu.

Andaian yang muda ….3A dalam PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali pasti antara yang rasa kurang sedap badan apabila Ezam Mohd Nor dilantik sebagai ahli Dewan Negara.

Walaupun persidangan Dewan Negara tidak sepanas Dewan Rakyat, tetapi gema suara Ezam tentunya akan menyakitkan telinga pakatan pembangkang kerana bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan itu mengetahui banyak perkara babitkan 3A.

Ada perpatah Inggeris yang berbunyi : It takes a thief to catch a thief.

Ramai tahu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan pernah menjadi ‘ pencuri’ yang banyak berkorban hingga menjadi tetamu di Pusat Tahanan Kamunting dan merengkok dalam penjara semata-mata untuk mempertahankan bosnya Anwar di zaman awal era reformasi hingga ke pembentukan Parti Keadilan Nasional yang kini PKR.

Beliau antara jeneral depan yang berjuang menuntut pembebasan Anwar semasa kes liwat pertamanya dulu dan tidak serik-serik berdepan pihak berkuasa yang mahu ‘mengorek’ bukan sahaja rahsia beliau tetapi Anwar.

Ini fakta dan sesiapapun dalam PKR tidak mungkin boleh menafikannya.

Sesiapa yang pernah mendengar ceramah selepas Ezam keluar PKR dan berkempen membantu calon BN dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini pasti tidak jemu mendengar pendedahan demi pendedahannya ketika bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Apabila Ezam menyertai UMNO, ada pihak mendakwa beliau dirasuah malah pelbagai kecaman dihamburkan kepadanya khususnya oleh segelintir pemimpin kerdil yang baru dalam PKR untuk merendahkan kredibilitinya.

Ini cerita biasa yang dihadapi oleh kesemua bekas orang kanan dan rakan karib Anwar yang mengucapkan selamat tinggal termasuk rakan tenisnya, Datuk S Nalakarupan.

Ezam kerap mengelar pemimpin baru yang berlagak besar dalam PKR dan cuba menyerangnya sebagai ‘cicak mengkarung’ yang baru setahun jagung berjuang untuk Anwar berbanding tempoh hitam lebih 10 tahun dilaluinya.

Sesuatu yang jelas, beliau adalah seorang manusia yang bersemangat kental, berperinsip dan berani mengakui kesilapan.

Contoh terbaru ketika berceramah dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor, Ezam dengan nama Allah menarik balik setiap patah perkataan yang diluahkan ketika mempertahankan tuduhan-tuduhan terhadap Anwar termasuk dakwaan liwat dulu.

Sejak meninggalkan PKR, Ezam terus berjuang mempertahankan integrasi dan menghapuskan rasuah melalui Gerakan Anti Korupsi Malaysia (Gerak).

Apabila menyertai UMNO, keberanian Ezam membongkar segala keburukkan Anwar meletakkannya sebagai pemimpin yang semakin dikenali.

Gaya berpidatonya yang menarik dengan suara seakan-akan Anwar membuatkan ada pemerhati politik yang melihatnya ada potensi besar dalam politik.


Ezam dan Datuk S Nalakarupan,rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga keluar dari PKR

Anak jati Selangor yang genap usia 43 tahun Sabtu lalu ibarat sireh pulang ke gagang apabila kembali bersama UMNO pada 28 Mei 2008.

Beliau sebelum itu keluar dari UMNO pada 1998 dan kemudian menyertai Parti Keadilan tetapi meninggalkan PKR pada 2007 kerana tidak percaya lagi dengan perjuangan Anwar selain dikatakan disaingi oleh Azmin.

Suara Ezam yang mulai Isnin ini akan bergelar “ YB Senator ” pasti akan meresahkan PKR khususnya Anwar dan Azmin.

Bahkan, banyak pendedahan yang sudah dibuat Ezam serta cabaran beliau meminta Anwar dan Azmin menyamannya jika segala dakwaannya tidak benar, tidak dijawab dua pemimpin utama PKR itu.

Sudah acap kali beliau menegaskan, banyak perkara mengenai Anwar yang beliau ketahui dan semua itu bakal terbongkar sedikit demi sedikit.

Pelantikan sebagai Senator dilihat langkah awal beliau memasuki gelanggang politik yang lebih serius.

Namun dalam SMS kepada Agendadaily malam Rabu selepas berita mengenai lantikannya tersebar ,Ezam yang berada di Jakarta berkata , “ Terima kasih bapak.Kita terus berjuang.Jawatan soal kedua…terima kasih atas doa bapak ”.-29/4/2010

BN rampas semula kerusi Hulu S’gor



Datuk Seri Najib Tun Razak, P.Kamalanathan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan BN di Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru. Foto The Star/AZHAR MAHFOF

9.27pm: Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR

“Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang,” kata Tian Chua.

9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

9.05pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi, untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.

Ketibaan beliau disambut dengan laungan ‘Hidup BN’ serta ucapan tahniah.

8.37pm: Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dan setiausaha agung PKR yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat penjumlahan undi, dengan ditemani oleh isterinya.

8.20pm: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.

8.150pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan – DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.

MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.

BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.
8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi. Majoriti BN ialah 1,683 undi.

Undi yang diperolehi calon BN dijangka bertambah apabila kesemua peti dari kawasan majoriti pengundi Melayu selesai dikira.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.
8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat penjumlahan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.

BN – 19,067
PKR – 17,554
Majoriti – 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR – 4,082
BN – 3,398
Majoriti – 497
Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

PKR – 3,153
BN – 2,888
Majoriti – 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

PKR – 2,722
BN – 2,468
Majoriti – 258

7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina – di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR

PKR – 2,173
BN – 1,934
Majorii – 239

_________________________________________________

7.128pm: Keputusan tidak rasmi

PKR – 9,133
BN – 7,261
Majoriti – 1,872

Kira-kira 33 peratus undi telah dikira
7.08pm: Keputusan tidak rasmi

PKR – 8,557
BN – 7,116
Majoriti – 1,639

7pm: Ulasan

Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.

Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.
6.58pm: Keputusan tidak rasmi

PKR – 7,770
BN – 6,504
Majoriti – 1,266

6.57pm: Keputusan tidak rasmi

PKR – 7,410
BN – 6,339
Majoriti – 1,071

6.54pm: Keputusan tidak rasmi

PKR -7,053
BN – 6,010
Majoriti – 1,034

6.45pm: Keputusan tidak rasmi

PKR – 6,389
BN – 5,385
Majoriti – 1,004

Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.

6.43pm: Keputusan tidak rasmi

PKR – 5,596
BN – 5,041
Majoriti – 555

6.41pm: Keputusan tidak rasmi

PKR – 4,204
BN – 3,592
Majoriti -612

6.34pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 – PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 – PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 – PKR 207, BN 56

Tidak rasmi – PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 – PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 – PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 – PKR 490, BN 205

Tidak rasmi – PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 – PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 – PKR 104, BN 172

Tidak rasmi – PKR 901, BN 798
6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 – PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 – PKR 104, BN 172

Tidak rasmi – PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 – PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 – PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 – PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 – PKR 268, BN 122

Tidak rasmi – PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 – PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 – PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 – PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser – PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 – PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 – PKR 105, BN 155

Tidak rasmi – PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120

Hulu S’gor: 57 peratus mengundi sehingga jam 1


Jumlah pengundi: 64,500 – Melayu (34,020 – 52.7%), Cina (16,964 – 26.3%), India (12,453 – 19.3%), Orang Asli (1,000).
——————————————————————————————————–

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.

1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan “kaki judi” “lumba kuda” – merujuk kepada calon PKR.

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.05tengahari: Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Penyokong PKR menyambut beliau dengan laungan “Reformasi”, manakala Pemuda Umno melaungkan “tauke babi)”. Penyokong PKR membalas dengan laungan “Altantuya” dan “rasuah”.

12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan ‘halangan’ di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

11.53pagi: Menurut petugas PKR, pondok maklumat parti itu di SRJK (C) Khing Ming di robohkkan oleh SPR.

11.48pagi: P Kamalanathan dan isteri S Shobana melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru.

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.

Menurut petugas PKR, kadar pengundian di Sekolah Agama Serendah setakat ini kira-kira 25 peratus daripada 1,898 pengundi.

Terdapat juga laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C) khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah.

11.15pagi: Berlaku ketegangan di luar Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam selepas anggota Pemuda Umno membaling satu objek ke arah penyokong PKR. Ketegangan itu reda selepas trak polis diletakkan di tengah jalan bagi memisahkan penyokong kedua belah pihak.

11.00pagi: Ketegangan meningkatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam, iaitu pusat mengundi majoriti Melayu. Pergaduhan hampir tercetus apabila sekumpulan penyokong BN yang m
emakai baju-T hitam ‘Pemuda Umno’ memprovokasi sekumpulan penyokong PKR. Anggota polis dapat mengawal dan menenangkan penyokong kedua belah pihak.

10.50pagi: Kira-kira 350 difahamkan telah mengundi di SRJKC Rasa. Pusat mengundi itu mempunyai kira-kira 1,700 pengundi berdaftarl.

10.49pagi: Para penyokong BN dilihat mengedarkan poster di pusat mengundi di Sekolah Agama Serendah, yang memaparkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim minum bir.

10.44pagi: Kira-kira 100 penyokong kedua belah pihak berada di SRJKC Khing Ming – kawasan majoriti pengundi Cina. Memandangkan mereka tidak memakai baju parti, maka sukar untuk menentukan sama ada mereka penyokong BN atau Pakatan.

10.43pagi: Kawasan majoriti Melayu Sungai Selisek, 248 daripada 793 pemilih sudah keluar mengundi.

10:34pagi: Pergelutan kecil berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

10.40pagi: Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.25pagi: Suasana di Sekolah Kebangsaan Kerling tenang. Kedua pihak menyediakan ‘pondok panas’ tanpa diganggu pihak SPR.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times diedarkan percuma kepada orang ramai di situ.

10.22am: Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan “bodoh, gemuk” dan melaungkan “liwat”, manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah” dan “Apco-Umno, “Umno-Yahudi”.

10.10pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bahru, penyokong BN dan Pakatan hampir berentap. Sepasukan anggota polis yang lengkap dengan cota, perisai dan pemancar gas pemedih mata, bergegas ke situ.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua berusaha menenangkan penyokong Pakatan. Seorang anggota polis mengawal di sebelah penyokong Pakatan manakala enam lagi mengawal di sebelah BN. Tian Chua memberitahu penyokongnya bahawa pihak BN sengaja bertindak memprovokosi mereka.

9.55pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bharu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu menasihatkan penyokong Pakatan supaya jangan termakan provokasi pihak BN.

Beliau memberi nasihat tersebut sejurus selepas berlaku pertengkaran antara penyokong kedua belah pihak di mana seorang penyokong BN melaungkan perkataan ‘lucah’ terhadap at Pakatan.

9.45pagi: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan ‘pondok panas’ MCA mengusik beliau sambil melaungkan “Dato, marilah sini ambil gambar.”

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. “Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau.”

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan ‘mengejek’ kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan “Reformasi” manakala penyokong BN menjawab “Sudah Basi”.

9.30pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat ‘pondok panas’ BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan ‘pondok panas’ di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB, kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan ‘pondok panas’ PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai ‘fantastik’.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Seorang pengundi mendapati namanya telah dipindahkan ke Bukit Sentosa dan akan dibawa ke sana oleh petugas PKR.

Sementara itu,
Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 mlm

Dr Halili…orang kecil yang lepas ‘bom besar’ terhadap Anwar


Oleh: ROSLI ISMAIL

Datuk Dr Halili Rahmat bukanlah satu nama besar kontek arus perdana politik nasional.

Dari satu segi mungkin betul seperti kata Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin kepada Agendadaily, “ tak apa…dia tak penting ” sebagai sebagai reaksi kepada pengumuman doktor pakar bedah saraf yang terkenal itu umum keluar PKR dan masuk UMNO pagi Isnin.

Namun kalau melihat dalam kontek keperibadian Dr Halili yang dikenali bukan jenis hanky panky dan anak tempatan Hulu Selangor ia ibarat melepas bom keatas PKR ketika hendak berdepan dengan pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu.

Juga jangan lupa Dr Halili ialah rakan karib dan doktor peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nama Dr Halili pernah menjadi sebutan ramai satu ketika dulu kerana membuat pembedahan keatas penyanyi Zaiton Sameon yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali,Hulu Selangor.

Beliau adalah Bendahari PKR bahagian Hulu Selangor dan pernah bertanding kerusi Parlimen kawasan itu pada pilihanraya umum tahun 1999 manakala 2004 pula bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Kali di situ.

Beliau tewas dalam dua cubaan itu.Namun menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor namanya disebut-sebut sebagai salah seorang yang mungkin dipilih sebagai calon.

Dr Halili hadir semasa majlis pengumuman Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Pusat Komuniti Serendah baru-baru ini.

Di majlis itu Anwar mengucapkan penghargaan kepada Dr Halili sambil memberitahu kepada hadirin beliau adalah rakan dan doktor peribadinya.

Dalam pada itu Dr Halili juga adalah adalah salah seorang pejuang asal reformasi di zaman Parti Keadilan Nasional dibentuk pada tahun 1999.

Maka nilai sendirilah bila orang yang sebegini rapat dengan Anwar berkata beliau ambil keputusan keluar parti untuk menyertai UMNO kerana parti itu hari ini sudah dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideloji berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang-orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya.

“Keputusan ini adalah kerana saya telah berpendapat bahawa PKR yang ada sekarang ini telah jauh terpesong daripada perjuangan Parti Keadilan Nasional yang saya terlibat secara langsung semasa mengasaskannya pada tahun 1999,” katanya dalam sidang akhbar yang didamping oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Kata Dr Halili sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampong di Hulu Yam sukar baginya mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan tidak ada apa yang dilakukan untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor selama dua tahun dikuasai PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

“Saya tahu dan faham bahawa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini (Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad) uzur,tetapi yang menghairankan saya kepada PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk member khidmat kepada pengundi Hulu Selangor,”katanya.

Dalam pada itu,katanya beliau melihat kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam untuk membawa perubahan politik dan memperjuangkan nasib rakyat.

Dalam sidang akhbar itu Dr Halili menegaskan beliau tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Katanya antara sebab beliau keluar segera dari PKR ini kerana tidak mahu namanya digunakan sebagai modal kempen PKR.

Menjawab soalan Dr Halili menjelaskan beliau tidak akan turun ke Hulu Selangor semasa kempen pilihanraya ini kerana terpaksa bertolak ke Melbourne,Australia esok untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya.

Katanya pemergian ke sana sudah dirancang lama sebelum ini.

Namun terbaru difahamkan beliau telah bersetuju memenuhi permintaan ramai untuk hadiri juga pada satu ceramah di Hulu Selangor Isnin malam .-19/4/2010

Dakwaan Zaid peminum arak tegar…” Dia pergi Haji …Insyallah perubahan lepas balik Haji”- kata Haji Hadi




Sementara menanti selesai penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu pagi Sabtu,Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkujung ke khemah para pemimpin Barisan Nasional yang terletak disebelah khemah para pemimpin pembangkang.

Waktu berbual kosong di situ dengan Naib Presiden UMNO Datuk Zahid Hamidi,Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Datuk Noresah Mohamad dan dan Exco Kerajaan Negeri Perak,Datuk Hamidah Osman mereka tersentuh tentang soal menguna isu peribadi menyerang calon lawan.

Zahid berkata PAS sakan serang peribadi calon BN Rohaizat Osman semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir di Pulau Pinang dulu.Beliau merujuk kepada isu isteri kedua Rohaizat yang menjadi bahan kempen utama di pilihanraya kecil itu.

Salahuddin hanya tersenyum dan menjelaskan mereka sebenarnya lebih tumpukan kepada isu dakwaan pecah amanah Rohaizat sebagai peguam.

Hal ini berbangkit setelah Agendadaily yang turut serta di situ memberitahu Salahuddin baru saja diminta mengulas tentang cerita yang hangat diperbualkan tentang calon PKR pilihanraya kecil Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim mendakwa beliau adalah peminum arak tegar.

Turut sama diminta mengulas dakwaan yang meluas tersebar di internet itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang,Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Cuma dicelah kesibukan penamaan calon itu komen Zaid sendiri tidak sempat diminta.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditemui sewaktu duduk di khemah pembangkang di situ enggan menjawab apa-apa sekalipun wartawan Agendadaily belum mengemukakan sebarang soalan padanya.

Menariknya sewaktu berbual bersama Salahuddin di khemah BN,Halimah yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO secara berdepan memberitahu Naib Presiden PAS itu mereka juga dengar Zaid ada kuda lumba.

Katanya mereka juga tahu nama kuda lumba milik Zaid itu.

Apa yang dapat disimpulkan semasa Haji Hadi,Khalid dan Salahuddin mengulas isu dakwaan Zaid peminum arak tegar mereka tidak menafikan atau mengesahkannya.Sebaliknya mereka seolah mahu beliau diberi ‘ peluang kedua’.

Hanya Azmin yang menegaskan BN harus membuktikan dakwaan mengatakan Zaid kaki botol.Beliau juga membangkitkan mengenai isu anak seorang bekas Perdana Menteri yang ada saham dalam syarikat pembuat arak di Filipina.

Haji Hadi tidak mengulas panjang kerana berkata beliau tidak membaca blog di internet.

“Dia ( Zaid) baru balik Haji .Dia pergi Haji …Insyallah perubahan lepas balik Haji….”katanya.

Ditanya samaada ada atau tidak Zaid memberitahu pemimpin PAS beliau sudah tidak lagi minum arak ( seperti didakwa dalam internet ) ,Presiden PAS itu hanya berkata, “ dalam Islam kita mesti terima ( tanya) orang yang berkenaan.”

Salahuddin pula berkata baginya seseorang itu harus diberi peluang kedua.

“Dalam Islam kita menyaksikan peristiwa lampau itu…sekiranya ditinggalkan …mereka diberi tempat dan kedudukan dalam Islam itu sendiri.

Senentak dengan itu ,Salahuddin kata beliau percaya isu-isu peribadi sukar diterima …rakyat lebih fokus kepada isu-isu yang berbentuk dasar,program dan kritikan membina kita.

Katanya beliau sebagai ahli politik jarang membawa isu yang terlalu peribadi.

Ditanya bukankah isu arak ini sensitif bagi PAS dan bila beliau sebut ‘ diberi peluang kedua’ tidakkah bermaksud Zaid sudah bagi pengakuan beliau tidak akan minum lagi ,beliau berkata,” saya tidak dapat beri komen…sebab saya tidak pernah nampak dan tidak pernah tahu dengan mata kepala saya sendiri …

Bila dikata ini isu besar dan tidakkah PAS minta penjelasan dari Zaid,beliau berkata, ‘ isu ini terlalu peribadi…apa yang saya tahu baru-baru ini beliau sudah menunaikan fardu Haji ke Mekah…itu saja yang saya tahu.”

Ditanya pula katakan akhirnya Zaid mengaku beliau minum,beliau berkata,” pada waktu itu saya akan komen…”

Menteri Besar Selangor pula ketika diminta mengulas berkata adalah sulit baginya menengok karektor seseorang dari waktu dia kecil sampai ke besar.

‘Bagi saya pemimpin UMNO tidak boleh guna ( dakwaan peminum tegar) sebagai alat….yang penting adakah saudara Zaid sekarang sudah tukar dari segi tatacaranya…

Khalid memberi contoh mengenai saudara baru.Katanya apakah tidak boleh terima seseorang itu dalam Islam sedangkan dulu dia minum arak dan makan khinzir.

“ Bagi saya Zaid keadaan dulu dan sekarang adalah berbeza,” katanya.

Menurut Khalid, Zaid pernah diterima sebagai wakil rakyat di Kota Bharu waktu dalam UMNO dulu sedangkan masyarakat di situ konservatif tentang Islam.

“Saya percaya dia tidak sukar di sini ( Hulu Selangor) ..saya percaya dia sukar di Kota Bharu …di Kota Bharu rakyat …saya difahamkan lebih konservatif dari segi pengamatan Islam…tapi mereka pilih saudara Zaid…di Hulu Selangor…saya tak taulah..tapi tak sekonservatif dengan Kota Bharu….oleh itu telahan itu tidak manasabah…untuk kita tidak memilih saudara Zaid.

Ditanya apa pandangannya jika ada pihak yang menuntut Zaid bersumpah beliau tidak minum lagi,Khalid berkata jika demikian maka semua orang kena pergi bersumpah.

“Jadi saya rasa perkara itu ( dakwaan minum) tak payah ditimbulkan…itu akan merosakan dua pihak…adakah ahli-ahli UMNO tidak pernah minum arak…jawapannya saya tahu…dulunya masa zaman ( bekas Perdana menteri) Tunku Abdul Rahman memang ada..kalau orang kata tak ada itu satu perkara bohong.

“Saya tahu zaman Khir Johari…zaman Datuk Bahaman semua ada…jadi lebih baik kita tidak bangkitkan perkara ini.”kata Khalid lagi.

Bila dikata soal arak ini isu yang dekat dihati orang Islam,Khalid berkata,” apabila orang sudah tidak lagi melakukannya…saya percaya…saya yakin pada peribadi orang itu ( Zaid) …kalau dia nak jadi wakil rakyat..nak jadi Menteri Besar macam saya… I stay in glass houses …orang nampak yang saya lakukan…jadi tak jadi masalah…kalau adapun kita akan selesaikan…Barisan Nasional tak boleh nak jadi very angle about this …kalau kita bangkitkan pasal MCA,MIC lagi kelamkabutlah…jangan.”

Azmin bila ditanya hal itu lantas bertanya balik, “ apa buktinya…ini memang peranah UMNO dalam mana-mana pilihanraya dan juga pilihanraya kecil akan guna sebarang cara yang disebut sebagai character assassination untuk bunuh seseorang dengan lempar fitnah dan tomahan.

“Bukan setakat Datuk Zaid ..apa yang tidak difitnahkan tentang Datuk seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh..tapi Alhamdulillah….rakyat hari ini bijak memilih…antara fitnah UMNO dengan kenyataan sebenarnya.

Azmin berkata jika betul UMNO prihatin soal arak mengapa tidak bangkit isu dimana anak pemimpin besar UMNO menguasai kilang arak San Miguel di Filipina.

“Saya nak tanya Agendadaily mengapa tidak lapor seorang pemimpin besar UMNO keluarga dia menguasai lebih 30 peratus saham San Miguel di Filipina..bukan setakat mentekedarah arak…dia menguasai dan memiliki kilang arak…ini tidak jadi isu.

Bila ditanya ini soal keperbadian calon PKR di Hulu Selangor,Azmin menegaskan ini tidak dibuktikan dan ini fitnah.

Ditanya apakah beliau benar-benar yakin Zaid bukan seperti didakwa,Azmin berkata, “ ini bukan soal yakin tak yakin…dalam pemilihan calon kita pilih calon itu dalam semua konteks…semua keadaan..apakah penerimaan rakyat di bawah…apakah komitmennya pada perjuangan…kita mahu seorang yang betul-betul jujur dan mempunyai maruah dna akhlak yang baik…akhirnya dari 10 calon yang dikemukakan Datuk Zaid salah seoranh yang mampu jana satu kekuatan baru.

Ditanya samaada beliau nak cabar Barisan Nasional kemuka bukti Zaid peminum tegar,beliau berkata,” banyak dah kita cabar ..soal Apco tak mengaku…”

Bila ditanya satu perkara yang tidak betul dalam hal lain tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengatakan yang ini ( soal dakwaan terhadap Zaid) tidak betul, Azmin berkata,” kenapa tidak dibuktikan…apakah dia baru kenal Zaid baru semalam…puluh tahun Datuk Zaid dalam UMNO tidak jadi masalah…Datuk Zaid masuk Keadilan jadi masalah…”-18/4/2010

Zaid tolong jawab segera bab ini…

Datuk Zaid Ibrahim mempunyai biodata yang cantik.Beliau bekas menteri dan pemilik syarikat guaman yang terbesar di negara ini.Kaya raya.Tinggal dalam lingkungan yang kawasan perumahan eksklusif di Tropicana.

Segala hal tentang dirinya secara zahir melambangkan kejayaan seorang anak Melayu.

Indahnya lagi seperti cerita-cerita kejayaan yang biasa tersiar di suratkhabar…Zaid berasal dari keluarga miskin.

Di atas kertas memang tak silap Datuk Seri Anwar Ibrahim tegak menepis segala pandangan lain dalam PKR memilih Zaid untuk menjadi ayam sabungnya untuk pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Masalahnya kehidupan di luar sana ada bezanya apabila jadi orang politik.

Zaid sendiri bukan baru dalam dunia politik.

Kata orang bodoh sangatlah kalau Zaid tak sedar segala tentang dirinya diteropong habis ketika melangkah kaki untuk mencuba nasib dalam satu pilihanraya kecil yang sengit seperti di Hulu Selangor.

Datuk Nik Aziz Nik Mat mungkin boleh maafkan tindak-tanduknya dulu yang pernah saman PAS untuk menyekat hukum Hudud.

Namun satu hal yang Zaid perlu jawab khususnya kepada orang-orang PAS dan amnya masyarakat Islam di Hulu Selangor ialah apa ceritanya tentang dakwaan yang hangat diperbualkan mendakwa beliau PEMINUM ARAK TEGAR.

Kalau rajin layari internet segala macam bentuk lakaran dan kata-kata yang mempersendakan Zaid dalam bab itu boleh ditemui.

Sebenarnya dakwaan ini bukan baru tetapi sudah lama kedengaran.

Sebagai orang yang bermartabat tinggi dan ada maruah Zaid perlu tampil menjelaskan semua ini.

Betul ke tak betul segala dakwaan itu hingga ke peringkat ada yang kata sarapan pagi pun Zaid wajib kena wine.

Ini bukan soal kecil lebih-lebih lagi apabila menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat kepada orang di hulu sana sekalipun jarak antara rumahnya di Tropicana dengan Hulu Selangor cuma 45 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Beliau harus mengikis segala kesangsian khususnya di kalangan orang PAS yang hendak turun padang dari serata kota dan desa berkempen membantu PKR bagi memenangkannya.

Juga tentu sulit nanti beliau untuk berceramah tentang moral orang-orang UMNO jika dakwaan seburuk itu tentang dirinya tidak dijawab.

Kalau Zaid merasakan kemenangan di Hulu Selangor ini amat penting untuk dirinya apa salahnya beliau memberanikan diri masuk mana-mana satu masjid di Hulu Selangor untuk bersumpah tidak pernah meneguk langsung air setan itu apa lagi dituduh peminum tegar.

Zaid perlu ingat bukan dirinya saja yang mahu menang tapi Anwar dan Nik Aziz sangat berharap mereka dapat menjulangnya pada malam 25 April ini.

Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tian Chua, Sivarasa mungkin boleh pejam sebelah mata pada dakwaan sebegitu rupa…soalnya bagaimana agaknya perasaan Tok Guru dan pak cik mak cik di Sungai Tengi, Kalumpang, Hulu Yam serata ceruk kampong lain di Hulu Selangor jika katakan nanti ia didapati benar.-17/4/2010

Buta sejarah: Parti Cina dibekal ‘perlembagaan’


Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) yang sebelum ini dianggap sesetengah pihak sebagai terlalu lantang, ekstrem dan ada kalanya kebudak-budakan berhubung tuntutan dan desakan mereka, hari ini mengubah imej itu.

Tuntutan mereka supaya dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu yang tamat tempohnya hari ini, tidak disusuli dengan demonstrasi ataupun membakar gambar pemimpin berkenaan.

Sebaliknya, PERKASA secara matang berikrar akan cuba menjadikan pemimpin parti-parti Cina tersebut ‘celik sejarah’ dengan menghadiahkan mereka buku Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ketua Wiranya, Arman Azha Abu Hanifah, PERKASA mengambil tindakan berkenaan kerana Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun “buta perlembagaan” kerana melabelkan NGO itu sebagai rasis.

“Saya sudah bertanya kepada akar umbi parti berkenaan dan (mereka) menyatakan pandangan pemimpin itu tidak mewakili MCA dan Gerakan. Tidak semua akar umbi menyokong mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, buku tersebut juga akan diserahkan kepada dua lagi akhbar Cina – Sin Chew Daily dan China Press – yang turut didakwanya melabelkan PERKASA sebagai perkauman.

Arman Azha berkata demikian bagi mengumumkan tindakan lanjut PERKASA selepas mencabar Teng dan Low memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam bermula Jumaat lalu.

Mereka juga menuntut kedua-dua pemimpin tersebut memohon maaf kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya turut diberikan label yang sama.

Bagaimanapun dilaporkan kedua-dua pemimpin tersebut enggan tunduk kepada desakan itu kerana beranggapan perjuangan PERKASA bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Ditemui Malaysiakini selepas sidang media tersebut, Arman Azha berkata, buku yang berharga RM25 itu akan dihadiahkan kepada golongan yang jahil itu minggu hadapan.

Beliau juga menafikan tindakannya itu hanyalah satu ‘sindiran’ dan tidak serius.

“Buku itu sudah ada. Kita akan hantar betul,” kata Arman Azha.

Pada sidang media di pejabat PERKASA di ibu negara, NGO itu dilihat seolah-olah cuba ‘berkempen’ supaya pelbagai pihak dapat memahami kandungan perlembagaan negara.

Sehubungan itu, Arman Azha berkata, pihaknya sudah melancarkan tabung kutipan derma bagi menampung kos pembelian buku berkenaan untuk diedarkan percuma kepada orang ramai.

Mereka juga mencadangkan kementerian pelajaran agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah.

Ibrahim: MCA, Gerakan jangan menari rentak DAP


Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata MCA dan Gerakan kini dilihat mengikut rentak DAP yang giat mempertikaikan sesiapa sahaja yang mempertahankan kepentingan Bumiputera.

Beliau memberi amaran, kedua-dua parti komponen BN itu bakal kehilangan sokongan daripada golongan Melayu sekiranya terus mengambil pendirian seperti itu.

“Mereka (DAP) terus menerus memainkan jarum halus menyucuk dan memperbesar-besarkan sesiapa saja yang mempertahankan hak dasar afirmatif mempertahankan Dasar Ekonomi Baru, contohnya, maka mereka ini dicap sebagai rasis dan perkauman.

“MCA dan Gerakan juga turut sekali kerana hendak menjaga sentimen sokongan orang Cina dan mereka juga terjebak dalam permainan politik DAP.

“Akhirnya MCA dan Gerakan juga akan hilang sokongan pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang. Ini ingatan saya kepada pihak MCA dan Gerakan,” katanya lagi ketika membahaskan usul bajet tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga turut mengambil peluang untuk mengecam wakil Ipoh Timur Lim Kit Siang yang berucap sebelum itu dengan memanggilnya dengan gelaran ‘Bapa Perpecahan’.

“Tadi saya dengar Ipoh Timur bukan main lagi kecam PERKASA. Saya amat bangga sebab dia sebut PERKASA, maknanya Ipoh Timur sudah mengiktiraf kekuatan dan kelantangan PERKASA dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Bumiputera.

“Beliau macam orang histeria menyalahkan PERKASA. Tapi kenapa dia tidak sebut Suqiu, kenapa dia tidak sebut Dong Jiao Zong, kenapa dia tidak sebut soal Hindraf?

“Sebab apa dia nak kata Bangsa Malaysia? Sebab dia tahu dia Cina dan juga rakyat Malaysia, dia tahu ketuanan negara ini Melayu.

“Sebab itu dia hendak hapuskan Melayu dengan memperbesarkan bangsa Malaysia dengan menindakkan Melayu sebab dia adalah bapa perpecahan Cina yang paling besar,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Jangan bising di luar…saya tunggu dalam Dewan Rakyat kata Nazri pada Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tak perlu bising-bising di luar Dewan Rakyat memburukkan kerajaan berhubung isu Apco sebaliknya kena jadi ‘lelaki’ berani memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika usul menghadapkannya ke jawatankuasa itu diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Anwar berceramah mengenai isu itu termasuk memberi gambaran kemungkinan beliau akan digantung sebagai Ahli Parlimen adalah kempen murahan untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tindakan itu katanya seolah-olah hendak mendapat simpati dari luar kerana bimbang tidak dapat membela diri di dalam Dewan Rakyat apabila kesnya dibahaskan kelak.

“Saya tunggu dia dalam Dewan…tak perlu keliling dan bising-bising kat luar, Saya cabar dia jadi lelaki jawab dalam Dewan,” katanya Nazri yang menganggap Anwar kaki spin kerana cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel serta pembabitan Apco.

“Dia kaki spin. Orang lain kelirukan Dewan, mereka (pembangkang) suruh ambil tindakan. Bila kena kat dia, seolah-olah dia kebal. Saya hanya tahu peraturan. Saya cabar jadi lelaki. Saya bukan boleh jawab kat luar,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Isnin.

Ahad malam,Anwar membangkitkan isu Apco dalam ceramahnya di Hulu Selangor.Beliau antara lain mencabar BN mengambil tindakan keatasnya di Dewan Rakyat.

Katanya, “Kalau betul-betul berani, saya tunggu dalam Dewan,”tegasnya.

Menurut menteri itu isu ini diketahui umum dan apabila diminta beri penjelasan dalam Dewan Rakyat Selasa lalu Anwar menyebut perkara-perkara yang tiada kaitan.

Menurut Nazri, beliau akan menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk merujuk Ketua Pembangkang itu ke jawatankuasa berkenaan petang ini.

 

“ Ini urusan kerajaan, mesti didahulukan, mesti dibentangkan sebab usul dari kerajaan,” Katanya lagi.

Sehubungan itu, Nazri juga berkata BN akan mengemukakan usul tersebut pada 22 April, yang juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Makanya Anwar berdepan dengan kemungkinan diberi amaran atau digantung sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Nazri hairan kenapa ahli-ahli parlimen pembangkang lain lebih banyak mempertahankan Anwar dalam perbahasan mereka di Dewan Rakyat daripada membangkitkan perkara kepentingan rakyat mahupun pengundi masing-masing.

“Kata Pakatan Rakyat. Ni pakat-pakat nak bela Anwar,” sindirnya.

Beliau juga menyifatkan tidak wajar Anwar memanggilnya biadap ketika ahli parlimen Permatang Pauh itu berhujah di Dewan Rakyat baru-baru ini.-5/4/2010

 

 

 

Apco: PAS gesa Majlis Raja-Raja campurtangan


PAS  telah  menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja supaya campurtangan untuk membatalkan kontrak antara kerajaan Malaysia dan firma perunding Apco Worldwide.

Timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa menyerahkan memorandum tersebut yang ditandatangani oleh presiden dan kesemua ahli parlimen PAS di pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di ibunegara hari ini.

“Patik ahli-ahli parlimen PAS sangat berharap agar ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membatalkan kontrak perundingan Apco dengan kerajaan Malaysia bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat; serta menghindarkan persepsi buruk terhadap Malaysia oleh masyarakat dunia, terutamanya oleh negara-negara umat Islam,” memorandum lima halaman itu dipetik.

Turut dilampirkan salinan dokumen perjanjian kerajaan dan Apco serta teks ucapan penuh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen yang mengaitkan frma perunding itu dengan Israel pada 30 Mac.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Nasharuddin berkata, tindakan kerajaan mengadakan kontrak dengan Apco “seolah-olah menjemput penceroboh untuk menjejaskan kedaulatan negara”.

“Setelah kita membawa perkara ini ke dalam parlimen dan selepas pendebatan dilakukan, kita bawa kepada perhatian Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut,” katanya.

Nasharuddin juga menyifatkan tiada penjelasan konkrit daripada kerajaan berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok menegaskan sekali lagi bahawa ia adalah isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Perjanjian dengan ‘tangan yang berlumuran darah’

Kira-kira 10 ahli parlimen PAS hadiri mengiringi Nasharuddin termasuk dua naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara yang turut hadir ahli-ahli parlimen PAS, Khalid Samad (Shah Alam), Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Sementara itu, Mahfuz (dua dari kiri) pula berkata, terdapat penglibatan tokoh-tokoh yang rapat dengan kerajaan Israel – yang menceroboh tanah air rakyat Palestin – dengan Apco.

“Bagaimana kita boleh mengadakan perjanjian dengan pihak yang tangannya berlumuran darah rakyat Palestin (yang berperang dengan Israel)?

“Perkara ini tidak dapat diterima rakyat Malaysia” katanya lagi.

Memorandum tersebut mendakwa terdapat penglibatan tokoh-tokoh penting Yahudi seperti bekas duta besarnya di Jerman dan Amerika Syarikat sebagai penasihat kanan syarikat perunding antarabangsa itu.

Sementara Salahuddin pula berkata, PAS mengadu perkara tersebut kepada Majlis Raja-raja kerana badan tersebut merupakan “tempat terakhir” untuk dituju dalam ruang lingkup demokrasi di negara ini.

“Kita lihat dulu apa (terjadi) selepas ini,” katanya ketika ditanya tindakan lanjut parti Islam itu.  Memorandum tersebut diterima oleh penolong setiausaha majlis Raja-raja Datuk Muhammad Sabtu Awam bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

Sumber : Malaysiakini

Rombakan kabinet: Soi Lek membisu idamannya


Presiden baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata beliau belum dapat menyatakan nama anggota parti itu yang akan disyorkan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk diberi jawatan menteri.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau akan menyediakan senarai berkenaan hanya selepas Perdana Menteri menetapkan tarikh untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada pemberita selepas meraikan menteri dan timbalan menteri daripada MCA pada majlis jamuan tengah hari di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa mereka ini seharusnya menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab dan tugas masing-masing.

Chua menggesa mereka agar tidak terpengaruh oleh spekulasi media tentang kedudukan masing-masing.

MCA mempunyai empat menteri dan tujuh timbalan menteri dalam pentadbiran kerajaan sekarang. Tidak hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk, Seri Ong Tee Keat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng.

Pada pemilihan MCA Ahad lalu, Chua mengalahkan Ong dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting bagi bagi menerajui parti itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha pula dikalahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pertandingan bagi jawatan timbalan presiden manakala Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen mengekalkan jawatan naib presiden.

Ditanya sama ada beliau akan ditawarkan jawatan menteri, Chua berkata: “Saya akan maklumkan kepada anda.”

Chua, yang menang dengan majoriti 68 undi, berkata beliau mengutamakan perpaduan parti berbanding kepentingan lain.

“Perkara paling penting adalah perpaduan parti, bukan jawatan Kabinet. Saya mahu tumpukan kepada MCA dan menyatupadukan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Mengenai pemilihan Kong bagi mengetuai jentera pilihan raya MCA bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Chua berkata Kong orang paling layak bagi tugas itu memandangkan kawasan Parlimen berkenaan mempunyai 17,000 pengundi Cina.

“Ini bukan soal sama ada ia adalah peluang bagi beliau untuk membuktikan kemampuan diri. Ini satu tanggungjaab baginya,” katanya.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.