Rombakan kabinet: Soi Lek membisu idamannya


Presiden baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata beliau belum dapat menyatakan nama anggota parti itu yang akan disyorkan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk diberi jawatan menteri.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau akan menyediakan senarai berkenaan hanya selepas Perdana Menteri menetapkan tarikh untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada pemberita selepas meraikan menteri dan timbalan menteri daripada MCA pada majlis jamuan tengah hari di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa mereka ini seharusnya menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab dan tugas masing-masing.

Chua menggesa mereka agar tidak terpengaruh oleh spekulasi media tentang kedudukan masing-masing.

MCA mempunyai empat menteri dan tujuh timbalan menteri dalam pentadbiran kerajaan sekarang. Tidak hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk, Seri Ong Tee Keat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng.

Pada pemilihan MCA Ahad lalu, Chua mengalahkan Ong dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting bagi bagi menerajui parti itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha pula dikalahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pertandingan bagi jawatan timbalan presiden manakala Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen mengekalkan jawatan naib presiden.

Ditanya sama ada beliau akan ditawarkan jawatan menteri, Chua berkata: “Saya akan maklumkan kepada anda.”

Chua, yang menang dengan majoriti 68 undi, berkata beliau mengutamakan perpaduan parti berbanding kepentingan lain.

“Perkara paling penting adalah perpaduan parti, bukan jawatan Kabinet. Saya mahu tumpukan kepada MCA dan menyatupadukan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Mengenai pemilihan Kong bagi mengetuai jentera pilihan raya MCA bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Chua berkata Kong orang paling layak bagi tugas itu memandangkan kawasan Parlimen berkenaan mempunyai 17,000 pengundi Cina.

“Ini bukan soal sama ada ia adalah peluang bagi beliau untuk membuktikan kemampuan diri. Ini satu tanggungjaab baginya,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: