‘Bawa tuduhan liwat ke Permatang Pauh’

Oleh Azman Zakaria


SOKONG PELAJAR: Najib pada sesi bergambar bersama pelajar yang mendapat biasiswa Amanah Raya pada majlis pelancaran program khusus pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang pengajian Islam di Kuala Lumpur, semalam.

Dr Wan Azizah cuba babitkan rakyat dengan kes Anwar

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pilihan raya kecil disifatkan sebagai cubaan membawa masalah tuduhan liwat yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR untuk memberikan laluan kepada suaminya itu bertanding di Permatang Pauh jelas satu perbuatan membawa masalah yang dihadapi Anwar kepada pengundi di situ.

“Ada cara untuk menyelesaikannya tanpa membawa perkara itu kepada rakyat, khususnya pengundi Permatang Pauh. Sebenarnya, tuduhan (liwat) ini dibuat oleh (bekas) pembantu khas dia sendiri, bukan oleh kerajaan.

“Sebenarnya, ada cara untuk menyelesaikannya tapi dia tak memilih cara tersebut… dia memilih untuk membawa perkara ini kepada rakyat khususnya pengundi Permatang Pauh.

“Tapi kita terimalah, sebab dia dah ambil keputusan, kita akan hadapi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program khusus pelajar Malaysia ke Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang pengajian Islam, di sini, semalam.

Kelmarin, Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang memberi maklum balas Isnin ini.

Najib yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, BN belum membincangkan soal calon yang akan bertanding di situ kerana pencalonan perlu mengikut prosedur dengan perbincangan pada peringkat perhubungan negeri dan bahagian terlebih dulu.

“Proses perbincangan tak payah beritahu (tarikh). Yang penting perbincangan akan dibuat,” katanya ketika ditanya sama ada bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor akan diletakkan sebagai calon.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak berasa terancam dengan tindakan Wan Azizah melepaskan jawatan kerana BN mempunyai majoriti besar di Parlimen.

Ditanya jika kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti menandakan berakhirnya sokongan terhadap PKR, beliau berkata, sukar untuk menjangkakan keputusan sesuatu pilihan raya kecil kerana apa-apa pun boleh berlaku.

“Yang jelas beliau (Anwar) dah buat perkiraan untuk bertanding di kerusi yang kini disandang isterinya. Oleh itu, beliau berasakan ini adalah kawasan yang akan memberinya peluang terbaik untuk menang… kita serah kepada penduduk Permatang Pauh membuat keputusan,” katanya.

Mengenai peluang BN, beliau berkata, BN perlu realistik kerana ia kawasan sukar tetapi akan berusaha melakukan yang terbaik.

Mengenai Pas yang kelmarin menolak sebarang kerjasama dengan BN untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada pada peringkat Pusat atau negeri, Najib berkata, perbincangan harus diadakan terlebih dulu sebelum sebarang kenyataan dibuat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: