Sentuhan Merdeka

KEMERDEKAAN -SEJAUH MANAKAH PENCAPAlAN KITA.

Tarikh 31 Ogos 2001 ini, genaplah 44 tahun Malaysia menikmati kemerdekaannya. Kemerdekaan negara adalah suatu yang harus kita syukuri, bukan sekadar kita sambut dengan perarakan, lampu-lampu yang bergemerlapan atau bendera yang berkibaran sahaja. Jiwa kemerdekaan itu haruslah diisi dengan kesedaran kerana tanpa kemerdekaan kita masih dikongkong dan apa yang kita kecapi hari ini tak mungkin kita rasai. Mengimbau rentetan sejarah sebelum negara ini merdeka, Prof. Datuk Dr .Ibrahim Bajunid, Presiden Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia (MERA) telah sudi membuka kembali tirai kemerdekaan untuk kita renungkan bersama.

Semangat Kemerdekaan

50 tahun sebelum merdeka iaitu selepas Perang Dunia Kedua, Liga Bangsa-bangsa Bersatu telah diwujudkan. Kebanyakan negara-negara dibawah jajahan British, Peranchis, Portugis dan Sepanyol mahu melepaskan diri dari penjajahan ini. Sebelum pencapaian kemerdekaan, negara-negara yang dijajah ini menuntut ‘universal franchise , ataupun hak untuk mengundi. Ini berlaku pada tahun 1955. Seterusnya satu demi satu negara mencapai kemerdekaan dan kemerdekaan Malaya ketika itu merupakan satu pergerakan global yang hanya menjurus ke arah kemerdekaan politik. Momentum ke arah pencapaian kemerdekaan ini dicetuskan oleh guru-guru serta ahli-ah1i agama pada ketika itu. Dengan itu pada 31 Ogos 1957 menjadi salah satu negara yang merdeka dan Malaya menjadi ah1i Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation).


Adakah Kita Masih Dijajah Dari Segi Pemikiran?

Kita tidak boleh menunding jari kepada Barat kerana kemajuan yang kita capai selepas kemerdekaan sememangnya hasil dari tunjuk-ajar mereka. Kita haruslah akur bahawa kemerdekaan tidak membawa kemajuan sekaligus. Semuanya memerlukan masa. Kita perlu masa untuk belajar mentadbir, kita perlu masa untuk mempelajari i1mu yang baru.

Kemajuan mengambil waktu yang agak panjang kerana kita sememangnya tidak ada kemahiran ketika itu -jadi kita belajar daripada barat. Kolonialism sebenarnya banyak juga memberi kebaikan kepada negara kita. Misa1nya, ketika mereka memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka meningga1kan sistem perkhidmatan awam yang baik, sistem perubatan dan pendidikan yang tinggi tarafnya untuk kita teruskan. Jadi, apabila kita menjadi negara yang merdeka, segala tinggalan yang baik ini telah kita perbaiki dan perbaiki hinggalah menjadi yang terbaik buat masyarakat Malaysia hari ini.

Sebagai masyarakat Malaysia yang merdeka, kita seharusnya membentuk budaya kita sendiri dan mengambil contoh yang baik dari barat, bukan yang buruk. Budaya barat yang menular pada generasi sekarang hanyalah berupa budaya sisipan atau’sub-culture’ dan bukan budaya perdana. Ini bermakna kita boleh mengatasi budaya sisipan ini sekiranya kita berusaha.


Mengapa Generasi Muda Tidak Dapat Menghayati dan Menghargai Kemerdekaan?

Generasi muda tidak dapat menghayati erti kemerdekaan kerana mereka tidak pernah merasai kegetiran sebelum merdeka. Generasi dulu misa1nya terpaksa menyanyi lagu God Save The Queen setiap hari sebagai menghargai penjajah. Jadi apabila mereka menyanyikan lagu NEGARAKU, mereka merasa cukup bangga dan megah kerana terdapatnya satu pencapaian hebat dalam lagu kebangsaan kita. Bagi generasi baru, NEGARAKU hanyalah lagu. Mereka tidak merasa apa-apa. Mereka juga tidak tahu siksanya datuk moyang mereka menentang komunis pada suatu ketika dulu. Generasi baru lahir dalam negara yang sudah merdeka, mereka tidak sedar bahawa pada suatu ketika dahulu, apa yang mereka kecapi sekarang tidak pemah dirasai oleh generasi dulu. Sudah menjadi hukum alam bahawa kita lebih menghargai apa yang sukar kita dapati. Namun mereka harus disedarkan bahawa konteks kemerdekaan itu sendiri sebenarnya tiada akhiran.

Bagaimana Memupuk Kesedaran Mereka Terhadap Jiwa Kemerdekaan.

Semua pihak memainkan peranan tersendiri -pemimpin negara, keluarga, guru, masmedia dan kini internet. Kesedaran harus dipupuk dengan cara yang lebih positif. Kalau generasi dulu memperjuangkan kemerdekaan politik, mereka sebagai generasi baru haruslah meneruskan perjuangan mereka dari segi intelektual. Ini kerana negara yang lebih besar mengongkong negara yang lemah. Lambat laun kita terjajah semula kerana kita kurang berilmu. Peneraju ekonomi akan memegang tampuk kemerdekaan sebenar.

Generasi baru harus di beri penjelasan tentang peranan mereka. Tahap-tahap kemajuan yang harus dicapai dan kepentingan mereka sebagai pemangkin kemajuan akan datang. Hidupkan semangat kemerdekaan secara formal atau tidak formal. .Ibubapa menyedarkan anak-anak, guru menyedarkan murid-murid, pusat pengajian menyedarkan graduan dan media pula menghidupkan jiwa kemerdekaan dalam bentuk dokumentari atau drama.

Generasi muda kita harus berjuang menghadapi saingan hebat globalisasi. Kita harus
bersedia dan melengkapkan diri dengan segala ilmu yang ada tanpa menolak keluhuran budaya sendiri. Dengan cara itu kemerdekaan yang kita kecapi hari ini akan menjadi lebih bererti pada suatu ketika nanti.

One Response to “Sentuhan Merdeka”

  1. Idris Mohd. Tahir Says:

    Saya amat bersetuju bahawa generasi muda tidak dapat menghayati erti kemerdekaan kerana mereka tidak pernah merasai kegetiran sebelum merdeka. Saya pernah melihat dalam sebuah blog di mana kelihatan seorang belia memperlekeh dan mempermainkan gambar YM Tunku Abdul Rahman Al Haj sedan melaungkan jeritan “Merdeka”. Belia terbut meletakkan gambarnya berhampiran dengan gambar Tunku dengan cara ‘super impose. sambil meletakkan tangannya secara bersentuhan dengan tangan kanan Tunku, sambil menggunakan dialog box mengandungi perkatan “Take Five”. Sikap biadab inilah amat dikesali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: