Majlis Peguam anti-Islam – Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Peguam, Zulkifli Noordin berkata, sikap Majlis Peguam yang anti-Islam dan berpihak menyebabkan beliau menyertai demonstrasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah forum Memeluk Islam anjuran majlis tersebut pada 9 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Kulim/ Bandar Baharu itu menjelaskan, beliau tidak bersetuju dengan pendirian Majlis Peguam yang selama ini mengamalkan sikap berpihak dan anti Islam malah perkara itu telah berlaku ketika beliau berada dalam Exco majlis tersebut.

”Majlis Peguam sentiasa mengamalkan sikap berpihak terutamanya dalam kes Subashini dan Lina Joy. Forum sedemikian yang dianjurkan Majlis Peguam tidak mungkin dapat dikawal kerana ia akan melibatkan pengaruh emosi,” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau yang didakwa ‘menghilangkan diri’ selepas forum berkenaan bagaimanapun berkata, kehadirannya dalam demonstrasi tersebut adalah atas tiket Persatuan Peguam Pembela Islam dan bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zulkifli turut menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau telah menceroboh bangunan Majlis Peguam ketika forum berkenaan berlangsung.

”Saya ingin jelaskan bahawa saya berada di hadapan bangunan Majlis Peguam tempoh hari kerana mewakili Persatuan Peguam Pembela Islam dan bukannya sebagai anggota PKR.

”Perkara ini sudah saya jelaskan kepada Ketua Whip Pembangkang, Mohd. Azmin Ali dan beliau menerima penjelasan saya. Setakat ini saya belum menerima sebarang surat meminta saya memberikan tunjuk sebab kenapa saya berada di sana pada waktu itu,” katanya sambil mempersoalkan kewajaran untuknya memberikan surat tunjuk sebab.

Sebelum ini, pemimpin PKR itu dilaporkan melahirkan rasa kurang senang dengan kehadiran Zulkifli di kalangan kumpulan yang berdemonstrasi menentang forum Memeluk Islam itu.

Bagaimanapun, usaha PKR untuk mendapatkan penjelasan daripada Zulkifli tidak berhasil kerana beliau gagal dihubungi.

Jelas Zulkifli, ketika forum berkenaan berlangsung dan demonstrasi menjadi semakin panas dan hampir tidak terkawal, Setiausaha Majlis Peguam telah mempelawanya masuk ke dewan untuk melihat sendiri Presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga menutup forum tersebut.

”Tujuan saya dipelawa naik ke atas ialah supaya saya dapat memaklumkan kepada mereka yang sedang berdemonstrasi bahawa forum berkenaan sudah ditutup dan meminta mereka supaya bersurai bagi membolehkan peserta forum meninggalkan bangunan Majlis Peguam dengan selamat,” katanya.

Tambah beliau, selepas forum berkenaan berakhir, beliau menjalankan beberapa urusan peribadi dan dakwaan dirinya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas forum tersebut adalah fitnah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: