‘Cina, India perlu BN’

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak meminta pengundi Cina dan India di Permatang Pauh memberi isyarat jelas menolak pembangkang dan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini, demi masa depan mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka tidak boleh menggadaikan masa depan anak dengan menyokong parti pembangkang yang lebih gemar menjanjikan pelbagai perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

“Jangan mudah percaya dengan janji yang dibuat pembangkang dan jangan termakan kata-kata mereka kerana jika diikut akan menyebabkan kita bergaduh antara kaum.

“Pada pilihan raya umum lalu, ramai kaum India dan Cina termakan pujukan pembangkang dan mengundi mereka, sekarang sudah tiba masa mereka kembali menyokong BN, yang lebih mengutamakan pembangunan semua kaum dalam semangat kekeluargaan,” katanya ketika berucap pada pertemuan dengan masyarakat India dan Cina di Sama Gagah di sini, malam kelmarin.

Najib berkata, jika selama ini masyarakat India dan Cina rasa mereka kurang dibela, BN akan meningkatkan usaha membela mereka.

Pada pilihan raya kecil itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Najib berkata, bagi membela kepentingan masyarakat India, kerajaan sudah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet bagi membantu golongan itu dan kerajaan bersetuju meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

Selain itu, turut disediakan latihan kemahiran terutama dalam bidang perniagaan, dandanan rambut moden dan tukang masak (chef) kepada mereka yang tinggal di ladang (estet) bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Selain itu, katanya, sekolah jenis kebangsaan Tamil yang mempunyai murid kurang daripada 50 orang akan digabungkan supaya kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan berkesan.

Kerajaan juga sudah bersetuju memberikan lesen perniagaan barangan lusuh kepada masyarakat India di Permatang Pauh yang berminat bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara sah, katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan bantuan untuk tiga SRJK Tamil dan enam SRJK Cina di Permatang Pauh dan mengarahkan Menteri Pelajaran untuk menguruskannya dalam masa terdekat.

beritaharian

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.