Kemelut Sekular dan Ulama Dalam Kepimpinan Pas

Ditulis oleh taminsari

Julai 25th, 2008

Diberitakan bahawa muktamar Pas kali ini bakal diadakan di negeri Perak pada pertengahan Ogos nanti. Pertandingan kali ini untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Pas akan menyaksikan pertembungan antara pemimpin aliran ulama dan profesional . Golongan professional ataupun bukan golongan ulama ini sekarang lebih dikenali sebagai aliran sekular bagi pemimpin –pemimpin ulama. Bermakna Nasaruddin Mat Isa ( orang Anwar ) dijangka akan ditentang oleh Ketua Ulama Pas Pusat.

Dalam muktamar yang lalu,beberapa jawatan utama dimenangi golongan bukan ulama yang beraliran sekular seperti Timbalan Presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden – Husam Musa, Mohd Sabu dan Dr. Hassan Ali. Selain itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Kamaruddin Jaafar juga bukan dari aliran agama dalam barisan kepimpinan PAS. Ustaz Abdul Hadi nampaknya mahu menyelamatkan PAS dari golongan sekular ini. Maka Ustaz Abdul Hadi telah merancang untuk menjatuhkan Nasaruddin Isa. PAS juga dilanda masalah besar apabila kumpulan sekular ini kebanyakannya penyokong kuat Anwar Ibrahim. Maka berbagai strategi dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ulama Pas untuk mengurangkan penguasaan aliran sekular ini dalam kepimpinan Pas.

Orang pertama yang terkena tempias ini adalah Dr.Hassan Ali. Semasa muktamar Pas di Kota Baru tahun lepas, Dr.Hassan Ali mengambil keputusan untuk tidak bertanding bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden kerana gelisah dengan budaya orang Pas yang suka menfitnah dan melempar tuduhan. Hairan pula yang Dr. Hassan Ali baru tahu bahawa fitnah dan menuduh itu adalah budaya orang Pas. Bukankah sejak dahulu lagi Pas memang macam itu. Baru nak sedar ? Hassan Ali masuk Pas semasa Anwar Ibrahim kena pecat. Sebelum itu dia adalah seorang pakar motivasi yang hebat. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu mukanya terpampang dikaca TV. Hassan Ali tak masuk Keadilan mungkin sebab dia dah agak bahawa Keadilan tak ada masa depan.

Hassan Ali merajuk dengan rasa macam dihina apabila ramai yang menfitnahnya. Yang menuduh dan menfitnahnya bukan orang lain tetapi orang Pas sendiri, kawan-kawan seperjuangannya sendiri. Hassan Ali patut tahu bahawa memang budaya orang Pas macam itu. Mereka adalah golongan yang memperalatkan Islam tetapi tidak mempunyai akhlak Islam. Mereka memang suka menuduh dan memang itu kerja mereka sejak dulu lagi.

Maka merayulah Dr.Hassan Ali agar ahli Pas menghentikan tuduhan terhadapnya yang kononnya beliau adalah seorang sekular. Sejak bila pulak Hassan Ali itu boleh mengkategorikan dirinya sebagai tokoh agama atau ulama. Kesian Hassan Ali. Memang orang Pas tahu beliau adalah seorang yang bijak pandai dan profesional, lalu beliau dituduh dan dilabelkan sebagai sekular. Beliau merayu supaya “ dihentikan ucapan dan kata-kata sekular terhadapnya. Kasihanilah ibu bapa saya yang mendidik saya sehingga khatam Al-Quran dua kali semasa berusia tujuh tahun dan membaca khutbah semasa berusia 16 tahun.” “Sejak saya dipilih sebagai Naib Presiden tiga penggal lalu, namun belum lagi saya melihat adanya kertas dasar mengenai peranan ulama dan profesional secara jelas,” katanya. Beliau sebenarnya sedang keliru dengan kedudukannya dalam kepimpinan Pas. Tak tahulah mungkin pada kali ini Hassan Ali masih mahu lagi menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kembali jawatan Naib Presiden.

Nasihat kepada Dr.Hassan Ali, jika merasa diri itu telah dihina dan difitnah oleh rakan-rakan dalam kepimpinan Pas eloklah kembali melihat diri anda semula. Sebagai pakar motivasi anda sepatutnya lebih arif dalam membuat keputusan. Adakah sepatutnya anda mengambil keputusan untuk terus berada didalam Pas atau menukar haluan anda ke UMNO demi untuk memperjuangkan agama, bangsa dan Negara. Perjuangan Pas untuk memperjuangkan Islam telah di perlekeh dan di londehkan oleh DAP didalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim pun dah menukar haluannya untuk tidak akan memperjuangkan Islam dan seterusnya lebih kepada moderate. Manakala Tok Guru Nik Aziz pula berkata moderate itu sekular.

Bagaimana pula dengan Nasaruddin Mat Isa ( Timbalan Presiden ), Kamaruddin Jaafar ( Setiausaha Agung ), Mohd Sabu dan Husam Musa ( Naib Presiden ), adakah mereka tidak sedar yang mereka juga bakal disisihkan sebagaimana Hassan Ali? Adakah pemimpin ulama Pas akan berdiam diri sebelum Pas “ disekularkan” oleh saki-baki penyokong Anwar Ibrahim ini. Sama-samalah kita tunggu pada muktamar Pas pada Ogos ini.

Taminsari

Shah Alam

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.