Ezam janji buktikan kebenaran


SERIUS: Mohamad Ezam (kiri) berbincang dengan Omar Din (kanan) di Setapak Indah, semalam.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor, memberi jaminan akan bertarung habis-habisan jika dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk mengembalikan kerusi yang dipegang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1999, jika diberi peluang.

Ezam yang menyertai Umno Jun lalu selepas lebih 10 tahun bersama PKR, berkata beliau menerima banyak ancaman dan tekanan akibat tindakannya yang dibuat kerana mempertahankan pendiriannya sebagai seorang Islam.

“Jika saya dicalonkan, pencalonan ini akan menjadi perjuangan moral bagi membuktikan antara kebenaran dan kepalsuan,” katanya ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju di sini, semalam.

Ezam berkata, beliau menerima ancaman termasuk ancaman bunuh selepas melahirkan kesediaannya untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil itu.

Umno Permatang Pauh sebelum ini dilaporkan mahu anak tempatan dipilih menjadi calon dan meminta pucuk pimpinan parti tidak mencalonkan orang luar seperti Ezam atau Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, yang kalah dua kali sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau akan menggunakan isu peribadi sebagai senjata untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam berkata tindakan itu tidak akan dilakukan selagi mereka tidak menyentuh peribadi

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: