Hilang UMNO, Melayu bagaimana?

www.umno-reform.com terbentuk pada akhir tahun 2000. Tuntutan dan desakan perubahan dalam UMNO dibuat setelah berhempas pulas menyertai gerakan reformasi 1998. www.malaysiakini.com pernah menerbitkan ulasan mengenai penerbitan umno-reform dengan penulisan Abu Munzir seorang pensyarah dan seorang ahli reformis – NGO Badaruddin Ismail seawal tahun 2001. Artikel mereka boleh di rujuk dalam arkib www.malaysiakini.comklik sini. Ini di ulangi kerana gesaan perubahan UMNO wujud sejak tahun 2000 dalam laman web www.umno-reform.com dan sayalah orang yang bertanggungjawab membentuk dan menjalankan editorial laman itu kerana saya yakin perubahan perlu memandangkan pengalaman saya dalam era reformasi dan politik Parti Keadilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat).

Tuntutan saya agar UMNO berubah adalah kerana perkembangan parti lain khususnya DAP dalam peranan yang dimainkan bersama-sama PKN (sekarang PKR) yang turut membabitkan PAS dan PRM. Apa yang jelas nampak adalah usaha mereka yang lebih kepada perjuangan politik – beralaskan demokrasi tetapi berusaha untuk menaturalisasikan minda Melayu – untuk terus mencairkan semangat Melayu – bagi memudahkan idealisme baru atas nama bangsa Malaysia berkembang. Membicarakan tentang demokrasi bagi mereka adalah menuntut hak yang sama – beralaskan kesamarataan dan tidak berdasarkan keadilan yang sepatutnya. Suara menuntut hak kesamarataan antara bangsa bagi mereka perlu dan cara mereka adalah untuk mencemuh kepimpinan Melayu – menggunakan alasan kemanusiaan – hak bersuara dan ini disulami dengan rintihan perkauman yang dikatakan di diskriminasi dalam negara ini sebagai cara utama. Semua alasan demokrasi digunakan untuk mencapai matlamat – menghapuskan istilah hak keistimewaan dan apa yang di sebut ketuanan Melayu – tanpa menuntut secara langsung tetapi mahu mencapai matlamat “me-Malaysia-kan” Malaysia dituntut atas alasan demokrasi. Perjuangan Melayu di jijikkan – namun perjuangan bangsa mereka di buat juga konon atas alasan demokrasi. Ketuanan Melayu adalah istilah jijik sedangkan pemegangan mereka atas ekonomi yang menjadikan mereka tuan – dihalalkan dengan alasan kesamarataan hak – berdasarkan pegangan demokrasi.

Ramai terpesong – sehingga hari ini PAS turut mencerca lagu WARISAN, Parti Keadilan Rakyat dengan ketuanan rakyat – tanpa mengira kaum dan media utama mereka dalam Internet yang memainkan isu emosional perkauman – kesempitan kaum Cina untuk mendapatkan pendidikan – ruangan perniagaan dan melaungkan ketidakadilan DEB dan hak keistimewaan Melayu. Ada pula hujah dangkal dalam www.themalaysianinsider.com klik sini yang menyamakan Zionisme dengan ketuanan Melayu – dengan hujah lemah atas alasan penindasan kaum. Usaha mereka terus menerus – memainkan alasan demokrasi – memainkan alasan patriotisme mereka, memainkan emosi serta mencemuh kepimpinan Melayu sebagai usaha untuk meracuni fikiran dan minda Melayu – agar meninggalkan pegangan bangsa lantas mahu “me-Malaysia-kan” Melayu. Mengelirukan isu perkauman inilah yang akan memberi ruang kepada nilai baru yang hanya menguntungkan mereka dan adalah malang perkara ini disambut oleh kepentingan memperoleh kuasa – segelintir pemimpin Melayu yang tahu – dominasi undi hari ini adalah pada bangsa lain kerana Melayu sendiri sudah terpengaruh dalam perjuangan bangsa Malaysia yang hanya menguntungkan kaum tertentu dan bukan kaum Melayu- lantas mahu meragut kuasa untuk agenda tersendiri. Ada pula Profesor yang buta realiti – menyebut – hak telah terpelihara dalam perlembagaan dan kita tidak perlu risau kerana ia terjamin, seolah-olah Perlembagaan itu seperti udara dan air – satu kejadian semula jadi cipta ALLAH yang tidak mungkin dapat di pinda.

Malang sekali tidak ada sesiapa yang berani mencabar kehadiran kaum lain yang ada – kuat pegangan ekonomi – sudah menjadi penentu undi – berani menuntut hak yang ada pada Melayu. Kita segan mahu mengatakan bahawa toleransi Melayu juga mempunyai had – mempunyai batas dan sampai satu ketika kesabaran juga mampu tergugat. Kita juga segan mahu memperbetulkan fakta bahawa kehadiran mereka adalah atas rundingan dengan hak keistimewaan masih pada bumiputera – khususnya Melayu. Hari ini mereka bebas dan tidak ada tindakan diskriminasi yang dilakukan ke atas mereka. Sebenarnya keharmonian akan terjamin sekiranya kaum lain tidak menyuarakan tuntutan baru – menggunakan isu kaum semata-mata untuk keuntungan politik. Namun kebijakan mereka adalah atas kealpaan kita. Kaum lain sebenarnya tidak panas membicarakan perkara ini. Kaum lain sesuai dan sekiranya kita lihat mereka sudah mencapai darjat ekonomi yang lebih baik dari kita. Hanya segelintir kepimpinan Melayu – segelintir kepimpinan Cina dan kaum lain bergabung untuk terus menghambat isu ini agar – semangat politik kaum lain terbentuk lantas berpengaruh untuk mencairkan pegangan politik Melayu. Ini merisaukan Melayu dan mereka yang prihatin terhadap bangsa Melayu.

Kita perlu tekankan bahawa tidak ada fahaman berbentuk rasialisme yang diamalkan oleh UMNO yang menjadi parti berasaskan Melayu. Tidak ada diskriminasi malah penuh peluang untuk terus hidup dengan sempurna di negara ini, namun virus-virus yang disebarkan adalah penuh dengan matlamat – caranya tidak penting. Adalah amat penting untuk kita bertegas dalam beberapa perkara yang menyentuh kepentingan Melayu. Adalah juga penting bahawa kaum lain – generasi baru di maklumkan mengenai perkara sebenar – faham kedudukan agar mereka tidak tersimpang sehingga menyulitkan keadaan dan perhubungan yang ada di negara kita ini.

Atas kesedaran yang ada 10 tahun sudah – mengenai reformasi dalam UMNO – lantas menubuhkan laman web www.umno-reform.com , saya juga mahu menegaskan bahawa Melayu juga akan hilang di dunia – sekiranya perkembangan – perkembangan yang ada tidak di pantau dengan segera – malah UMNO juga akan tercair tersimpang dari wadah perjuangan Melayu menjadi satu lipatan sejarah untuk di kenang.

arahkita.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: