Jet & Payung Kuning – komplot exco singkir MB Kedah

ImagePERPECAHAN PAS Kedah sudah tidak boleh disorokkan lagi. Keadaan sudah hampir kritikal dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak sendiri, sudah tidak lagi diterima oleh kepimpinan PAS Kedah. Keadaan semakin tegang sehingga kalangan PAS khususnya mereka yang mahu merebut jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Azizan sudah memulakan kempen memburuk-burukkan Azizan.

Pergolakan dalaman dikatakan berpunca kerana kegagalan MB Kedah dalam mentadbir negeri dan ini di tambah dengan kekecewaan sikap kronisme dan nepotisme yang wujud dalam pentadbiran beliau. Ini ditambah dengan sikap bongkak dan ini jelas dalam isu penggunaan Jet peribadi dan payung kuning Sultan yang digunakan oleh Menteri Besar dan keluarganya.

Isu ini tidak akan menjadi besar sekiranya bukan kalangan PAS sendiri yang sebenarnya membocorkan perkara ini kepada media. Gambaran – gambar juga di keluarkan untuk tujuan ini dan ini membuktikan  kesahihan bahawa kalangan PAS sendiri sudah mual dengan sikap angkuh pemimpin mereka.

www.malaysia-harini.com sudah banyak kali mengutarakan masalah dalam kepimpinan negeri Kedah dan dari butiran yang kami terima, Kerajaan PAS bukan sahaja menghadapi krisis di kalangan anggota PAS sendiri tetapi juga di kalangan gabungan Pakatan Palsu Rakyat yang di bentuk.

Sikap MB Kedah di pertaruhkan sebagai punca masalah ini. Keinginan menjatuhkan MB Kedah menjadi hasrat oleh sesetengah yang bercita-cita untuk menggantikan tempat beliau. Beliau dikatakan uzur dan tidak mampu mentadbir negeri dengan baik.

Berita lain yang kami terima turut melabel tindakan menggunakan payung kuning oleh keluarga MB dan isteri pertamanya menunjukkan sikap biadab kepimpinan Azizan yang tidak tahu mengenai adat dan protokol DiRaja. Ini bukan satu keperluan dalam Islam tetapi ini adalah kesopanan yang ada dan perlu kita tunjukkan kepada sistem monarki yang berdaulat.

Azizan hampir pasti akan menghadapi kesukaran dalam mentadbir negeri Kedah. Sokongan ke atas beliau semakin meruncing di kalangan PAS. Ada yang mengatakan kehadiran Azizan sebenarnya melanggar seruan PAS dan nilai serta estetika perjuangan PAS.

Kedudukan yang sebenarnya sedang dicabar diburukkan lagi dengan cara diplomasi yang tidak beradat dengan rakan Pakatan Palsu Rakyat turut tidak bersetuju dengan cara pentadbiran di jalankan.

Hari ini kita dihebohkan dengan pendedahan yang berupa gerakan untuk terus mempamerkan sikap buruk MB Kedah yang dikatakan lupa daratan. Pendedahan yang dibuat bukan datang dari orang lain kecuali orang yang mahu MB Kedah ini diganti.

Hasrat adalah untuk menunjukkan nilai dan warna sebenar MB ini. Ini bukan kerja orang lain selain dari mereka yang terapat dengan MB. Gambar kiriman email ini menunjukkan bahawa MB Kedah sedang dan selalu dipantau oleh orang sekeliling beliau yang mahukan Azizan ini berundur dengan segera.

Sungguhpun penafian di buat dan disiarkan oleh Bernama, namun mengikut email yang di terima, payung Diraja itu tidak boleh digunakan oleh sesiapa melainkan Tuanku Sultan sehingga Temenggung dan Tunku Bendahara sendiri tidak dibenarkan guna. Namun tradisi ini di pecahkan tanpa sopan oleh keluarga MB Kedah ini.

Sikap ini dan pendedahan ini sudah cukup kuat untuk membenarkan spekulasi bahawa kedudukan MB Kedah adalah dalam keadaan yang cukup tidak selesa. Ini cukup menggambarkan bahawa penolakan MB Azizan ini dilakukan oleh orang PAS sendiri.

Keadaan ini akan menjadi lebih teruk lagi apabila diberitakan kepada kami akan kepincangan lain yang akan turut didedahkan oleh kepimpinan PAS mengenai sikap buruk MB Azizan dalam mentadbir negeri. Antara lain yang telah dimaklumkan adalah perlantikan menantu beliau sebagai penasihat GLC.

Menurut maklumat lagi sikap melantik menantu itu adalah sikap kronisme yang sebelum ini menjadi agenda penentang Pakatan Rakyat. Terdapat juga komen yang dianjurkan yang menyatakan bahawa dalam keadaan elaun keraian wakil rakyat di potong sebanyak 30% apa yang kita lihat adalah kehidupan senang MB Kedah ini melalui penggunaan jet peribadi.

Keadaan ini nampak semakin meruncing dan ini memberi indikasi krisis kepimpinan yang hebat berlaku dalam PAS Kedah. Krisis ini dijangka akan membesar dan ini akan meletakan keadaan PAS Kedah semakin meruncing.

-malaysiahariini

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.