Sejarah Kemerdekaan Negara


Dahulu negaraku pernah dijajah oleh kuasa Belanda,Inggeris dan Jepun.Sepanjang penjajahan tersebut,ekonomi negara diragut dengan rakusnya sehingga rakyat menderita.

Pejuang-pejuang kebangsaan seperti Dato Onn,Tunku Abdul Rahman dan lain-lain lagi telah memainkan peranan penting dalam memerdekakan tanah Melayu daripada penjajahan British.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British.Antaranya ialah rombongan Parti Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman,Dato’ Abdul Razak dan T.H Tan ke London.Malangnya,tuntutan kemerdekaan telah ditolak oleh British.

Alangkah bertuahnya kita apabila kebijaksaan Tunku Abdul Rahman untuk memujuk British memberi kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil.Pada 2 Julai 1957,di atas kapal Alert di Woodlands,tuntutan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu telah dipersetujui oleh British.

Rombongan menuntut kemerdekaan

Dan pada detik 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan kemerdekaan sambil disambut oleh rakyat di Stadium Merdeka.Kegembiraan ini disambut dengan tangisan dan rasa bersyukur rakyat untuk merdeka.

Sejak pada itu,kerajaan yang ditubuhkan oleh Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah merencanakan pelbagai agenda untuk menerajui negara dengan lebih baik lagi daripada British.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan seperti bekalan air,elektrik,pengangkutan dan sebagainya untuk rakyat.Rakyat kini perlu berterima kasih kepada kerajaan sekarang kerana melaksanakan pelbagai agenda untuk pembangunan ekonomi rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: