Muqabalah PAS-Umno di kongres DAP

Isu muqabalah PAS-Umno yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, muncul kembali dalam Kongres DAP ke-15 di ibu negara yang bermula hari ini.

Perwakilan DAP daripada Kuala Kubu Baru mempersoalkan tindakan PAS ingin meneruskan muqabalah dengan Umno.

Walaupun beliau tidak menyebut istilah muqabalah secara khusus, tetapi jelas maksudnya menjuruskan kepada perbincangan antara PAS dan Umno sebelum ini.

dap 14th congress 230808 crowd“Pengalaman saya di Kuala Kubu Baru dalam pilihanraya umum lalu, orang India berbangga mengibarkan bendera PAS.

“Tetapi sekarang apa sudah jadi? Mereka ingin berunding dengan Umno,” kata K Annamalai Ramu yang juga bekas calon Parlimen itu dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau tewas tipis dengan kira-kira 400 undi.

Sokongan bukan Melayu

Annamalai Ramu berkata, di parlimen Titiwangsa, PAS menang dengan bantuan pengundi bukan Melayu.

“Kalau PAS meneruskan pendekatan itu, dalam pilihanraya umum akan datang, orang Cina dan India tidak akan menyokong parti itu.

“Fikir dulu sebelum ambil tindakan,” katanya mengingatkan PAS yang sering berselisih pendapat dengan DAP dalam isu-isu melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam.

Perwakilan dari Taman Paramount, Petaling Jaya, pula menegaskan bahawa DAP menolak usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Perkara itu turut disokong Perwakilan Teratai, Ampang.

“Walaupun dalam perlembagaan, Islam disebut sebagai agama persekutuan, tetapi perlembagaan turut menjamin kebebasan beragama penganut agama lain,” katanya.

Parti dominan Pakatan

Perwakilan Taman Paramount turut menolak dominasi mana-mana parti lain dalam Pakatan kerana berpendapat, semua parti saling memperkuatkan antara satu sama lain.

dap 14th congress 230808 crowd“Kalau tiada DAP dan PKR, PAS tidak akan jadi macam sekarang. Begitu juga dengan parti-parti lain,” katanya.

Isu-isu lain yang turut disentuh ialah kecenderungan PKR untuk menjadi parti dominan dalam Pakatan.

Perkara ini ditumbulkan oleh perwakilan dari Kuching yang mendakwa PKR meminta DAP tidak bertanding di kubu kuatnya di Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Beberapa perwakilan lain, semasa membahaskan laporan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, turut menyentuh prinsip Malaysian Malaysian dan Malaysian First yang diperjuangkan parti itu.

Menurut mereka, kedua-dua idea itu “bukan ketinggalan zaman” kerana kerajaan patut mengutamakan rakyat Malaysia tanpa mengira

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: