Reformasi UMNO- II

ImageKUALA LUMPUR : TENTANGAN terhadap kepimpinan Pak Lah selaku Presiden UMNO dilihat begitu memuncak dan ternyata kemarahan rakyat serta ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi memungkinkan satu ancaman terhadap kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia.

Malah Pak Lah yang dilihat tidak menampakkan tanda-tanda akan berundur dari kerusi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu mana kala pemimpin-pemimpin utama daripada komponen Barisan Nasional telah menyuarakan hasrat mereka untuk tidak memegang jawatan dalam kerajaan dan juga bersedia berundur dari memimpin parti masing-masing.

Satu petanda mereka memikul tanggungjawab atas apa yang berlaku dalam politik hari ini.

Ahli UMNO dan rakyat terbanyak ternanti-nanti tindakan susulan sementara Pak Lah terus mengambil sikap untuk bertahan walaupun beliau menyedari kemarahan rakyat mampu membakar seluruh kepimpinan beliau dan kedudukan Pak Lah sendiri lantas akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada baik dalam Barisan Nasional mahu pun senario politik tanah air itu sendiri.

Seorang pemimpin besar, berjiwa besar, bertanggungjawab akan meletakkan kepentingan agama,bangsa dan Negara di tahap pertama tetapi Pak Lah membiarkan diri beliau dilihat sebagai pemimpin yang gila kuasa, pemimpin yang tamak haloba dan pemimpin yang merasakan beliau sahaja betul dan pandangan orang lain tidak perlu diambil peduli.

Sikap ketidakpedulian Pak Lah kepada segala rungutan, segala tentangan serta suara rakyat yang dilemparkan dalam pilihan raya lalu membuka lebih besar ruang kritikan, kutukan serta caci hamun ahli UMNO dan masyarakat terbanyak terhadap Pak Lah.

Dalam ramai orang percaya, Pak Lah akan meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan memalukan Barisan Nasional, Pak Lah terus dibuai dan mendendangkan bahawa beliau mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional.Keyakinan apa lagi yang mahu Pak Lah pulihkan? Mahu atau tidak, kita harus menerima hakikat bahawa penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional adalah melambangkan kebencian mereka terhadap kepimpinan Negara. Kebencian rakyat tidak dapat dibendung lagi dan mereka menghukum Pak Lah apabila lima buah negeri dimenangi pembangkang.

Pak Lah tidak perlu menuding jari kepada sesiapa. Sikap dan keteguhan keyakinan Pak Lah terhadap menantu beliau yang bernama Khairy Jamaluddin yang kononnya boleh merubah minda Malaysia adalah satu tindakan melampau dan menambah tebalkan kebencian rakyat terhadap pimpinan Pak Lah.

Kerana menantu, rakyat mula menyumpah seranah Pak Lah. Kerana menantu, rakyat hilang hormat pada Pak Lah dan kerana menantu, segala kebaikan ( kalau ada) yang pernah Pak Lah lakukan sebelum ini tenggelam lantaran rakyat begitu tidak menyenangi sama sekali campur tangan menantu tersebut dalam pimpinan kerajaan Malaysia.

Menantu yang hanya kenal UMNO baru ‘sehari dua’ dilihat sebagai duri dalam daging bukan sahaja kepada pentadbiran Pak Lah tetapi kepada UMNO secara keseluruhannya.Hari ini rakyat sudah menerima segala kritikan Tun Dr Mahathir. Apa yang diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri itu sebelum ini adalah betul dan benar belaka.

Benar bahawa Pak Lah tidak mungkin sama sekali akan dapat menandingi ketokohan pentadbiran serta pemikiran Mahathir tetapi acuan Mahathir terhadap tanggungjawabnya pada kerajaan dan rakyat sepatutnya Pak Lah ambil kira sebagai teladan oleh Pak Lah dan kita percaya apabila teguran dan pandangan Mahathir diguna pakai, rakyat tidak akan menolak dan memalukan Barisan Nasional.

Apabila Zainuddin Maidin mendedahkan bahawa wujud kecenderungan golongan muda melalui pilihan raya raya baru-baru ini untuk merampas kerajaan, jelaslah tudingkan ZAM itu adalah kepada Khairy Jamaludin dan pasukan mudanya. Cuba kita lihat calon-calon muda di seluruh Negara dalam pilihan raya baru-baru ini dan golongan muda inilah yang selama ini dikritik baik melalui media arus perdana ataupun melalui Internet tetapi sikap pemimpin kita yang memandang sepi kepada segala kritikan tersebut akhirnya menjadi racun yang membunuh institusi UMNO.

Golongan muda yang rakus mahu berkuasa akhirnya mencampak maruah Melayu ke longkang busuk dan bernanah, maka juak-juak yang menasihati Pak Lah baik dari Tingkat empat ataupun Jalan Riong yang mempunyai agenda tersendiri akan tersenyum kerana melalui Pak Lah mereka telah berjaya memusnahkan institusi UMNO yang menjadi kebanggaan orang Melayu selama ini.

Semua senario yang berlaku hari ini jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO sepatutnya sudah sedia untuk melakukan reformasi dalam UMNO kerana kegagalan perubahan ini akan memberi padah kepada UMNO dan bangsa kita Melayu yang selama ini berlindung di bawah payung UMNO. Dan percayalah UMNO sedang menuju jalan kehancuran kalau semua ahli UMNO menjadi Pak Turut dan Tukang Angguk sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: