Perjuangan Melayu – UMNO perlu pendefinisian semula

ImageMAKA definisi perkataan perjuangan harus dipersoalkan. Mendefinisikan erti perjuangan sebagai 1) pergelutan, perlawanan, pertempuran, perkelahian yang sengit, pergaduhan, peperangan, pertarungan, perdebatan, pergelutan. 2) penentangan. 3) usaha, jerih payah dari laman http://www.eteach.com.my (berasaskan Kamus Dewan Bahasa ) maka secara asas atau fundamental setiap perjuangan memerlukan usaha dan jerih payah demi mendapatkan, memperoleh dan menjadikan – lantas ianya memerlukan pengorbanan sebagai kemanisan kejayaan.

Teknikal penterjemahan bukan sesuatu yang mahu di titik beratkan dalam tulisan kali ini. Tetapi apabila kita kata “jadilah maka jadilah” – ini bermaksud pengertian perjuangan itu sudah berubah. Itu bukan lagi satu perjuangan tetapi itu hanya perlaksanaan dengan kuasa yang ada.

Maka dalam menyebut perjuangan ketuanan Melayu seperti yang sering kita laungkan dalam UMNO – apakah perlu kita rangkumkan ianya sebagai satu perjuangan atau sebenarnya hanya perlu satu perlaksanaan kerana kuasa telah dimiliki daripada perjuangan tokoh – tokoh pejuang Melayu yang lampau? Perlu diingat bahawa “perjuangan tokoh – tokoh Melayu” yang mengambil risiko korban yang tinggi, jerih payah pertarungan dan penentangan untuk membebaskan dominasi kuasa asing. Apakah perlu lagi kita mengharungi perjuangan, atau sekadar kita perlu perlaksanaan yang ikhlas, bertanggungjawab dan berwibawa?

Apakah ini soal perjuangan?


Kita perlu pendefinisian semula perjuangan. Setuju dikatakan bahawa kita perlu ada keris baru – seperti yang mahu dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Malaysia – dengan segala azimat definisi perjuangan sebagai satu tanda, tetapi apakah kita memerlukan keris tersebut untuk memperjuangkan hak – hak Melayu, meningkatkan taraf orang -orang Melayu dan menjadikan Melayu itu cemerlang, gemilang dan terbilang. Apakah sebenarnya raungan Tun Dr Mahathir Mohamed, menitiskan air mata, kesayuan dengan kata – kata ” perjuangan belum selesai” sebenarnya tepat.

Apa kalau dikatakan, kuasa kita terbolos bukan kerana kita mengabaikan perjuangan berterusan tetapi kita lupa diri dan kuasa yang ada kita gadai untuk kepentingan sekelompok lantas implikasi dari situ ia lah – kemelaratan orang -orang Melayu,apakah kenyataan itu meleset?. Maka wajarkah kalau dikatakan bahawa rintihan yang perlu ada ialah, perjuangan kita tidak akan selesai – sampai bila – bila kerana kita pemilik kuasa lupa diri dan angkuh memegang kuasa. Kita pemilik kuasa beriringan menari dan berpesta dengan kuasa dan satu hakikat yang perlu kita terima, bahawa kita memiliki kuasa dengan mudah, tidak tahu menilai cuma perlu mengalir bersama arus. Kita memiliki kuasa dengan senang, ikut sahaja untuk seketika, angguk sentiasa dan terus membungakan kata – kata. Cara ini, bukan sahaja kuasa tetapi segalanya boleh diperolehi. Satu bisness mudah – tidak perlu modal oleh pemilik kuasa – penjualan bangsa.

Perjuangan semula


Zaman ini tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Melayu harus memperjuangkan semula hak mereka. Melayu tercicir dalam bidang pelajaran, perniagaan malah kuasa politik. Kuasa yang sebenarnya penting untuk mencorakkan dan mengekalkan maruah bangsa kini tiris dengan alasan Melayu itu sendiri bersalah.


Hari ini kalau dikatakan UMNO perlu memperjuangkan semula bangsa maka besar kemungkinan ianya perlu. Ini adalah kerana Melayu sudah pulang ke tahap asal, tidak punya sebarang kekuatan baik ekonomi mahupun politik. Sungguhpun begitu sisa – sisa kuasa yang ada, sekiranya diolah dan di bentuk semula maka perjuangan itu hanya merupakan satu perlaksanaan, dengan dasar – dasar baru yang mampu mengorak langkah baru Melayu. Namun andai hulu beronak bisa, beracun dan menjijikkan maka hilir tidak akan menyaksikan kejernihan maka akan terus kotor dan penuh kekeruhan nasib orang – orang Melayu kita.

Kita ahli -ahli UMNO harus bertindak, membersihkan dan menyucikan semula parti dari kehadiran golongan ekstremis diri yang hanya mahu mendahulukan diri. Mereka yang lupa asal lupa Melayu tidak harus hadir dalam menentukan dasar dan matlamat Melayu.

Kita ahli -ahli UMNO perlu berani dan lantang memperkatakan kehendak dan bukan hanya ditentukan oleh mereka yang lupa setelah di amanahkan kuasa.

Kita ahli – ahli UMNO perlu menolak, sebarang usaha mengecilkan orang – orang Melayu, menggadai hak dan keutamaan bumiputera hanya kerana mereka tidak merasakan luka sebagai seorang rakyat biasa.

Kita pernah melihat isu – isu yang di tuntut oleh pertubuhan Suqiu dalam Memorandum Rayuan Pilihan Raya 1999 dan kita saksikan apakah tidak terlaksana tuntutan tersebut. Kita saksikan Melayu yang berunding dengan Pertubuhan tersebut yang menggadai hak bangsa. Mereka harus dipersoalkan dan mereka harus dipersalahkan.


Sekali lagi ini soal perlaksanaan dan bukan tahap kritikal perjuangan. Namun sekiranya UMNO terus leka mencari kuasa individu, terus berselimut dengan budaya angguk – angguk , geleng – geleng , tunduk – tunduk, ikut saja maka kita pasti memerlukan perjuangan semula dan kali ini perjuangan semula itu pasti di definisikan dengan pengorbanan yang tidak terkira besarnya. Apakah mereka di atas sana akan hadir pada waktu itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: