Bila UMNO dianggap tidak berkuasa

TIADA lagi yang bersimpati terhadap UMNO. UMNO bukan sahaja diserang oleh pembangkang tetapi sejak akhir-akhir ini rakan-rakan baik UMNO turut menyerang dari dalam. Umpama belati menikam, pedih terasa hingga ke sum-sum. Tidak ada lagi kasih sayang. Tidak ada lagi senyum manis. Segalanya sudah menjadi sinis. Tidak ada lagi rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Kemarahan diluahkan secara terbuka. Kebencian beberapa rakan-rakan dalam Barisan Nasional terhadap UMNO diterjemahkan secara nyata. Sudah tidak ada selindung-selindung lagi. tata susila semakin tipis dan terhakis.

Itulah nasib UMNO hari ini. Cukup berbeza. Sebelum ini didakap begitu erat seakan enggan dilepaskan oleh rakan-rakan Barisan Nasional. UMNO sebelum ini umpama dara sunti yang menjadi rebutan akhirnya cuba dijadikan seperti seorang wanita yang tiada harganya. UMNO di pandangan rakan-rakan Barisan Nasional seolah-olah sebuah gagasan yang sudah tidak ada hala tujunya.

Betullah kata Pak Lah, kawan ketawa cukup senang dicari tetapi kawan menangis, menangislah sendiri-sendiri. Tidak akan ada seorang pun yang akan datang untuk mengesat air mata, tidak ada seorang pun yang sanggup datang memujuk rayu ataupun sekurang-kurangnya menepuk bahu supaya bersabar. Dan lebih malang lagi, rakan-rakan yang ada dalam BN sudah mula berkira-kira untuk mengemas rumah dan mencari rumah lain, kononnya lebih sempurna, tidak bocor dan mampu untuk menumpang kasih. Walaupun kerangka rumah itu sebenarnya tidak ada sesiapa yang tahu berapa biliknya, berapa jambannya dan berapa ruang tamunya tetapi kerana mahu rumah baru, tinggal di tepi tingkap pun tidak mengapa asalkan baru. Walaupun akhirnya rumah itu umpama sebuah rumah kertas ataupun istana pasir. tetapi kerana terpedaya dengan janji-janji palsu seorang pedagang asing, maruah mahu mereka gadaikan. tapi dalam politik, mana ada maruah! kalau isteri sanggup digadaikan apatah lagi nilai seorang anak, apatah lagi nilai sebuah bangsa. Pada orang politik itu semua tidak penting barangkali, yang penting adalah kuasa walaupun terpaksa menjual diri untuk di tender harganya.

Itulah nasib UMNO hari ini. Namun persoalannya mengapa semua ini terjadi? Apakah UMNO sudah hilang seri mukanya dan kalau hilang siapakah puncanya? Apakah UMNO sudah tiada ghairahnya hingga ada yang dikatakan akan memeluk ataupun mencari teman lain? Apakah UMNO  benar-benar dilihat seperti mahu jadi  Parti GOLKAR di Indonesia? Takkanlah kerana marahkan seekor nyamuk, mahu dibakar kelambu ataupun sebuah rumah.

Apakah terlalu mudah seseorang itu menghukum UMNO parti keramat orang Melayu ini?  Apakah kita lupa bahawasanya UMNO hanya sekadar sedang menerima  ujian daripada Allah  untuk membersihkan diri dan perlu juga diingatkan kepada sesiapa yang cuba untuk meruntuhkan UMNO dan institusi Barisan Nasional, mereka sebenarnya adalah tergolong dalam kelompok manusia ataupun masyarakat yang kufur nikmat. Kebencian mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional adalah merupakan kebencian terhadap perjuangan bangsa dan negara. Itu hakikat. Tanpa UMNO ataupun Perikatan ataupun Kapal Layar, Malaysia tidak akan seselesa begini. Itu sejarah.

Sebahagian yang berlaku terhadap UMNO ketika ini hanyalah sebuah permulaan untuk menguji sejauh mana kental, sejauh mana kukuh ikatan persahabatan ataupun perkongsian kuasa sesama mereka dalam BN. UMNO tidak perlu bersedih mengenangkan segala perlakuan teman-temannya selama ini. UMNO perlu mencerminkan diri kenapa nasib malang semakin hari semakin menghimpit mereka. Kerana UMNO dilihat sudah tidak kuat, sudah tidak mampu berkuasa, tidak mahu tunduk kepada kuasa asing, tidak mahu terlibat sebagai agen barat, maka UMNO mula mahu disisihkan oleh teman-teman rapat yang selama ini setia meranduk onak dan duri akhirnya seakan mahu memilih meninggalkan UMNO sendirian. Seolah-olah UMNO mahu dibiarkan sendirian meratap nasib malang mereka dan rupanya ada dari kalangan mereka hanya mahu makan daging sahaja.

Meskipun UMNO sering mahu rakan-rakan mereka dalam BN mengenang sejarah. Mengenang segala pahit maung perjuangan bersama kemerdekaan tanah air dari penjajahan fizikal dan mental, mengenang segala jerit perit membangunkan Negara sehingga rakyat hidup aman dan makmur namun sudah ada akhirnya daripada kalangan mereka yang tipis keimanan memilih untuk menjadi ahli politik songsang, memilih untuk menjadi seorang pemimpin yang berperwatakan seperti pelacur jalanan.

Benarlah kata orang, sebaik-sebaik teman, mereka akan bersama di semua keadaan baik hujan ataupun panas, baik susah ataupun senang tetapi UMNO malang kerana dalam keadaan mereka menyusun strategi, sudah ada dalam UMNO spesis musang berbulu ayam, sudah ada dalam UMNO seakan telunjuk lurus kelengkeng berkait.

Bila UMNO bersuara, dikatakan itu suara perkauman namun bila MCA, Gerakan, MIC, PPP dan beberapa rakan lagi bersuara dikatakan itu suara pembaharuan dan UMNO pula dituntut untuk tunduk kepada suara pembaharuan itu walaupun ada beberapa perkara yang UMNO terguris ataupun berkecil hati tapi atas semangat setia kawan, UMNO memohon maaf kerana bimbang menimbulkan keteganganlah UMNO beralah, biarlah UMNO dikatakan dayus, biarlah UMNO disifatkan naif tetapi UMNO sedar, seseorang yang meminta maaf yang belum tentu salahnya akan lebih berjiwa besar dan lebih diyakini prinsip serta siasahnya.

Saat UMNO begini, bukan simpati yang dihulurkan ataupun bukan rundingan mahu dilakukan tetapi UMNO terus ditekan untuk dilakukan perubahan secara mendadak kononnya untuk mengimbangi kuasa pembangkang yang semakin mencengkam keadaan begini, tidak  harus ada pemimpin yang bermulut busuk secara lantang mengkritik rakan-rakan secara terbuka, mereka seharusnya bersama berpimpin tangan, berganding bahu menyanggah segala tohmahan dan menyusun segala strategi untuk bangkit kembali. Antara mereka tidak sepatutnya menuding jari, menyalahkan sesama sendiri dan sepatutnya bermuhasabah diri mencari segala kesilapan yang pernah dilakukan.

UMNO dan Barisan Nasional tidak perlu gusar kepada segala semarak pembohongan yang sedang dilakukan oleh pemimpin pembangkang selagi mereka berpadu di bawah panji-panji Barisan Nasional. Mereka ada janji dan sumpah setia. Berpuluh tahun mereka berpakat takkanlah kerana panas sehari, lupa hujan yang bertahun-tahun,.140 wakil rakyat yang ada dalam parlimen adalah satu angka yang cukup besar kalau mahu dibandingkan dengan 81. Sekiranya angka ini jujur dan dipertahankan, tidak akan ada badai yang mampu merobah segala keputusan mereka tetapi kalau dalam jumlah angka yang besar itu, kecuali ada antara mereka seumpama yang pepat di luar tetapi rancung di dalam, wajarlah UMNO dan Barisan Nasional merasa bimbang.

Biarlah Anwar dan kuncu-kuncunya bermain dengan angka. Biarlah Anwar dan para-para juak serta `jambu-jambu’nya bermain dengan perasaan kerana dalam Barisan Nasional. mereka memiliki lelaki sejati dan wanita sempurna. Barisan Nasional tidak perlu `main belakang’ untuk jadi popular kerana selama ini mereka telah membuktikan mampu membawa Negara ini aman dan makmur.

Barisan Nasional juga tidak perlu lari berlindung di mana-mana kedutaan untuk memohon bantuan kerana bimbang diasak oleh pembangkang kerana Barisan Nasional adalah pemberani yang telah membuktikan telah memerdekakan Negara ini dan berjaya bertahan sehingga ke hari ini.

Untuk membuktikan segala ini, BN tidak perlu bimbang untuk memberikan sampel DNA bagi membuktikan merekalah yang berjaya mengangkat darjat serta martabat Negara ini hingga terkenal di seluruh dunia dan BN juga tidak perlu buat-buat sakit belakang kerana BN memamg mempunyai tulang belakang yang kukuh untuk menyelesaikan segala masalah mereka. Mereka tidak perlu pakar dari Jerman, mereka tidak perlu rakan dari Indonesia, Pakistan mahupun Manila dan mereka juga tidak perlu tukang kempen yang buta sebelah mata kerana BN telah pun mempunyai segala kekuatan tersebut dan kekuatan ini memang kukuh sejak sekian lama. Cuma akhir-akhir ini sahaja cuba digoda oleh orang yang sememangnya suka menggoda walaupun  ke kadang tersalah godaan.

Hanya orang munafik sahaja yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menutup segala dosa yang telah dilakukan baik secara tersurat ataupun tersirat. Dan kita yakin tarikh 16 September ( tapi tidak disebut tahun bila) ini hanya satu lagi perang saraf daripada segerombolan yang diketuai oleh seorang yang bernafsu besar untuk memiliki kuasa yang tidak sah dan kita percaya perzinaan ini tidak akan berlaku kerana rakyat Malaysia semestinya tidak mahu sebuah kerajaan yang lahir dari persetubuhan yang tidak halal. Jangan jadikan kerajaan Malaysia seperti anak luar nikah. 16 September tidak penting, tarikh yang perlu dilihat adalah 10 September apabila orang yang sedang bercita-cita untuk menjadikan Malaysia Sdn Bhd menghadapi perbicaraan kes memasukan zakar ke dalam dubur bekas pembancuh kopinya, Saiful.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: