Forum Majlis Peguam – helah niat jahat

Monday, 11 August 2008

ImageADA pihak yang mengatakan bahawa forum perbincangan Majlis Peguam – Memeluk Islam adalah satu perbincangan sihat untuk menyelesaikan masalah teknikal perundangan. Ada yang membicarakan seolah-olah ini forum terbuka yang mampu menjana kecerahan dalam kemelut isu kekeluargaan khususnya antara Islam dan bukan Islam.

Namun melihat aktiviti Majlis Peguam dalam forum mereka sebelum ini – khususnya mengenai Melayu sudah cukup untuk kita menilai niat di sebalik forum ini.

Majlis Peguam sering berusaha untuk terus memperjuangkan hak bangsa – khususnya yang bukan bumiputera dan kedudukan perundangan Islam serta isu berkaitan dengan Hak Keistimewaan orang Melayu dalam landasan konon-kononnya ini satu perbincangan ilmiah.

Tindakan Majlis Peguam ini memang semakin terserlah dengan forum sebelum ini yang membincangkan mengenai kontrak sosial lantas mengkritik UMNO di bawah kepimpinan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak sebagai bertindak mengada-adakan kontrak sosial untuk menghalang kaum lain dari terus terlibat dalam politik. Secara mudah apa yang diterbitkan dalam forum terdahulu ialah UMNO mengengkang partisipasi politik dari kaum lain.

Ini juga menunjukkan hala tuju Majlis Peguam dalam keterlibatan mereka dalam politik tanah air, menggunakan Majlis Peguam untuk tujuan perjuangan ala-ala politik. Mereka yang hadir pada forum Sosial Kontrak pasti akan tahu bagaimana UMNO di perkecilkan dan Pakatan Rakyat di ditonjolkan sebagai wadah politik baru.

Forum mengenai Artikel 121(1A) dibuat , sungguhpun dirangka secara halus perlu kita tentang. Majlis Peguam perlu mengambil kira sensitiviti orang Islam tidak kira wadah politik mana mereka berada. Islam adalah pegangan besar masyarakat Melayu dan sebarang usaha untuk memperkecilkan Islam perlu pembelaan. Ini perlu untuk umat Islam negara ini mempertahankan sikap dan pegangan mereka terhadap Islam.

Tindakan Majlis Peguam yang meneruskan forum ini setelah di bantah oleh kepimpinan Islam dari semua pertubuhan menunjukkan sikap kedegilan mereka. Ini membentuk seolah-olah satu perjuangan politik mereka dalam memastikan hak-hak di sama ratakan dan bukan dibuat dengan ukuran keadilan.

Tindakan ini benar-benar menunjukkan bahawa Majlis Peguam angkuh dengan kedudukan mereka dan kedudukan ini perlu dinilai semula agar kedudukan mereka tidak digunakan untuk menimbulkan keresahan masyarakat Melayu dan mereka yang berpegang pada Islam.

Kalau mahu dikatakan ini satu provokasi dan satu ancaman kepada keselamatan dalam negara – memecah keharmonian – maka inilah antara sebab undang-undang ISA diperkenalkan. Ini perlu untuk memastikan undang-undang tidak dengan sewenangnya menolak nilai Islam dan kedudukan Islam dan Melayu. Fundamental pegangan rakyat Malaysia perlu dijaga, kedudukan harmoni perlu dikekalkan dan kebanyakan perjuangan baru meniti di sekitar elaun perundangan di manipulasi demi perjuangan songsang mereka.

Majlis Peguam kini sudah tercalar sebagai Majlis yang di pimpin oleh mereka yang mempunyai manifestasi berbeza. Mereka hadir dengan ketetapan untuk mempersoalkan kedudukan Melayu, kedudukan Islam dan sebagainya. Mereka menggunakan landasan kebebasan bersuara untuk berhujah dalam memastikan ada kecuakan peserta dalam menilai perundangan Islam yang ada. Ini amat menyimpang dari semangat keharmonian antara kaum yang sedang kita pupuk dan kita bajai.

Tindakan Majlis Peguam ini perlu disanggah dan mereka yang berdegil untuk meneruskan forum ini perlu bertanggung jawab sekiranya keresahan timbul dan ini sebenarnya mengancam kedudukan negara ini.

Apa pun pihak polis pasti akan lebih arif dalam meneliti kedudukan ini dan tindakan yang perlu diambil bagi mereka yang mahu mengancam semangat keharmonian yang ada. Apa pun kehadiran mereka yang membantah forum ini menjadi pengajaran kepada Majlis Peguam untuk tidak bertopengkan undang-undang untuk perjuangan tertentu khususnya perjuangan kaum tertentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: