Gagasan Malaysian Malaysia Hancurkan Melayu!

Daripada apa yang dibaca melalui forum Internet mengenai bahaya gagasan Malaysian Malaysia, jelas sekali generasi muda sekarang tidak begitu memahami gagasan yang ditaja oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura pada 1965 itu.
Kita tidak dapat menyalahkan mereka kerana generasi muda ini adalah ‘generasi Malaysia – bukan generasi yang dilahirkan sebelum merdeka atau yang merasai sendiri ‘ bahang gagasan ’ itu.

Malah mereka juga tidak merasai bahang Malaysian Malaysia yang ditaja oleh DAP dalam pilihan raya 1969 yang mencalit ‘ tanda hitam ’ dalam sejarah keharmonian kaum di Malaysia. Sungguh pelik, gagasan yang ternyata membawa kemudaratan dan mengancam keselamatan dan negara itu mahu dipulihkan kembali. Kerajaan pimpinan Tun Razak pada 1970-an mengemukakan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Barisan Nasioanal (BN) adalah sebagai ‘penawar’ kepada rusuhan kaum dan kegawatan politik pada 1969.

Terbukti penawar ini mujarab dan kestabilan politik dapat ditegakkan kembali dan hasilnya Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi menggalakkan pada 1980-an dan separuh dekad 1990-an. Jadi, apa tujuan sebenar DAP? Untuk mendapatkan sokongan orang Cina atau kepentingan pilihan raya semata-mata? Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengatakan partinya akan menjadikan gagasan Malaysian Malaysia kedua ini sebagai landasan partinya menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang. Kit Siang menyebut mengenai gagasan Malaysian Malaysia kedua ini ketika berucap di majlis ulang tahun ke-30 perkhidmatan beliau sebagai ahli Parlimen tidak lama dahulu.

Antara lain, beliau berkata cabaran besar Malaysian Malaysia kedua ialah memperjuangkan hak sama rata untuk semua kaum tanpa mengira kaum dan ugama supaya mereka dapat menikmati keadilan, kebebasan dan demokrasi.
Di pihak UMNO, jelas mereka menentang isu ini. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap gagasan ini ketinggalan zaman sementara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ketika itu, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein memberi amaran kepada Kit Siang supaya jangan ‘ bermain api ’.

Bagaimana pula dengan Pas dan Keadilan? Kedua-dua parti yang dipimpin oleh pemimpin Melayu ini jelas tidak menunjukkan pendirian sebenar mereka. Sungguh pelik pemimpin dalam Pas dan Keadilan boleh berbeza pendapat mengenai perkara ini. Malaysian Malaysia jelas membawa perkara tidak baik kepada negara tetapi Pas dan Keadilan tidak mahu menentangnnya. Apakah parti yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Melayu ini sanggup berdiam diri hanya kerana tidak mahu DAP terguris demi menegakkan barisan pembangkang?

Apakah Pas mahu bermain sandiwara dan sanggup membohongi orang Melayu apabila menganggap isu kerjasama dan gagasan Malaysian Malaysia sebagai dua perkara berbeza? Ada beberapa persoalan di sini, apakah gagasan ini gagasan Kit Siang atau DAP? Gagasan ini tiba-tiba sahaja keluar daripada mulut Kit Siang. Apa kata pemimpin DAP seperti Dr. Chen Man Hin dan Dr. Tan Seng Giaw ? Yang pasti, gagasan ini kini seolah-olah menggantikan Projek Tanjung DAP ( untuk menawan Pulau Pinang ) yang terbukti gagal dalam pilihanraya umum 1990 dan 1995.

Selain itu memandangkan tumpuan mendapatkan sokongan oleh Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan Pas di kalangan generasi muda, kita mahu bertanya apa sikap mereka sebenar terhadap gagasan tajaan Lim Kit Siang ini? Pas dan PKR seperti cuba berselindung apabila membicarakan gagasan ini. Mereka enggan berbicara secara terbuka mengenai gagasan Malaysia Malaysia kedua. Persoalan penting yang perlu dikemukakan ialah, apakah konsep keadilan, kebebasan dan demokrasi ini sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Keadilan dan Pas?

Presiden Pas ketika itu, Allahyarham Fadzil Noor menolak slogan lapuk ini dan mengakui banyak perkara yang disebutkan dalam gagasan Malaysian Malaysia sudah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kata Fadzil seperti dilaporkan oleh New Straits Times, 14 Mei : The Government had provided more opportunities for all races by liberalising education, economy and education, thus fulfilling the ‘Malaysian Malaysia’ concept.

Sementara Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyerahkan soalan itu kepada Pas Pusat untuk menentukan pendirian parti itu. Timbalan Presiden Pas ketika itu, Abdul Hadi Awang berkata: “ Saya serahkan perkara ini kepada Presiden Fadzil Noor untuk ulas. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan olehnya (Fadzil) merupakan pendirian ahli-ahli semua.” Tetapi Timbalan Pemuda Pas, Mahfuz Omar berpendapat disebaliknya. Katanya, “Yang diperjuangkan oleh DAP berbeza dengan kerjasama yang dimeterai antara parti-parti pembangkang.”

Apakah maknanya ini? Rakyat wajar menilai baik-baik kenyataan Mahfuz itu kerana beliau membezakan antara kerjasama pilihan raya dan perjuangan DAP terhadap Malaysian Malaysia itu. Di pihak Keadilan pula, Presidennya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga enggan menyatakan pendirian partinya terhadap gagasan itu. Menurutnya “Keadilan akan mengeluarkan kenyataan ( Berhubung gagasan ‘Malaysian Malaysia’ ) tidak lama lagi”.

Bekas Timbalan Presiden Keadilan, Dr. Chandra Muzaffar juga enggan mengulas. Sebaliknya Naib Presidennya, Tian terang-terang tidak bersetuju dengan penubuhan gagasan DAP itu. Katanya “Kami tidak akan meneruskan semua isu Malaysian Malaysia dalam konteks 1967”. Yang aneh, Pemuda Keadilan dalam kenyataan menganggap UMNO cuba menjadikan isu-isu sensasi dan berbau perkauman sebagai alat untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar. Berikutan itu Pemuda Keadilan menganggap Dr. Mahathir dan Hishammuddin memainkan isu perkauman.

Apakah bagi Pemuda Keadilan, menentang gagasan yang boleh membahayakan negara itu sebagai bersifat perkauman dan tidak penting kepada negara? Selain itu, BN tidak sewajarnya melayani saranan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mahfuz Omar yang mencabar Hishammuddin berdebat dengan pemuda Pas ‘mengenai siapakah yang bertanggungjawab menjatuhkan hak dan ketuanan orang Melayu di negara ini”.

Perbahasan bukanlah jalan penyelesaian. Hanya dengan memahami sejarah kita dapat mengambil iktibar daripadanya.

Pas tidak akan menyertai BN pada awal 1970-an kalau tidak kerana adanya ancaman Malaysian Malaysia ini pada pertengahan 1960 –an. Pas juga tidak akan menyertai BN kalau tidak kerana adanya elemen perkauman yang kuat hasil pengaruh gagasan parti dari Singapura dalam pilihan raya umum 1969. Rakyat Malaysia perlu ingat bahawa ‘ kemenangan dalam pilihan raya’ tidak akan menjamin ‘kemakmuran kepada rakyat dan negara’ sekiranya niat Pas dan Keadilan semata-mata untuk menumbangkan BN. Perjuangan dalam pilihan raya lebih daripada itu. Ia untuk membawa kestabilan dan kemakmuran rakyat Malaysia seluruhnya.

Apakah erti keadilan dan kebebasan sekiranya asas ‘keamanan dan persefahaman kaum’ yang sudah sebati dengan rakyat Malaysia selama ini boleh dihancurkan oleh gagasan DAP itu. Sanggupkah rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu membenarkan sejarah hitam menggegarkan ‘keharmonian dan perpaduan kaum’ berulang kembali? Disinilah tugas BN sebenarnya. Generasi muda jangan dibutakan dengan sejarah dan perjuangan dan sumbangan generasi lama.

Memanglah golongan muda digalakkan untuk mengisi kemerdekaan tetapi jika cara pengisian tidak sesuai dan tidak menuju arah yang sewajarnya, umpamanya menyokong gagasan Malaysian Malaysia ini, Malaysia akan kerugian besar.

Suara politik
Taminsari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: