Pemuda MCA mengarut

malaysiahariini

ImageTIDAK ada sesiapa yang mengarahkan MCA supaya jadi lembik bagi mewakili kaum Cina di Malaysia. MCA hari ini mengatakan sikap egois UMNO yang menyebabkan masyarakat Cina menolak MCA dan Gerakan. Mereka mengatakan bahawa MCA gagal mempertahankan kepentingan kaum Cina dan gagal menjadi gerakan pendesak dalam Barisan Nasional. Unsur membiarkan UMNO menjadi parti dominan adalah punca masyarakat Cina menolak MCA. Sementara itu DAP dan PKR diperlihatkan jelas memperjuangkan hak masyarakat Cina.

Kenyataan Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA yang mengatakan bahawa UMNO adalah punca kegagalan MCA dalam media www.malaysiakini.com adalah karut. Trend pengundi Cina menunjukkan sokongan terhadap MCA berkurangan antara lain disebabkan oleh UMNO.

Kenyataan ini adalah satu kenyatan sumbang Ketua Pemuda MCA yang selama ini dilihat lembik dan asyik menyorok dalam isu-isu mempertahankan Barisan Nasional. Pemuda MCA gagal melihat corak serangan pembangkang, gagal mengambil inisiatif tertentu sebagai pembela kepada Barisan Nasional dan pada keselaluan mengharapkan UMNO untuk menjawab dan menyelesaikan masalah berbangkit khususnya yang di serang oleh pembangkang.

MCA tidak pro aktif – menyorok di belakang kain UMNO bila berdepan dengan isu rakyat malah sebenarnya banyak memberi muka kepada DAP. Tindakan pasif MCA memang jelas-tidak bertindak seiringan dengan UMNO – malah kelihatan menjadi pro Cina kerana membiarkan UMNO diserang oleh DAP. Ini bukan sesuatu yang baru – kalau pembangkang menghentam – yang dituju adalah UMNO atas alasan parti dominan Barisan Nasional. Kenapa DAP jarang menujukan bidasnya kepada MCA dan Gerakan.

MCA sebenarnya adalah parti yang berorientasikan rasis dalam Barisan Nasional. Memperjuangkan kepentingan Cina bukan dengan menghentam UMNO sebagai egois tetapi menyerang terus DAP sebagai cauvinis Cina yang membelakang sikap hormat kepada bangsa lain.

MCA tidak nampak bersungguh dalam menyerang DAP malah dalam beberapa hal lebih suka menyampuk dan membicarakan isu PAS dengan idealisme PAS dari menghentam tindakan Lim Kit Siang.

Apakah MCA juga melihat Lim Kit Siang sebagai idola perjuangan Cina.

Sebenarnya tindakan lembik MCA dalam mempertahankan Dasar Kerajaan Barisan Nasional perlu dipersoalkan. MCA hanya membiarkan serangan dasar untuk di pertahankan oleh UMNO dan hari ini menuduh UMNO adalah parti egois yang menarik MCA untuk jatuh dan tewas dalam pilihan raya ke 12 lalu.

Menyenaraikan kegagalan MCA tidak memerlukan kajian terperinci. Kegagalan MCA dalam mempengaruhi pertubuhan NGO Cina sudah jelas nampak. Adakah kita lupa tuntutan Pertubuhan Nasional Cina seperti berikut,  Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)  Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)  Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia  Nanyang University Alumni Association of Malaysia  Taiwan Graduates Alumni Association of Malaysia  Dewan Perhimpunan Cina Selangor  Federation of Guangdong Associations of Malaysia  Federation of Guangxi Associations of Malaysia  Federation of Sanjiang Associations of Malaysia  Federation of Fuzhou Associations of Malaysia  Huazi Research Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan  Federation of Hokkien Associations of Malaysia.

Siapa menyelesaikan dan adakah MCA dapat mengawal dan mempertahankan persatuan dan pertubuhan ini.

Sebenarnya MCA mengarut dalam meletakkan tanggungjawab kekalahan PRU 12 di bahu UMNO. Yang gagal adalah MCA dan MCA seolah-olah terpateri kagum dengan DAP dan Lim Kit Siang. MCA gagal bertindak dengan semangat Barisan Nasional, gagal mempertahankan dasar kerajaan dan mungkin hanya membiarkan DAP menyerang UMNO sehingga MCA sendiri tercampak tewas dalam pilihan raya sebelum ini.

Comments

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.