Reformasi dalam UMNO – 1

ImageAPA sebenarnya kesudahan episod kemelut pentadbiran dalam negara kita ini? Kedudukan politik yang hari ini seakan tidak stabil dengan kerajaan pusat kalah pada moralnya dan kedudukan orang Melayu yang semakin jelas nipis pegangan kuasa ekonomi dan kini politik. Kalau dahulu kita hanya tinggal kuasa, kini kita berkongsi kuasa sungguhpun pegangan lain khususnya ekonomi gagal kita miliki.

Barisan Nasional kini ampuh. Kedudukan UMNO semakin tercabar, MCA dan MIC komponen kuat yang mewakili kaum lain di Malaysia kini sudah dilanda gelora. Masa depan kita khususnya orang Melayu semakin tidak jelas. Tsunami politik Barisan Nasional ini tidak akan dapat diselesaikan selagi Barisan Nasional tidak bergerak ke arah kemantapan.

Namun kemantapan Barisan Nasional nampak seakan tercabar dan ini tidak menampakkan masa depan yang agak cerah kecuali ahli-ahli dalam Barisan Nasional khususnya ahli UMNO melakukan perubahan yang drastik dalam organisasinya.

Barisan Nasional di bawah kepimpinan Pak Lah kini gagal dalam membawa kecemerlangan pada Barisan Nasional. Kepimpinan beliau kini dilihat sebagai punca rakyat menolak UMNO dan seterusnya Barisan Nasional. Tanggung jawab perlu diambil. Perubahan dalam UMNO perlu dibuat segera. Ahli UMNO perlu mencorakkan kembali politik kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional. Sikap kronisme dan sikap serta budaya buruk dalam UMNO perlu dikikis. Kepimpinan yang tidak relevan dan penuh kepincangan moral dan kesombongan perlu di kikis.

Kepimpinan yang usang tidak perlu lagi diberi peluang dalam lantikan jawatan malah perubahan mengambil kepimpinan muda yang berwibawa, yang berani bersuara dan tidak meletakkan kepentingan diri sendiri mendahului kepentingan lain merupakan pilihan kita. UMNO patut kini menilai mereka yang mampu melakukan perubahan dalam UMNO, melihat kepimpinan generasi baru yang mampu memberi impak kepada masyarakat dan generasi baru yang faham keadaan masa dan zaman ini.

Kekalahan Barisan Nasional yang dikatakan kerana ramai pengundi muda adalah benar dan generasi ini perlu diwakili dalam UMNO. Cara dan budaya lama yang di bawa oleh pemimpin veteran sepatutnya diubah dan injeksi idea baru dalam UMNO. Budaya membodek dan memberi tempat beralaskan simpati harus di buang.

Kedudukan dalam UMNO seperti jawatan-jawatan pegawai dalam parti harus mengambil kira kebolehan dan keupayaan. Mereka yang terbantutnya minda perlu di tolak. Kita boleh lihat kenyataan-kenyataan usang beberapa menteri sebelum ini, apabila memberi komen bahawa media Internet yang tidak memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat dan PRU. Ini nyata usang dan ini menunjukkan mentaliti usang dan tidak peka rakyat negara ini.

Menteri yang usang seperti ini harus tidak diteruskan lagi perkhidmatan mereka dan jangan sesekali melantik mereka kepada jawatan simpati dalam UMNO seperti Ketua Penerangan.

Apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh UMNO ialah melantik mereka yang nampak jelas kukuh dan mantap mengetuai jemaah menteri. Yang kalah dan di tolak rakyat tidak perlu di sumbatkan ke dalam jemaah menteri. Ahli UMNO yang mempunyai kekuatan perlu di lantik untuk memenuhi jawatan politik dalam kementerian agar menteri yang ada itu peka dengan senario semasa. UMNO perlu bersikap terbuka dengan melihat kesungguhan kekuatan individu biar pun individu itu hanya memegang jawatan di peringkat cawangan.

Kesungguhan perlu ada untuk melantik mereka yang berkemampuan, mempunyai kekuatan dalam bidang mereka dan seharusnya peka dengan perkembangan moden perlu diambil. Mereka tidak seharusnya hanya pandai politik sahaja. Apa pun satu kenyataan yang perlu kita pegang akan kepentingannya adalah “UMNO perlu reformasi” dan bentuk reformasi ini harus menyeluruh dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: