BN mampu rampas semula Permatang Pauh

Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhnews@bharian.com.my

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam percaya Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil Parlimen itu jika parti berkenaan memilih calon tempatan untuk berdepan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keyakinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang juga Ketua Menteri Melaka itu berdasarkan masih ramai calon tempatan berwibawa dan berpotensi untuk mengatasi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Daripada reaksi saya terima, ada dua atau tiga calon tempatan yang mempunyai kewibawaan untuk menyaingi Anwar pada pilihan raya kecil itu nanti.

“Penduduk juga mahukan calon tempatan mewakili mereka,” katanya selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri 2008 di Dataran Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia 31 Julai lalu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Norlizah Muhamad.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri mengarahkan semua jentera parti di negeri ini bersiap sedia menggempur Permatang Pauh.

Beliau menganggap pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak membawa sebarang faedah kepada pengundi di situ, sebaliknya hanya membuang masa dan wang rakyat.

Katanya, Parlimen Permatang Pauh sudah diwakili penyandangnya iaitu Wan Azizah dan tidak perlu bagi Presiden PKR itu menguji kesetiaan penyokongnya sekali lagi.

“Adakah Anwar mahu bertanding semula semata-mata untuk menegakkan benang basah. Saya fikir dia mahu memesongkan pandangan rakyat terhadap tuduhan liwat ke atasnya, selain mengelak tindakan oleh polis,” katanya.

“Dia (Anwar) tidak boleh menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai cara untuk lari daripada kebenaran dan ini adalah taktik yang selalu dilakukannya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: