Bila UMNO memberontak

Image

MELIHAT kepada kesungguhan semua peringkat pimpinan UMNO yang mahukan perubahan dilakukan agar UMNO terus relevan dan dipercayai semula oleh rakyat maka perubahan ini akan meletakkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berada di hujung jalan pemerintahan serta penguasaannya terhadap kerajaan dan Barisan Nasional.

Ahli UMNO di semua peringkat telah menyuarakan cadangannya dan ada yang secara terbuka telah menyatakan bahawa Pak Lah tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meletakkan jawatan kecuali Pak Lah berniat jahat untuk menghancurkan UMNO itu sendiri dengan memilih untuk bertahan sebagai Presiden ataupun Perdana Menteri.

Kekalahan dan kegagalan Pak Lah sebagai pemimpin utama Negara merupakan satu kekecewaan rakyat serta ahli UMNO lantaran Pak Lah juga gagal mempertahankan gagasan yang UMNO bina serta patrikan lebih 60 tahun dan Pak Lah dilihat telah melakukan dosa yang cukup besar kepada parti, ahli dan Negara serta rakyat secara keseluruhannya.

Ahli dan pemimpin UMNO lain telah menunjukkan keberaniannya untuk menentang Pak Lah secara terbuka dan seperti kata Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Fuad Zakarshi yang mahu ahli UMNO mempunyai keberanian untuk menukar corak dan cara pentadibran UMNO seperti mentadbir Negara, kini sudah ada yang menyahut cabaran itu.

Kesediaan Ku LI menawarkan diri untuk menentang Pak Lah dilihat mendapat perhatian semua pihak dan sekiranya Pak Lah memilih untuk menentang Ku Li dalam pemilihan akan datang, sekali lagi Pak Lah akan dimalukan sebagaimana rakyat memalukan beliau dalam pilihanraya lepas.

Gelombang penentangan daripada Ku LI sudah disahut beberapa pihak termasuklah beberapa orang ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua ini adalah petanda yang cukup jelas bahawa Pak Lah sudah tiada tempat lagi untuk memimpin UMNO kerana beberapa faktor yang semua orang sudah tahu.

Seperti lewat beberapa artikel yang lalu, kita masih mencari jawapan, kenapa sebenarnya Pak Lah dilihat begitu mahu mempertahankan jawatannya? Apa sebenarnya yang Pak Lah cari? Apa sebenarnya yang menakutkan Pak Lah? Kepentingan apa yang Pak Lah mahu pertahankan?

Dan kenapa pula Dato Najib menikus macam tikus jatuh ke beras? Adakah Najib tidak merasakan satu tamparan hebat apabila beliau yang sebelum ini dilihat akan mengambil alih jawatan oleh Mahathir tetapi hari ini Mahathir sudah tidak mempercayai beliau lagi.

Ataupun Najib hanya mahu kekal sebagai Timbalan Presiden pada bila-bila masa ataupun Najib hanya mahu jadi Pak Turut kepada Pak Lah yang sedang merosakkan UMNO ketika ini dan Najib hanya memandang sahaja. Sekiranya sikap Najib kekal sedemikian maka tidak salah untuk turut meletakan kerosakan parti malah kehancuran parti sebagai dosa bersama antara beliau dan Pak Lah.

Benar, kita mahu tradisi parti dipertahankan tetapi mempertahankan tradisi hendaklah jelas dan bukannya dalam masa yang sama kerana mahu mempertahankan tradisi, kita mengangguk sahaja kepada pemimpin yang buta hati dan sejarah politik. Ini bukan klasifikasi mempertahankan tradisi. Tradisi akan lenyap sekiranya yang kita pertahankan itu akan membunuh dan melenyapkan kehadiran UMNO di bumi bertuah ini.

Kita tunduk kepada satu kuasa politik sedangkan kuasa tersebut datang daripada ahli parti terbanyak dan bersediakah Najib untuk karam bersama Pak Lah yang sudah hilang jati diri UMNOnya. Ataupun ada dosa lain yang Najib sembunyikan?

Reformasi UMNO sedang bermula dan sekiranya Najib terus dengan pendekatan seperti yang beliau tunjukkan sekarang ini, kita bimbang ahli parti ataupun penyokong beliau lain turut menyisih diri kerana malu berketuakan seorang pemimpin yang tidak ada idealisme perjuangannya.

Hari ini Ku LI sudah ke depan dan kita percaya Ku LI akan dapat sokongan asalkan beliau tidak terpesong daripada niat asal untuk memulihkan UMNO serta menggembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Kita juga percaya selagi Ku LI berniat baik terhadap parti terbesar orang-orang Melayu ini, UMNO akan mendapat `keramat’nya kembali dan hasrat Ku LI ini harus mendapat sokongan.

Kita sudah lihat penentangan terhadap Pak Lah seperti yang ditunjukan oleh Ibrahim Saad, Malek Hanafiah, Syed Ali Al-Habshee, Shahrir Samad, Muhyiddin Yassin dan beberapa orang lagi. Yang tinggal cuma Mat Taib sahaja beriya-iya mempertahankan Pak Lah.

Sekiranya benar Pak Lah ini cucu ulamak, pendokong gagasan Islam Hadhari dan bukan Pak Turut kepada anak, menantu dan besan, sayangkanlah parti ini lebih daripada Pak Lah sayang kepada perosak parti yang tinggal bersama beliau di Seri Perdana itu. Ini adalah satu ketentuan yang perlu Pak Lah terima. Pak Lah perlu berjiwa besar melepaskan jawatannya sebelum ahli mengambil tindakan yang drastik dalam usaha menyelamatkan parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: