Telunjuk sudah lurus tapi kelingking berkait

ImageGEGAK gempita di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah. Masing-masing bangun mengeluarkan pendapat. Orang UMNO pantang dapat mikrofon. Menyerang kepimpinan negeri dan juga pusat dan dalam masa yang sama cuba mencuri perhatian Timbalan Presiden UMNO supaya mempercayai apa sahaja hujah yang mereka luahkan, tak cukup dengan hujah, dipancing pula supaya Dato Seri Najib bertanding menentang Presiden parti dalam pemilihan akan datang.

Alasannya Pak Lah sudah tidak layak dan yang penting sebenarnya serta yang diharapkan oleh beberapa pemimpin yang seperti`gila iseng’ itu, jawatankuasa yang dipengerusikan Najib tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Itu adalah sebahagian gambaran yang berlaku apabila pihak pengurusan UMNO yang diketuai oleh Najib bertemu dengan UMNO Negeri Kedah dan dalam pertemuan tersebut muncul beberapa orang Ketua-Ketua Bahagian dan jawatankuasa masing-masing untuk menjadi hero membentangkan bedah siasat hasil kekalahan parti tersebut dalam pilihanraya lalu. Masing-masing berhujah, hebat dan menggerunkan.

Menyalahkan Pengerusi Perhubungan, menyalahkan Presiden parti dan menyalahkan semua orang di atas kekalahan UMNO di Kedah dan bagi mereka tidak ada orang lain yang salah apabila calon-caloon UMNO tumbang satu persatu di Kedah. Mereka semua tidak terlibat dalam menyumbangkan kepada kekalahan tersebut.Itulah yang cuba mereka sampaikan dan mengharapkan Najib dan rombongan percaya dengan segala teori yang mereka dedahkan.

Hanya satu frasa kata yang sesuai untuk mereka yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan diri iaitu telunjuk lurus kelingking berkait kerana merekalah sebenarnya penyumbang besar kepada kekalahan UMNO di Kedah.Merekalah yang menjadi tali barut kepada calon lawan untuk mengalahkan UMNO. Merekalah antara yang menggelapkan peruntukan parti untuk kempen pilihanraya. Menggunakan peruntukkan parti untuk menumbangkan calon sendiri.

Ada
antara yang berapi-api bercakap sebenarnya dalang kepada mensabotaj calon-calon yang UMNO Negeri  tetapi mereka terpaksa bercakap untuk mempertahankan diri daripada di ambil tindakan disiplin dan ingin memberitahu pihak pengurusan UMNO kononnya mereka tidak bersalah. Yang bersalah adalah Pengerusi Perhubungan dan Pak Lah. Buta sungguh ati mereka.

Mereka menggelapkan peruntukan parti, menggelapkan peruntukan calon, sabotaj calon UMNO dengan mengarahkan pengundi, jangan mengundi calon Barisan Nasional kononnya mereka tidak mendapat restu bahagian. Inilah perbuatan khianat yang dilakukan dan hari ini mereka bergegar bercerita seolah membenarkan kata-kata Usman Awang, bahawa Melayu berani kerana salah.

Ini adalah antara alasan yang dangkal dan datang daripada ahli politik yang desprate dan tindakan mereka menyerang kepimpinan negeri dan juga pusat hanyalah sekadar menjaga tembelang mereka supaya tidak pecah dan mahu pucuk pimpinan menerima alasan-alasan bodoh mereka.

Semuanya sudah jelas, kekalahan UMNO Kedah adalah kerana ada daripada kalangan pemimpin UMNO yang menikam dari belakang. Mereka menjadi api dalam sekam serta gunting dalam lipatan. Ambillah beberapa kawasan parlimen sebagai contoh seperti Padang Terap, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok, Kuala Kedah dan beberapa kawasan parlimen lain. Terbukti bukan tangan ghaib tetapi sikap dan perwatakan dalam bahagian masing-masing yang menjadi punca. Mereka inilah sebenarnya dedalu dalam UMNO.

Mana mungkin kawasan-kawasan ini jatuh ke tangan pembangkang sekiranya kepimpinan UMNO sendiri tidak berpaling tadah menyokong calon dari parti lawan dan kalau mereka memberikan alasan, calon-calon yang dipilih tidak mendapat restu Bahagian, cuba selak senarai calon yang bertanding , ada Timbalan Ketua Bahagian, Naib dan Ketua Pemuda yang bertanding tetapi kalah juga. Kenapa ini terjadi? Jawapannya cukup mudah, suara-suara yang bergetar di dalam dewan itulah yang menjadi punca kepada hilangnya pemerintahan UMNO di Kedah dan mereka inilah yang bertepuk tangan apabila calon UMNO kalah. Mereka lupa untuk mencermin diri dan megakui dosa-dosa mereka terhadap UMNO.

Benar, tidak guna kita mengungkit sekarang tetapi inilah natijahnya apabila nafsu menguasai diri dan apabla kita sudah hilang semangat dan roh UMNO dalam diri, kita menjadi tidak siuman dengan menyalahkan orang lain pula. Sungguhpun begitu ini bukan mengungkit tetapi ini adalah kebenaran yang perlu kita tahu agar pisang tidak berbuah dua kali.

Dalam mengembalikan Kedah kepada UMNO semula. UMNO Kedah harus berani bertindak untuk menyingkirkan pengkhianat parti dan sekiranya beberapa nama yang mash lagi memegang jawatan di bahagian-bahagian tertentu, percayalah peluang untuk UMNO merampas kembali Kedah dari tangan PAS ibarat menunggu ada tangan yang menyapu langit.

Pemimpin yang melakukan kesalahan, mereka akan menuding jari kepada orang lain dengan harapan kejijikan mereka sebagai petualang parti tidak terhidu dan mereka terlepas daripada sebarang hukuman. Hukuman ini perlu supaya antara ahli UMNO yang yang melakukan kerja-kerja sabotaj ini dapat di bawa kemukan pengadilan dan perlu diambil tindakan.

UMNO tidak perlu mempunyai ahli parti yang ramai seandainya mereka sudah hilang rasa hormat dan sayang kepada parti mereka sendiri dan lebih baik ada 10 orang daripada seribu orang kalau yang sepuluh orang itu sanggup menyingsing lengan mempertahankan maruah parti. Cukuplah bersandiwara. Tidak guna kokok berderai-derai kalau ekor sendiri bergelumang tahi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: