Relevansi UMNO dalam masyarakat generasi baru

Monday, 16 June 2008
ImageBARISAN NASIONAL dan UMNO sendiri tidak menduga bahawa mereka akan dilanda Tsunami hebat pada PRU 12. Kalau kerajaan Barisan Nasional menjangkakan senario ini akan berlaku sudah semestinya pilihan raya ke 12 itu di tangguhkan untuk mencari masa yang lebih selesa bagi Barisan Nasional untuk menang dengan peratusan yang lebih baik.

Kerajaan Barisan Nasional mempunyai masa sehingga tahun hadapan untuk mengadakan pilihan raya mandatori dan kesempatan itu boleh digunakan untuk memastikan keadaan yang lebih selesa. Namun itu juga mungkin memberi kesan yang berbeza. Kehadiran Anwar Ibrahim dikatakan satu fobia yang amat menggerunkan.

Mungkin Tsunami yang melanda Barisan Nasional akan bertukar menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan kematian Barisan Nasional khususnya UMNO sekiranya Anwar Ibrahim dapat bertanding. Keadaan ini membuat Kerajaan Barisan Nasional terperangkap dalam dua senario yang menggerunkan.

Satu keadaan adalah apa yang kita lihat sekarang ini, tumbangnya 4 negeri baru di tangan pembangkang dan gugurnya Wilayah Persekutuan dan satu keadaan lagi ialah sekiranya pilihan raya di lewatkan mungkin kesan yang lebih buruk melanda iaitu kerajaan bertukar tangan dengan Barisan Nasional gagal mempertahankan kuasa mereka secara total.

Apa pun itu mungkin satu hipotesis sahaja. Mungkin kepimpinan Barisan Nasional sebenarnya alpa, tidak tahu dan mungkin daif dalam melihat senario semasa. Mungkin tidak ada yang berani angkat kening dan mengatakan kepada Pak Lah bahawa keadaan di luar sana tidak sebaik laporan yang Pak Lah terima.

Mungkin juga keadaan Barisan Nasional khususnya UMNO tidak dijaga dengan sempurna lantas ada antara ahli yang mengambil tindakan drastik sama ada untuk tidak mengundi atau mengundi parti lain sebagai arca kemarahan mereka. Sejujurnya apa yang berlaku pada PRU 12 adalah hasil perbuatan diri Barisan Nasional sendiri.

Tidak ada sesiapa yang boleh disalahkan melainkan Barisan Nasional sendiri khususnya kepimpinan yang ada. Ini adalah hasil dari apa yang kita lakukan selama kita memerintah. Kita gagal mengemudi dan kita gagal melihat arus dan gelombang yang ada. Akhirnya kita hanyut dan nyaris lemas. Untuk masa depan Barisan Nasional khususnya UMNO maka persoalan ini perlu ditanya:

  • Adakah mungkin kita dalam UMNO akan terus hanyut dan lemas dalam politik tanah air?
  • Apa perlu kita lakukan bagi memastikan Barisan Nasional dan UMNO tidak terlipat dalam lipatan sejarah, terkubur bersama-sama perjuangan lampau dan hanya menjadi bahan arkib legenda pemerintahan Tanah Melayu?
  • Adakah langkah-langkah yang kita ambil hari ini selepas dilanda Tsunami politik ini bersesuaian untuk kita mengharungi cabaran yang lebih getir pada PRU 13 nanti?

Soalan ini memerlukan penilaian yang lebih lengkap. Persoalan ini memerlukan kefahaman yang jelas mengenai pergolakan kemasyarakatan yang ada hari ini. Situasi masyarakat hari ini tidak serupa dengan yang terdahulu. Masyarakat telah berubah dan perubahan itu sebenarnya mendahului kita dalam UMNO.

UMNO tertinggal dan ahli UMNO khususnya banyak yang keciciran dan tidak dapat bergerak sealiran dengan perubahan dalam masyarakat. Ini menyebabkan relevansi UMNO dipersoalkan dan ini jelas dapat diterjemahkan dengan negeri-negeri yang maju tahap kemasyarakatannya memilih Barisan Rakyat (Alternatif) khususnya di Semenanjung Malaysia pada PRU 12 baru-baru ini. Masyarakat hari ini adalah masyarakat lebih peka, lebih terbuka dan tinggi tahap penilaiannya.

Masyarakat generasi muda ini adalah pewaris baru yang menggantikan kedudukan masyarakat yang lebih ortodoks sebelum ini. Dunia mereka lebih luas terbuka. Jaluran mereka lebar dengan kuasa multi media Internet merupakan sumber informasi dan kematangan berbahas serta berforum menjadi penyumbang kepada bentuk masyarakat baru ini. Masyarakat inilah yang menjadi penentu dan penentu ini sudah pun mula bersuara dalam PRU ke 12 tetapi malang masyarakat inilah yang gagal disentuh oleh kita dalam UMNO.

Apa yang jelas nampak adalah kondisi kemodenan ini merupakan antara punca yang menyebabkan PRU 12 merupakan PRU 12 yang paling mengejutkan untuk Barisan Nasional dan UMNO khasnya. Dalam melihat kondisi kemodenan ini jugalah, Barisan Rakyat ( Alternatif) nampak lebih relevan dari Barisan Nasional dalam mengikuti arus semasa. Barisan Alternatif lebih berani mengadaptasi kedudukan mereka untuk mengikuti arus dan mendahului Barisan Nasional dalam perubahan ini.

Mereka lebih sedia dan lebih mampu mengikuti trend semasa, menggunakan media-media Internet dan agak kreatif dalam menyampaikan informasi. Ini menyebabkan Barisan Rakyat lebih menunjukkan relevansi dari Barisan Nasional khususnya UMNO dari sudut pandangan pengundi muda. Ini adalah persepsi mereka mengenai kedinamikan antara Barisan Nasional dan Barisan Rakyat.

Sebenarnya memang banyak unsur lain – yang nampak dan yang tidak nampak menjadi penyumbang kepada kemunduran prestasi Barisan Nasional tetapi beberapa segi klasifikasi mengenai polarisasi masyarakat perlu diambil kira. Kegagalan kita melihat dan mengkaji mengenai kedudukan masyarakat, kehendak masyarakat dan kedudukan pemikiran masyarakat adalah penyumbang besar kepada kemurungan undi bagi Barisan Nasional.

Kegagalan mengadaptasi khususnya UMNO kepada masyarakat generasi baru – Internet adalah juga merupakan penyebab. Namun sesuatu yang harus dilakukan adalah perubahan menyeluruh-reformasi dalam UMNO tidak dapat tidak perlu diadakan agar sesampai kita ke PRU 13 nanti, UMNO dapat menjadi lebih relevan dalam mengutarakan dan menyelesaikan isu masyarakat.

Anuar Mohd Nor
Institut Kajian Asas Kemasyarkatan

<!–
var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’;
var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’;
var addy55710 = ‘anuarmohdnor’ + ‘@’;
addy55710 = addy55710 + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’;
document.write( ‘<a ‘ + path + ‘\” + prefix + ‘:’ + addy55710 + ‘\’>’ );
document.write( addy55710 );
document.write( ‘<\/a>’ );
//–>\n
anuarmohdnor@yahoo.com
<!–
document.write( ‘<span style=\’display: none;\’>’ );
//–>
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
<!–
document.write( ‘</’ );
document.write( ‘span>’ );
//–>

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

%d bloggers like this: