Islam disamaratakan oleh Malayan Union Baru Pulau Pinang, peniaga pula diusir


Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu. Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

Selain itu, kerajaan negeri DAP @ Malayan Uniob Pulau Pinang juga telah mengusir 80 peniaga Melayu di Batu Feringgi.

Kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Ferringhi di sini akan kehilangan mata pencarian berikutan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan arahan meroboh premis perniagaan milik 80 pengusaha yang telah dimajukan sejak 30 tahun lalu.

Notis mengosongkan premis yang beroperasi sepanjang pesisir pantai sejauh lima kilometer dari kawasan Hotel Rasa Sayang hingga ke Hotel Bayview Beach Resort itu dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut pada 16 Februari lalu.

Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha Pelancongan Batu Ferringhi, Shahul Hamid Hameed Sultan mendakwa, mereka dimaklumkan oleh pegawai pejabat itu bahawa arahan tersebut datangnya dari pejabat Ketua Menteri yang mahu pengusaha mengosongkan premis perniagaan masing-masing dalam tempoh empat hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.

“Tidak tahu apa yang kami hendak buat selepas ini setelah mata pencarian kami mahu dirampas. Kerajaan negeri kata mahu bantu, mahu tolong kami. Apa ini, mana janji-janji dulu? Tindakan ini benar-benar tidak adil, kejam dan satu penganiayaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata Aspirasi : Semakin hancur Islam dan Melayu dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat @ Malayan Union Baru.

Dimanakah PAS yang kononya melaung-laungkan perjuangan Islam?. Memang betul menghormati agama lain, tetapi Islam mestilah kedudukannya lebih tinggi dari agama lain.

ADUN Batang Ai Sarawak meninggal dunia


Datuk Dublin Ingkot
Datuk Dublin Ingkot

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi Selasa pada usia 53 tahun.

Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat.

Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu pilihan raya kecil diadakan kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak.

Mei ini, penggal DUN Sarawak akan masuk tempoh tiga tahun. Tempoh penggal pilihan raya Sarawak akan berakhir pada tahun Mei 2011.

Gambar ’super impose’ Elizabeth Wong di Internet


KUALA LUMPUR: Belum pun reda dengan isu gambar kontroversi anggota exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, kini gambar ’super impose’ wanita itu pula tersebar di internet.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata polis mengesan beberapa keping gambar palsu Wong disebarkan oleh individu yang sengaja mengambil kesempatan ketika isu gambar beliau sedang hangat diperkatakan.

“Saya mengingatkan kepada mereka bahawa tindakan akan dikenakan sekiranya siasatan kita melalui internet mendapati mereka sengaja menyalurkan dan menyebarkan gambar palsu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata buat masa ini hanya ada dua keping gambar kontroversi Wong yang disiasat, tetapi mereka mengesan beberapa lagi gambar ’super impose’ Wong disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini polis telah mengambil keterangan daripada 12 individu yang bertugas di lapangan media bagi membantu siasatan tersebut.

Menyentuh mengenai suspek yang merakamkan gambar Wong, Sabtu berkata pihaknya masih gagal menghubungi Hilmi Malek, bekas teman lelaki ahli politik PKR itu, yang disyaki merakamkan gambar kontroversi itu, yang dipercayai bersembunyi di Indonesia.

Wong yang mendapati gambar separuh bogelnya tersebar di internet telah membuat laporan di Balai Polis Damansara kira-kira pukul 11.05 malam pada 18 Feb lepas. BERNAMA

Rakyat perlu terus diperjelaskan Rukun Negara secara mendalam


Sebaik sahaja politik Negeri Perak bergolak, nampaknya orang Melayu mula bangkit, baik melalui pertubuhan, persatuan mahupun individu melahirkan taat setia kepada Raja. Laungan ‘Daulat Tuanku’ berkemundang di mana-mana.

Ketika inilah Melayu merasakan mereka perlu taat setia dan menjunjung takhta institusi kesultanan Melayu yang menjadi lambang memayungi kepentingan Melayu sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukun Negara.

Adalah malang sekali apabila kita lihat Melayu ada yang sanggup menderhaka, sanggup berguling-guling tengah jalan, menjerit tepi jalan, berkumpunl mencemar Sultan Perak di hari Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebelum ini,

Masih ada lagi yang tidak puas hati apabila kerajaan Pakatan Pembangkang tumbang akibat hilang kepercayaan dari anggotanya sendiri tanpa menyedari bahawa mereka telah terheret dengan hasutan yang datang dari parti-parti pembangkang mencemuh tindakan Sultan Perak yang telah terang-terang secara adil meneliti sokongan sebenar wakil rakyat yang mewakili rakyat Negeri Perak.

Ternyata jelas bahawa suara rakyat majoriti telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pakatan Pembangkang yang bagaikan benar-benar mengambil kesempatan ketika memerintah lantas membawa padah tumbangnya sebuah kerajaan yang dalam percubaan memerintah dalam tempoh tidak sampai pun setahun.

Sebelum tindakan-tindakan keputusan yang tidak adil itu terus berlaku terutama dalam meluluskan hakmilik tanah hingga ke tempoh 999 tahun, telah menimbulkan kegusaran yang amat mengecewakan orang Melayu di Negeri Perak, wakil rakyat mereka sendiri sedar itu adalah satu tindakan yang tidak menyenangkan.

Nyatanya, Sultan Perak tidak bertindak somborono. Semua wakil rakyat Pakatan Pembangkang yang sedia beralih kerusi dipanggil dan masing-masing telah menyatakan mereka lebih yakin dengan corak pentadbiran Barisan Nasional (BN), maka BN secara langsungnya telah memenangi mejoriti dan layak memerintah.

Perak sudah habis waktu 11 bulan sedangkan Negeri Perak bagaikan terhenti pembangunannya apabila pemerintah di bawah Pakatan Pembangkang membolot, bercakaran sesama sendiri yang tentunya tidak menguntungkan rakyat.

Disebalik kemelut yang berlaku itu, barulah rata-rata orang Melayu sedar yang Sultan lebih berhak dan masing-masing bangkit menyatakan taat setia kepada Sultan. Gambarannya ialah rakyat tahu mereka perlu sentiasa setia dan taat kepada Raja sejajar dengan kandungan Rukun Negara. Sekurang-kurangnya maksud yang tersirat dalam kandungan rukun kedua rukun itu telah difahami.

Tetapi rakyat juga perlu diperjelaskan bahawa sifat Rukun Negara itu adalah sesuatu yang simbolik dan bukan hanya kepada Raja dan Sultan sahaja dengan meninggalkan signifikannya yang sebenar.

Maksud Setia kepada Raja dan Negara itu adalah sebenarnya menurut tafsirannya, seluruh rakyat harus menghayatinya daripada semua aspek ketaatan dan kesetiaan yang bermula dari bawah.

Kalau seorang pekerja, ketuanya Raja dan majikannya negara. Kalau pelajar pula, gurunya menjadi Raja dan sekolah itu negara. Kalau di rumah, ayahnya Raja, rumah itu adalah negara. Begitu juga kalau di sesebuah pertubuhan, pemimpinnya Raja dan pertubuhan itu negaranya. Seterusnya, Raja itu adalah ketua.

Kalau maksud ini dapat dihayati dan difahami, seluruh rakyat akan lebih teratur menyusun kesetiaan dan ketaatannya hingga ke Raja, Sultan dan Yang DiPertuan Agong.

Maka aliran kesetiaan dan ketaatan yang mengalir dari bawah itulah sebenarnya yang dituntut dan harus dihayati menjadi amalan dalam hidup rakyat Malaysia dan kesejahteraan pasti dirasai nikmatnya.

Pemimpin di semua peringkat hendaklah mengembalikan keutuhan Rukun Negara itu dengan lebih serius untuk semua lapisan rakyat dari peringkat murid tadika atau tabika, pelajar, pekerja, masyarakat niaga, pertubuhan, kaki tangan kerajaan dan semua peringkat pemimpin kecil, sederhana dan besar..

Rukun Negara adalah teras yang dicipta untuk kesejahteraan rakyat berkualiti. Kemudian diabaikan dan akhirnya ia dilihat apa yang berlaku hari ini, semakin ramai telah bagaikan hilang pedoman apabila menghadapi sesuatu krisis.

Kembalikanlah Rukun Negara menjadi panduan seluruh rakyat memahaminya hingga ia menjadi amalan kekal tertanam di jiwa dan hati rakyat kembali mulia dan bangga dengan persekitarannya setiap masa.
Oleh Zabidi Noor

Bahaya selagi orang melayu tidak pandai pilih pemimpin


‘Pemimpin yang pernah dipimpin mudah menjadi pemimpin terbaik’

Akhirnya baguslah bila ketiga-tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dapat duduk dalam satu forum membincangkan hala tuju negara yang lebih dilihat sebagai satu forum di mana percanggahan minda berlangsung di kaca TV9 pada 17 Februari lalu untuk menilai minda masing-masing.

Soalnya forum ini bukan dilihat untuk mencari siapa layak jadi pemimpin pemuda tetapi lebih kepada memberi peluang kepada calon menunjukkan aksi masing-masing berhujjah terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pengerusi penal, Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sedangkan banyak lagi isu kalau mahu dibentangkan.

Oleh kerana forum ini mempunyai waktu tertentu dan terhad, memang wajarlah ia disentuh sikit sahaja dan tidak banyak menyentuh apa sebenarnya calon faham tentang peranan mereka apabila antara mereka terpilih menjadi ketua pergerakan itu bulan Mac nanti.

Kerana itulah ada calon yang mengambil peluang secara tidak langsung membidas kerajaan sepertimana yang diajukan oleh Datuk Seri Mohd Khir Toyo mempersoalkan kenapa tidak ambil tindakan cepat tehadap Pengerusi DAP, Karpal Singh tetelah lebih 100 laporan polis dibuat. Masakan Khir tidak tahu, dalam tindakan, kita kena jadi macam tukang jahit – ukur banyak kali tetapi potong hanya sekali. Fahamanilah ungkapan emas ini.

Mereka ada yang masih mengatakan pucuk kepimpinan harus ditukar sebagai salah satu jalan untuk mendapat pandangan baik terhadap UMNO khususnya sedangkan Datuk Mukhriz sedar ia sudah pun berlaku dan akan diendos tidak lama lagi. Malahan dalam UMNO, semua orang sudah memandang Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika ini. Untuk mendesak dan mengulangi tuntutan perubahan adalah satu perkara yang outdated untuk diperkatakan.

Semuanya sudah nyata apabila Najib jadi presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua pemuda, ketua wanita, ketua puteri dan juga ahli majlis tertingginya berubah.

Cuma perubahan pada presiden sudah jelas, tetapi di peringkat lain belum lagi terpilih. Pemilihan inilah yang menentukan nasib untung negara. Tidak ada gunanya juga kalau presiden berubah dan perubahan di peringkat lain membariskan orang-orang yang tidak berkualiti untuk membantu Najib.

Kalau orang UMNO memilih antah untuk ditanakkan nasi, kita makan antahlah untuk sekian lama lagi. Ciri-ciri untuk memilih kretiria memilih pemimpin di semua peringkat pula bukan boleh kita selaraskan seperti mengisi borang mohon pekerjaan pula.

Dan tidak pula bila Najib ada kuasa atau menggunakan kuasa vito untuk memaksa ahli UMNO membuat pilihan sesuka hatinya. Kalau boleh begitu, Ramai dah tahu siapa akan Najib pilih dan siapa akan Najib tolak. Oleh kerana kita mengamalkan demokrasi, maka kita tiada pilihan lain lagi selain daripada menyerahkan kepada perwakilan yang mewakili siapa yang mereka fikir layak.

Malangnya, ada perwakilan yang memandang pada berapa banyak dia dapat dari calon, bagaimana calon layan mereka, berapa kerap calon menghubungi dia, ada yang menguji calon dengan membekalkan masalah peribadi. Kalau tidak dapat diselesaikan, calon itu tidak bergunalah pada mereka.

Ada juga perwakilan yang menyokong calon kerana telah termakan budi. Ada juga yang telah dihasuk dengan cerita-cerita buruk tanpa bukti tentang calon lawan. Semua ini menyumbang kepada pemilihan yang tidak adil dan tidak seimbang.

Nampaknya, selain daripada Najib, calon lain hanya bergantung pada nasib semata-mata. Tidak bergantung pada ciri-ciri tertentu seperti tahap pemikiran, pengalaman, keberanian lojik (bukan berani tidak tentu kalu), penampilan diri yang mesra dan berwatak baik pada zahir sahaja sedangkan di dalam penuh dengan hasat dengki, berjiwa perjuang kental untuk bangsa, negara dan agama dan banyak lagi yang perlu diteliti secara halus.

Dalam pemilihan kali ini bukan satu pemilihan yang boleh kita ambil mudah. Seseorang yang hendak dipilih itu semestinya telah melalui satu penafsiran cukup teliti dan perwakilan hendaklah membuat kerja rumah sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana elemen yang boleh memesongkan pemilihan seseorang.

Bagaimana misalnya kalau perwakilan sentiasa mengekori calon ke mana pergi dan berkempen bersama, tidak baca akhbar, tidak mencari sumber maklumat dalam internet (yang tidak semestinya betul) untuk dibuat penilaian seseoang calon itu.

Adalah malang sekali ada perwakilan pun tidak tahu umur calon. Mereka tidak tahupun bila calon itu menyertai UMNO. Malah ada yang tidak tahu calon itu pernah pegang jawatan apa pun. Ertinya perwakilan tidak mempunyai maklumat mengenai calon yang mereka akan pilih. Mereka terpaksa menggunakan telinga sahaja.

Yang dilihat malang lagi ialah perwakilan kebanyakannya tidak benar-benar membawa suara dari bawah. Mereka tidak pun berbincang dengan ahli-ahli lain untuk mengutip maklumat tambahan untuk dibuat kira-kira siapa patut mereka pilih. Kebanyakannya bergantung pada siapa bercakap pada waktu bila sahaja. Kerana itulah dalam forum di TV 9 lalu, ramai juga yang berkata Khir pandai bercakap. Tetapi ikhlas mana, betul mana faktor yang dicakapkan, orang kurang peduli.

Khir terpaksa membuat perbandingan dengan cerita orang kalah sebelumnya seperti disebut Tun Mahathir pernah kalah, Pak Lah pernah kalah kerana Khir sendiri adalah dari kalangan orang yang kalah. Tapi kekalahan Mahathir dan Pak Lah itu amat berbeza dengan kemenagan beliau di DUN tetapi mengalahkan seluruh Negeri Selangor.

Kedudukan antara negeri pula tidak sama antara satu sama lain. Selangor ialah negeri yang boleh dikatakan yang termoden, terkaya atas usaha Barisan Nasional. Tiba-tiba oleh kerana sikap dan kesilapan peribadi Khir, ia telah jatuh kepada tangan pembangkang.

Begitu juga pilihan raya tahun 2004 dan 2008 adalah dua zaman yang amat berbeza kerana dalam tempoh antara 2004 dan 2008 itu, kerajaan pimpinan Pak Lah menghadapi tekanan dari bekas perdana menteri yang masih mencari pengaruh yang mungkin mahu menguji apakah beliau masih ada pengikut untuk mengketarakan kehebatan peribadi beliau.

Dalam pada itu pula Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Pak Lah benar-benar berada dalam satu situasi yang berlainan sebelum Mahathir. Zaman Mahathir dunia cyber masih sunyi. Zaman Pak Lah, dunia cyber sudah memberi peluang kepada rakyat yang selama ini memendam rasa terhadap apa yang mereka mahu luahkan terhadap kerajaan.

Kerana itulah keterbukaan zaman Pak Lah ini sebenarnya telah memberikan peluang kepada kerajaan mahupun UMNO untuk mengetahui apa yang rakyat mahu. Dari keterbukaan inilah juga kita tahu siapa pembohong dan siapa berjiwa kominis. Dan tentunya juga kerajaan boleh mengenalpasti permasalahan rakyat dengan wakil-wakil mereka.

Ertinya di zaman keterbukaan bebas yang Pak Lah buka ini adalah satu rahmat bahawa pemimpin yang menyeleweng, pemimpin yang tidak bermoral mudah terdedah dan mudah untuk rakyat mahu kerajaan membuat penilaian dan siasatan kesahihannya.

Kerana itulah zaman Pak Lah yang pasti rasanya akan diteruskan oleh Najib untuk memperkukuhkan penentangan gejala rasuah dan memperkukuhkan institusi kehakiman yang benar-benar boleh mengembalikan martapat corak pemerintahan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang diketuai oleh UMNO.

Apa pun tanggapan kita terhadap parti, UMNO perlu diperkukuhkan. Orang Melayu yang tidak menganggotai UMNO pun kena sedar bahawa kita kena bersatu dalam perjuangan untuk bangsa kita, negara kita dan agama kita yang menjadi teras paling abdal untuk kita pertahan dan perjuangkan hingga ke akhir zaman.

Zaman ini kita kena pilih orang cerdik, orang benar-benar berwibawa, orang yang bermoral tinggi, orang yang berpengalaman terutama dari kalangan pemimpin yang pernah dipimpin terutamanya untuk memegang jawatan menjalankan amanah yang diberikan. Pincang sedikit, cepat-cepat ditegur.

Kita kena didik generasi muda untuk menghormati pemimpin sebagai ketuanya dalam banyak cara atau menegur dengan cara yang betul. Hentikan cabar mencabar yang tidak membawa faedah kepada sesiapa. Ukur baju di badan sebelum cuba menyarungnya. Dan yang paling penting, ialah belajar dipimpin terlebih dahulu sebelum meletakkan diri sebagai pemimpin.

Abdullah dicadang diberi jawatan Menteri Kanan


KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi jawatan Menteri Kanan seperti Lee Kuan Yew di Singapura selepas melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bulan depan.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata langkah itu sesuai kerana jasa Abdullah yang terlalu besar kepada rakyat, negara dan Parlimen sepanjang menjadi pemimpin negara hingga kini.

“Apabila Perdana Menteri kita ini lepaskan jawatan, beliau akan menjadi anggota Parlimen biasa. Jadi kedudukan dia dalam Dewan ini di mana, takkanlah hendak duduk di sebelah Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), tidak patut la kan?

“Agaknya boleh tak kita ikut negara jiran bagi beliau kedudukan Menteri Kanan. Pasal Perdana Menteri yang lepas-lepas tidak berhenti di tengah jalan dan tidak bertanding dalam pilihan raya berikutnya,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ketika menjawab celahan Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang ingin tahu siapa yang mendesak Abdullah untuk meletak jawatan, Mohamad berkata ia bukan angkara sesiapa dan sesiapa pun tidak perlu berasa syak wasangka kerana menganggap peletakan jawatan itu sebagai takdir Allah.

Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) pula mencelah dan berkata bahawa proses peralihan kuasa ini bukanlah satu proses menikam dari belakang tetapi ia satu sistem hebat yang dilakukan untuk menjamin keamanan dan mengelakkan sebarang kekecohan berlaku.

Mohamad yang terus melahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan Abdullah kepada negara berkata bahawa proses peralihan kuasa itu merupakan proses yang sudah diterima ramai.

Semalam, Datuk Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) meminta semua rakyat terutamanya ahli Umno menghormati Perdana Menteri sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi, sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.

Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata, adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.

Jelasnya, apa yang berlaku kepada Dr. Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.

Sementara itu, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) ketika membahaskan usul itu berharap agar barisan Menteri Kabinet di bawah kepimpinan baru iaitu Najib dapat melakukan tugas sebaik mungkin dan bukannya hanya “duduk di pejabat” sahaja.

“Saya minta kerajaan di bawah pimpinan Najib, menteri yang kerja bukan menteri duduk panaskan pendingin hawa sahaja. Saya minta menteri yang dilantik betul-betul untuk rakyat, kalau pucuk pimpinan mahu kita kerja, menteri pun kena kerja juga,” katanya.

Katanya, beliau kecewa dengan sikap sesetengah menteri yang tidak turun padang di sesuatu kawasan melihat sendiri kedaifan dan kekurangan kemudahan asas khususnya di Sabah serta tiada dalam Dewan mendengar luahan anggota Parlimen untuk tindakan lanjut.

“Takkan semua menteri semua sibuk, kalau begini keadaannya semua hendak menjadi menteri sebab tidak perlu datang Dewan. Kalau tiada tugas patut ada dalam Dewan dan dengar luahan kita,” katanya. – mStar

Nik Aziz…antara dua darjat


Makin tidak ketahuan. Kalau dikatakan nyanyuk mungkin ia agak keterlaluan namun, mendengar kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, sahlah kenyataan itu dibuat kerana marah.Mana tidaknya, Nik Aziz yang sebelum ini tidak mahu campur dalam soal kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan yang meinta Ibrahim Ali meletakkan jawatan kerana sering mengkritik parti itu, tiba-tiba bercakap dalam nada yang sama.Malah kenyataannya mencerminkan betapa Nik Aziz tidak faham undang-undang apabila mencabar Ibrahim Ali letak jawatan bagi bertanding pada pilihan raya kecil untuk menguji kekuatannya.Bukankah semua orang politik tahu jika mereka yang bergelar wakil rakyat meletakkan jawatan mereka TIDAK BOLEH bertanding pada mana-mana pilihan raya bagi tempoh lima tahun.Namun apabila seorang ahli politik veteran yang memegang status Mursyidul Am, ternyata kenyataan Nik Aziz itu dipercayai hanya mengikut rentak kumpulan Erdogan dalam PAS yang pro Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut mengenai Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Nik Aziz dengan nada yang boleh disifatkan angkuh berkata, Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

“Keputusan PAS mencabar beliau supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan).

“PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas kalau benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan,” katanya.

Jumaat, Takiyuddin meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takiyuddin menyifatkan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi kerana beliau diberi peluang bertanding sebagai calon bebas atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Ibrahim pula memberitahu Mingguan Malaysia antara beliau dan PAS kedua-duanya sama berbudi kerana kerjasama ketika pilihan raya lalu adalah saling lengkap melengkapi untuk memastikan parti itu terus kekal memerintah di negeri ini.

“Antara saya dan PAS, sama-sama berbudi. Jangan fikir hanya PAS berbudi pada saya sahaja. Ketika pilihan raya lalu saya tidak menggunakan jentera parti itu kerana saya mempunyai jentera sendiri.

“Mereka juga perlu melihat kembali pada sejarah pilihan raya umum 2004, ketika saya bertanding di Parlimen Pasir Mas sebagai Bebas, sedikit sebanyak ia membantu memecah undi Barisan Nasional (BN).

‘‘Ia menyelamatkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan ini, jika tidak, PAS pasti kalah dan tidak ada lagi kerajaan PAS dan Takiyuddin sebagai Exco kerajaan negeri,” katanya.

Apapun kenyataan Nik Aziz yang mahu Ibrahim letak jawatan bagi adakan pilihan raya kecil nyata bercanggah dengan isu gambar bogel Elizabteh Wong.

Ini kerana beliau minta Elizabeth jangan letak jawatan ADUN kawasan Bukit Lanjan yang diwakilinya kerana pilihan raya kecil akan menyusahkan rakyat dan merugikan wang negara.

Namun apabila Ibrahim mengkritik parti itu, Nik aziz sanggup susahkan rakyat dan bazirkan wang hanya kerana marahkannya.

Begitulah kisah antara dua darjat. Bila tidak menguntungkan diri, Nik Aziz minta Ibrahim letak jawatan.

Sebaliknya bila terkena batang hidung sendiri, Elizabeth yang disyaki bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam ahli PKR yang bukan muhrim pun Nik Aziz sanggup pertahankan.

Tuan Guru Nik Aziz – Why Why Why ????

Dalam isu skandal Elizebeth Wong kita ternanti -nanti apakah yang akan keluar dari mulut Nik Aziz , bagaimana Nik aziz akan manghalalakan isu ini. ? Tepat sekali jangkaan kami, Kalau dahulu Nik Aziz pernah berkata tuhan pun mencarut untuk menghalalkan tabiat pemimpin Pas mencarut hari ini dengan sedih hiba dan pilu saya terpaksa menyatakan bahawa saya kecewa dengan Nik Aziz , Hilang hormat saya kepada Nik Aziz apabila dia memberikan statemant mengenai isu skandal Elizebeth Wong

Sepanjang malam saya merasakan kesedihan dan terkilan apabila ulamak Pas ini , bagi saya dia seorang ulamak sebelum ini walaupun kami berbeza parti , Saya pernah mencium tangan Nik Aziz atas perasaan hormat kepada beliau sebagai ulamak dan saya ketepikan fahaman politik saya,

Ketika mencium tangan nya saya katakan , Tuan Guru saya Adalah penyokong UMNO ,saya menghormati Tuan Guru di atas landasan agama.

kata Nik Aziz, “Tak salah kalau dia nak telanjang di rumah dia nak tidur telanjang, jika malu pun malu dengan malaikat saja, yang salah orang yang masuk menceroboh rumah dia dan ambil gambar, Dia tak salah , yang salah orang yang menceroboh dan ambil gambar dia” inilah perkataan yang mengganggu tidur saya sepanjang malam.

Apakah Nik Aziz pura -pura tidak tahu atau tidak prihatin akan perkara yang sebenar, Memang tak salah kalau dia mahu telanjang dalam rumah jika tidak ada orang dalam rumah. Malaikat tetap ada , tapi Nik Aziz kata tak kesah kalau Elizebeth tak rasa malu dengan Malaikat, Jika kita dari parti PR , tak kesah , kalau UMNO …. tentu Nik Aziz kata , salah sebab Malaikat ada memerhatikan kita sepanjang masa, Apakah Nik Aziz tidak tahu gambar itu di ambil bukan ketika Elizebeth bersendirian dalam rumah , teman lelaki dai dari parti PKR ada bersama, Mereka mungkin telah melakukan adegan-adegan yang tak perlu saya terangkan kepada Nik Aziz, gambar itu boleh menceritakan seribu perbuatan yang telah berlaku melainkan kita tidak pernah mengalami keadaan itu sebagai suami isteri. Tidak ada pencerobohan , tidak ada paksaan, ianya berlaku dalam keadaan tidak sedar , (itu pun kita tak pasti) Yang pastinya si pengambil gambar tidak menceroboh rumah itu. Tuan punya badan tahu si pengambil gambar itu ada dalam rumah itu, tapi itu sudah perkara biasa bagi mereka , Itulah sebab dia tidak mengenakan pakaian yang sesuai dan tidak peduli bagaimana cara dia tidur.

Bagi saya Nik Aziz mungkin tahu apa yang sebenar berlaku tetapi mahu menutup dan melindungi wakil rakyat PR. Kenapa Nik Aziz sanggup memutar belit hukum hakam kerana mahu melindungi wakil rakyat PR. Tuan guru , jangan lah seleweng kan lagi akidah umat Islam yang telah teruk terpesong , ahli Pas sekarang bertambah parah , mereka bukan hanya diselewengkan hanya oleh ulamak pas , mereka dah teruk di selewengkan oleh dajal akhir zaman ,

Foto Eli: Polis sahkan lelaki itu Hilmi


Polis hari ini menasihatkan bekas teman lelaki Elizabeth Wong supaya tampil membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel exco kerajaan negeri Selangor itu.

Lelaki berusia 30-an itu disahkan oleh polis sebagai Hilmi Malek, kini dipercayai berada di Indonesia. Polis bagaimanapun masih gagal berhubung dengan ahli PKR berkenaan.

police pc on anwar ibrahim  140807 mohd sabtu osmanKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga menafikan laporan media bahawa dua individu ditahan berhubung kes itu semalam.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa mereka adalah wartawan Malay Mail yang dipanggil malam tadi untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.

Beliau juga menafikan Elizabeth diperangkap sewaktu foto-foto itu dirakam.

“Sebaliknya pihak polis percaya gambar itu telah dirakam oleh orang yang dikenali oleh pengadu (Elizabeth),” kata Muhammad Sabtu.

“Maka polis meminta pihak media supaya jangan membuat spekulasi atau menokok tambah cerita dalam kes ini. Pihak polis juga tidak mahu hal-hal peribadi pengadu dan mana-mana pihak dispekulasikan.”

Mahdzir tidak nafi jumpa Adun PKR


Bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menafikan bertemu wakil rakyat PKR Kulim, Lim Soo Nee tetapi “tidak ingat pertemuan itu di mana.”

Pengerusi BN Kedah berkata, beliau juga bertemu dengan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR “untuk minum kopi dan bersembang-sembang.”

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Mahadzir dirakam mengadakan pertemuan dengan Lim oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertemuan hujung tahun lepas di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang didakwa sebahagian usaha memujuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Kedah agar melompat kepada BN dan menumbang kerajaan negeri tersebut.

mahdzir khalidAnwar mendakwa suruhanjaya tersebut mengetahui sejak awal usaha menumbangkan kerajaan Kedah, termasuk yang melibatkan Mahdzir.

Bagaimanapun Mahdzir menafikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut sama dalam pertemuannya dengan wakil rakyat Kulim itu.

“Tak ada pertemuan dengan Datuk Seri Najib. Tak tahu lah kalau orang lain.

“Kita pun tahu (kemampuan) kita setakat mana,” katanya.

Nafi buat tawaran

Beliau juga menafikan membuat tawaran lumayan RM4 hingga RM5 juta untuk memujuk Lim melompat keluar parti dan menyertai BN.

“Tak ada tawar menawar. Kalau berjumpa, kita bersembang dan minum di kedai kopi,” katanya.

Beliau juga mendakwa ramai juga exco PAS dan PKR yang menghubunginya untuk meminta pandangan bagaimana mahu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Mereka menelefon saya, minta pandangan. Ia lebih kepada pentadbiran bagi melicinkan perjalanan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, mengulas desakan MIC supaya calonnya dikekalkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, Mahdzir yang juga pengerusi BN Kedah berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan BN.

“Kita hormati keputusan pucuk pimpinan parti untuk memilih calon yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang membuat persiapan di peringkat akar umbi bagi menghadapi pilihanraya kecil di situ 7 April depan.

PANAS…PANAS…Salahguna kuasa: MB Selangor akan dihadap ke mahkamah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membawanya ke muka pengadilan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika memaklumkan perkara itu berkata, Khalid akan didakwa berhubung dengan salah guna kuasa yang membabitkan penyelenggaan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban. Menurut beliau, kertas siasatan mengenai perkara berkenaan telah pun siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam waktu yang terdekat. Beliau berkata demikian kepada para pemberita di Pulau Pinang, hari Jumaat.

Isu penyalahgunaan kuasa yang membabitkan Abdul Khalid dilaporkan kepada SPRM oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) sejak Januari lalu.

Pada 21 Januari lalu, GERAK membuat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember 2008. Haiwan itu kemudiannya diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya.

Manakala isu penyelenggaraan kereta mewah peribadi Abdul Khalid pula dilaporkan oleh GERAK pada pada 3 Februari apabila menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

—————-

Isu kereta MB: SPRM panggil 5 pegawai Khalid

Sekurang-kurangnya lima pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor dipanggil dan disiasat Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan salahguna kuasa dan wang awam bagi kepentingan peribadi membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Difahamkan, antara dipanggil SPRM adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Khalid, pegawai tugas khas, pemandu serta kerani di pejabat Menteri Besar itu.

Sumber berkata, mereka mungkin memberi keterangan selepas Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) membuat aduan kepada SPRM bagi menyiasat menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya.

GERAK pada 3 Februari lalu menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

Ketika membuat laporan itu, Pengerusi GERAK Mohd Nazree Mohd Yunos mendakwa bahan bukti yang diterima menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Abdul Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap.

Kerajaan Selangor pada awal Januari lalu membeli 15 kereta Toyota Camry 2.4 bernilai lebih RM2.3 juta sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana Eksekutif.

Difahamkan, sejak dilantik Menteri Besar, Abdul Khalid tidak menggunakan kenderaan rasmi yang disediakan termasuk Toyota Camry yang baru.

Beliau menggunakan kenderaan Toyota Lexus miliknya sendiri manakala sebuah kereta rasmi kerajaan negeri hanya sebagai kereta pengiring yang membawa anggota polis pengiring peribadi. 17/02/09 – agenda daily

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.