Mahdzir tidak nafi jumpa Adun PKR


Bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menafikan bertemu wakil rakyat PKR Kulim, Lim Soo Nee tetapi “tidak ingat pertemuan itu di mana.”

Pengerusi BN Kedah berkata, beliau juga bertemu dengan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR “untuk minum kopi dan bersembang-sembang.”

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Mahadzir dirakam mengadakan pertemuan dengan Lim oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertemuan hujung tahun lepas di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang didakwa sebahagian usaha memujuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Kedah agar melompat kepada BN dan menumbang kerajaan negeri tersebut.

mahdzir khalidAnwar mendakwa suruhanjaya tersebut mengetahui sejak awal usaha menumbangkan kerajaan Kedah, termasuk yang melibatkan Mahdzir.

Bagaimanapun Mahdzir menafikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut sama dalam pertemuannya dengan wakil rakyat Kulim itu.

“Tak ada pertemuan dengan Datuk Seri Najib. Tak tahu lah kalau orang lain.

“Kita pun tahu (kemampuan) kita setakat mana,” katanya.

Nafi buat tawaran

Beliau juga menafikan membuat tawaran lumayan RM4 hingga RM5 juta untuk memujuk Lim melompat keluar parti dan menyertai BN.

“Tak ada tawar menawar. Kalau berjumpa, kita bersembang dan minum di kedai kopi,” katanya.

Beliau juga mendakwa ramai juga exco PAS dan PKR yang menghubunginya untuk meminta pandangan bagaimana mahu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Mereka menelefon saya, minta pandangan. Ia lebih kepada pentadbiran bagi melicinkan perjalanan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, mengulas desakan MIC supaya calonnya dikekalkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, Mahdzir yang juga pengerusi BN Kedah berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan BN.

“Kita hormati keputusan pucuk pimpinan parti untuk memilih calon yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang membuat persiapan di peringkat akar umbi bagi menghadapi pilihanraya kecil di situ 7 April depan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: