Rakyat perlu terus diperjelaskan Rukun Negara secara mendalam


Sebaik sahaja politik Negeri Perak bergolak, nampaknya orang Melayu mula bangkit, baik melalui pertubuhan, persatuan mahupun individu melahirkan taat setia kepada Raja. Laungan ‘Daulat Tuanku’ berkemundang di mana-mana.

Ketika inilah Melayu merasakan mereka perlu taat setia dan menjunjung takhta institusi kesultanan Melayu yang menjadi lambang memayungi kepentingan Melayu sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukun Negara.

Adalah malang sekali apabila kita lihat Melayu ada yang sanggup menderhaka, sanggup berguling-guling tengah jalan, menjerit tepi jalan, berkumpunl mencemar Sultan Perak di hari Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebelum ini,

Masih ada lagi yang tidak puas hati apabila kerajaan Pakatan Pembangkang tumbang akibat hilang kepercayaan dari anggotanya sendiri tanpa menyedari bahawa mereka telah terheret dengan hasutan yang datang dari parti-parti pembangkang mencemuh tindakan Sultan Perak yang telah terang-terang secara adil meneliti sokongan sebenar wakil rakyat yang mewakili rakyat Negeri Perak.

Ternyata jelas bahawa suara rakyat majoriti telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pakatan Pembangkang yang bagaikan benar-benar mengambil kesempatan ketika memerintah lantas membawa padah tumbangnya sebuah kerajaan yang dalam percubaan memerintah dalam tempoh tidak sampai pun setahun.

Sebelum tindakan-tindakan keputusan yang tidak adil itu terus berlaku terutama dalam meluluskan hakmilik tanah hingga ke tempoh 999 tahun, telah menimbulkan kegusaran yang amat mengecewakan orang Melayu di Negeri Perak, wakil rakyat mereka sendiri sedar itu adalah satu tindakan yang tidak menyenangkan.

Nyatanya, Sultan Perak tidak bertindak somborono. Semua wakil rakyat Pakatan Pembangkang yang sedia beralih kerusi dipanggil dan masing-masing telah menyatakan mereka lebih yakin dengan corak pentadbiran Barisan Nasional (BN), maka BN secara langsungnya telah memenangi mejoriti dan layak memerintah.

Perak sudah habis waktu 11 bulan sedangkan Negeri Perak bagaikan terhenti pembangunannya apabila pemerintah di bawah Pakatan Pembangkang membolot, bercakaran sesama sendiri yang tentunya tidak menguntungkan rakyat.

Disebalik kemelut yang berlaku itu, barulah rata-rata orang Melayu sedar yang Sultan lebih berhak dan masing-masing bangkit menyatakan taat setia kepada Sultan. Gambarannya ialah rakyat tahu mereka perlu sentiasa setia dan taat kepada Raja sejajar dengan kandungan Rukun Negara. Sekurang-kurangnya maksud yang tersirat dalam kandungan rukun kedua rukun itu telah difahami.

Tetapi rakyat juga perlu diperjelaskan bahawa sifat Rukun Negara itu adalah sesuatu yang simbolik dan bukan hanya kepada Raja dan Sultan sahaja dengan meninggalkan signifikannya yang sebenar.

Maksud Setia kepada Raja dan Negara itu adalah sebenarnya menurut tafsirannya, seluruh rakyat harus menghayatinya daripada semua aspek ketaatan dan kesetiaan yang bermula dari bawah.

Kalau seorang pekerja, ketuanya Raja dan majikannya negara. Kalau pelajar pula, gurunya menjadi Raja dan sekolah itu negara. Kalau di rumah, ayahnya Raja, rumah itu adalah negara. Begitu juga kalau di sesebuah pertubuhan, pemimpinnya Raja dan pertubuhan itu negaranya. Seterusnya, Raja itu adalah ketua.

Kalau maksud ini dapat dihayati dan difahami, seluruh rakyat akan lebih teratur menyusun kesetiaan dan ketaatannya hingga ke Raja, Sultan dan Yang DiPertuan Agong.

Maka aliran kesetiaan dan ketaatan yang mengalir dari bawah itulah sebenarnya yang dituntut dan harus dihayati menjadi amalan dalam hidup rakyat Malaysia dan kesejahteraan pasti dirasai nikmatnya.

Pemimpin di semua peringkat hendaklah mengembalikan keutuhan Rukun Negara itu dengan lebih serius untuk semua lapisan rakyat dari peringkat murid tadika atau tabika, pelajar, pekerja, masyarakat niaga, pertubuhan, kaki tangan kerajaan dan semua peringkat pemimpin kecil, sederhana dan besar..

Rukun Negara adalah teras yang dicipta untuk kesejahteraan rakyat berkualiti. Kemudian diabaikan dan akhirnya ia dilihat apa yang berlaku hari ini, semakin ramai telah bagaikan hilang pedoman apabila menghadapi sesuatu krisis.

Kembalikanlah Rukun Negara menjadi panduan seluruh rakyat memahaminya hingga ia menjadi amalan kekal tertanam di jiwa dan hati rakyat kembali mulia dan bangga dengan persekitarannya setiap masa.
Oleh Zabidi Noor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: