Dr Halili…orang kecil yang lepas ‘bom besar’ terhadap Anwar


Oleh: ROSLI ISMAIL

Datuk Dr Halili Rahmat bukanlah satu nama besar kontek arus perdana politik nasional.

Dari satu segi mungkin betul seperti kata Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin kepada Agendadaily, “ tak apa…dia tak penting ” sebagai sebagai reaksi kepada pengumuman doktor pakar bedah saraf yang terkenal itu umum keluar PKR dan masuk UMNO pagi Isnin.

Namun kalau melihat dalam kontek keperibadian Dr Halili yang dikenali bukan jenis hanky panky dan anak tempatan Hulu Selangor ia ibarat melepas bom keatas PKR ketika hendak berdepan dengan pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu.

Juga jangan lupa Dr Halili ialah rakan karib dan doktor peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nama Dr Halili pernah menjadi sebutan ramai satu ketika dulu kerana membuat pembedahan keatas penyanyi Zaiton Sameon yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali,Hulu Selangor.

Beliau adalah Bendahari PKR bahagian Hulu Selangor dan pernah bertanding kerusi Parlimen kawasan itu pada pilihanraya umum tahun 1999 manakala 2004 pula bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Kali di situ.

Beliau tewas dalam dua cubaan itu.Namun menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor namanya disebut-sebut sebagai salah seorang yang mungkin dipilih sebagai calon.

Dr Halili hadir semasa majlis pengumuman Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Pusat Komuniti Serendah baru-baru ini.

Di majlis itu Anwar mengucapkan penghargaan kepada Dr Halili sambil memberitahu kepada hadirin beliau adalah rakan dan doktor peribadinya.

Dalam pada itu Dr Halili juga adalah adalah salah seorang pejuang asal reformasi di zaman Parti Keadilan Nasional dibentuk pada tahun 1999.

Maka nilai sendirilah bila orang yang sebegini rapat dengan Anwar berkata beliau ambil keputusan keluar parti untuk menyertai UMNO kerana parti itu hari ini sudah dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideloji berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang-orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya.

“Keputusan ini adalah kerana saya telah berpendapat bahawa PKR yang ada sekarang ini telah jauh terpesong daripada perjuangan Parti Keadilan Nasional yang saya terlibat secara langsung semasa mengasaskannya pada tahun 1999,” katanya dalam sidang akhbar yang didamping oleh bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Kata Dr Halili sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampong di Hulu Yam sukar baginya mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan tidak ada apa yang dilakukan untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor selama dua tahun dikuasai PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

“Saya tahu dan faham bahawa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini (Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad) uzur,tetapi yang menghairankan saya kepada PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk member khidmat kepada pengundi Hulu Selangor,”katanya.

Dalam pada itu,katanya beliau melihat kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam untuk membawa perubahan politik dan memperjuangkan nasib rakyat.

Dalam sidang akhbar itu Dr Halili menegaskan beliau tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Katanya antara sebab beliau keluar segera dari PKR ini kerana tidak mahu namanya digunakan sebagai modal kempen PKR.

Menjawab soalan Dr Halili menjelaskan beliau tidak akan turun ke Hulu Selangor semasa kempen pilihanraya ini kerana terpaksa bertolak ke Melbourne,Australia esok untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya.

Katanya pemergian ke sana sudah dirancang lama sebelum ini.

Namun terbaru difahamkan beliau telah bersetuju memenuhi permintaan ramai untuk hadiri juga pada satu ceramah di Hulu Selangor Isnin malam .-19/4/2010

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: