Dr Zambry…Menteri Besar Perak yang sah


Mahkamah Persekutuan umum keputusan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang sah.Ia diputuskan sebulat suara oleh penal lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif. Selain Alaudin empat lagi anggota penal hakim ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong. Ariffin yang membacakan keputusan berkata, tidak wujud dua Menteri Besar Perak ketika itu seperti yang didakwa Nizar kerana pelantikan Dr Zambry dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berpuashati dengan sokongan semua Adun BN dan tiga Adun Bebas. Menurutnya Nizar hilang jawatan Menteri Besar Perak sebaik saja dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang Adun DAP keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Sementara itu Dr Zambry yang sedang menghadiri tugas rasmi di Kuala Lumpur dalam reaksi segeranya menyuarakan rasa syukur atas keputusan berkenaan.Beliau berharap ia menjadi titik noktah keatas kemelut politik Perak. Katanya beliau akan terus berkerja untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.Nizar pula ketika ditemui wartawan anggap isu kedudukannya dan politik Perak belum selesai kecuali pilihanraya semula diadakan. Katanya pihaknya nak kaji beberapa pekara dalam keputusan itu sebelum menentukan nak mohon mahkamah buat semakan atau tidak. BERITA SEBELUM ITU – Suasana sudah ‘ panas’ menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan siapa Menteri Besar Perak yang sah…Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atau Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin. Polis telah mengadakan kawalan sekitar kawasan mahkamah di Putrajaya itu.Penyokong Dr Zambry yang berpakaian t-shirt warna kuning datang dengan lapan buah bas. Penyokong Nizar pula sehingga jam 9 pagi ini baru ada hampir 100 orang saja dan berpakaian biasa.Berdasarkan pemerhatian setakat ini penyokong Dr Zambry lebih dari Nizar. Sebelum ini Nizar memberitahu sebanyak 10 buah bas penyokongnya hendak turun ke mahkamah.Kira-kira 20 orang penyokong Nizar telah mengadakan solat hajat depan perkarangan mahkamah. Keadaan kecoh seketika bila Nizar sampai jam jam 9.15 pagi apabila penyokongnya cuba rempuh masuk sama ke dalam mahkamah. Sementara itu ada kalangan wartawan dan jurugambar sudah datang ke mahkamah sejak jam 7 pagi.Pihak mahkamah haya mengeluarkan 25 pas sahaja untuk mereka.Maka kebanyakannya kena tunggu di luar. Pada jam 9.50 pagi jumlah penyokong Nizar pula kelihatan lebih ramai dari penyokong Dr Zambry. Mahkamah mula bersidang jam 10.05 pagi dan hakim mula membacakan latar belakang kes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: