Soi Lek dipecat


Oleh Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Majlis Presiden MCA anggap skandal seks memalukan parti

KUALA LUMPUR: Pergolakan dalaman yang melanda MCA sejak pemilihan parti itu pada Oktober tahun lalu dijangka berterusan apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada parti kerana menjejaskan imej parti berhubung skandal seksnya pada 2007.

Keputusan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat selepas Majlis Presiden yang bermesyuarat di Wisma MCA di sini sehingga lewat malam tadi, bersetuju dengan syor jawatankuasa disiplin supaya Dr Chua dipecat.

Tee Keat berkata, Majlis Presiden mengambil keputusan menerima syor jawatankuasa disiplin untuk memecat Dr Chua berkuat kuasa serta-merta kerana membawa imej buruk kepada parti.

“Ia dibuat mengikut perkara 127a perlembagaan parti yang membenarkan beliau mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari. Ahli Majlis Presiden akan bersatu dan bertanggung jawab atas keputusan itu dan akan memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya.

Majlis Presiden membincangkan syor memecat Dr Chua berhubung pengedaran DVD yang menunjukkan beliau yang ketika itu Menteri Kesihatan, melakukan hubungan seks dengan perempuan simpanannya.

Terdahulu, Dr Chua dikehendaki meninggalkan mesyuarat Majlis Presiden kerana mahu membincangkan syor jawatankuasa disiplin itu.

Dr Chua sejurus keluar daripada mesyuarat itu memberitahu media beliau menerima laporan jawatankuasa itu pada jam 5.30 petang semalam yang memaklumkan syor memecatnya.

“Majlis Presiden bertindak umpama ‘cop getah’ untuk meluluskan syor jawatankuasa disiplin. Saya tidak terkejut dan berharap Ong akan tidur lena malam ini.

“Sebagai ahli yang setia kepada parti, saya menerimanya dengan hati terbuka dan menyerahkan kepada sejuta ahli MCA menentukan sama ada keputusan itu adil atau tidak,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: