UMNO-PAS, selamatkan Malaysia dari DAP


Thursday, 31 July 2008

ImagePERHUBUNGAN dan diskusi antara PAS dan UMNO yang hari ini sudah melangkah kepada perbincangan untuk membentuk kerajaan Negeri khususnya di Perak adalah satu langkah menyelamatkan Malaysia dari cauvinis Cina – DAP. Bukan sahaja DAP ini bertindak kurang ajar dalam menuntut hak Cina – mempersendakan kemampuan Islam dalam menjadi landasan pentadbiran tetapi DAP seperti Karpal Singh dengan terang menunjukkan sikap anti Islam dengan mencabar Pakatan Rakyat untuk memenggal PAS dari Pakatan Palsu itu.

Yang DAP kritik selalunya adalah Islam – mendesak PAS menolak perjuangan Islam dan menuntut banyak perubahan dalam memastikan Cina bukan sahaja terbela malah mahu membentuk kekuatan ketuanan mereka sendiri.

Kerajaan PAS Perak harus bersedia mengorbankan sedikit pegangan mereka di Perak untuk memastikan nasib orang Melayu terbela. PAS dan UMNO mampu mengembalikan kedudukan ketuanan Melayu yang semakin terhakis seperti di Pulau Pinang. Kita tidak mahu lagi Pulau Pinang, tempat elit Melayu menular ke Perak. Ini perlu kita bendung kerana bagi pendapat penulis DAP adalah seperti Singapura di dalam Malaysia yang mementingkan perjuangan bangsa dari negara.

DAP perlu dihalang agar parti itu tidak membentuk huru-hara perkauman yang lebih besar lagi. Kita tidak mahu perjuangan bangsa yang diutamakan oleh DAP menjadi punca Malaysia kucar-kacir lantas mengundang dunia antarabangsa untuk campur tangan.

Kita perlu sedar taktik nakal ini dan taktik nakal ini disambut oleh PKR melalui Penasihat UMUM nya yang jelas mempunyai kecenderungan melihat kepada Amerika. Ini sebenarnya yang perlu kita elakkan dan ini sebenarnya mungkin kenapa PAS hari ini memilih UMNO dan Barisan Nasional kerana perjuangan Pakatan Rakyat adalah perjuangan cauvinis Cina yang mempunyai cita-cita untuk memperkembangkan pengaruh mereka tanpa mempedulikan nasib orang Melayu.

PAS sedar dan PAS boleh membantu Melayu. Ini bukan soal politik biasa – ini soal survival Melayu. Melayu akan pupus dengan gerakan penipuan DAP yang kini disalurkan melalui PKR dan secara licik sudah mula berkembang.

Perak diberitakan ditekan oleh DAP yang kini menunjukkan bahawa walaupun Menteri Besar adalah PAS tetapi soal lain DAP mahu “menentukan terma” dalam Perak.

Malaysia perlukan sistem yang mampu memberi keharmonian dalam masa yang sama memegang ketuanan dan keistimewaan orang Melayu yang sudah banyak berkorban untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada bangsa lain. Ini sekarang di tolak oleh mereka yang cauvinis Cina. Kemunduran Melayu pasti akan membawa kepada terbantutnya perkembangan Islam dan ini semestinya perlu kita elakkan. PAS sedar kedudukan ini dan PAS harus tidak melengah-lengahkan keadaan ini lantas membuat orang Melayu terpinggir di bumi sendiri.

Kita bukan bercakap kosong. Kita lihat perbuatan DAP khususnya dalam perjuangan Murtad dan sebagainya. Kita lihat bagaimana mereka menuntut Suruhan Jaya Antara Agama dan kita lihat penentangan mereka kepada Islam khususnya pentadbiran dan undang-undang Islam.

Perlu kita tegaskan UMNO dan Barisan Nasional adalah langkah pilihan yang terbaik dalam menangani tuntutan melampau DAP. DAP dengan kekuatannya sokongan Cina kita menjadi faktor utama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Mereka juga kini membuat desakan dengan Kerajaan Negeri Perak sehingga tersembur keluar adanya perjanjian sebelum Menteri Besar Perak dari PAS mengangkat sumpah.

Kita lihat keterlanjuran Lim Kit Siang membidas raja-raja Melayu dan walaupun telah memohon maaf tetapi kita faham hasrat dan igauan mereka.

PAS dengan berbincang dengan UMNO perlu meletakkan satu iltizam – menolak parti cauvinis Cina, DAP dari terus memainkan isu-isu perjuangan bangsa untuk melupuskan sejarah sebenar. Kita nampak tindakan mereka menukar sejarah 13 Mei 1969 dan hari ini menukar lagi sejarah mengenai Kontrak Sosial seolah-olah mereka hadir di Malaysia sebelum orang Melayu bertapak di sini.

PAS dan UMNO perlu berkorban untuk tujuan yang sama. MCA dan Gerakan faham keperluan menjaga kemakmuran dan faham perkongsian kuasa dan pembelaan Melayu oleh UMNO yang tidak mendiskriminasikan bangsa lain. Ini perlu dan PAS – UMNO perlu buat sesuatu demi Melayu dan demi Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: