Krisis kepimpinan Pakatan Rakyat?


ImagePERSOALANNYA bukan sahaja melibatkan perjuangan Islam dan Melayu tetapi persoalannya ialah kehilangan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat mengelapkan isu Melayu dan mengetepikan perjuangan Islam demi untuk memenuhi nafsu berkuasa Anwar Ibrahim. Inilah yang memungkinkan PAS menoleh kepada UMNO sebagai satu wadah konsisten Melayu dan Islam.

Persoalan mengenai keikhlasan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah satu keremehan kerana pokok utamanya bukan keikhlasan PAS tetapi keikhlasan PKR dan DAP mengenai agenda perjuangan mereka.

Pakatan Rakyat adalah gabungan fizikal dan bukan idealisme dan perhubungan mereka terbatas untuk pilihan raya sahaja. Ini bukan satu perjuangan menyeluruh tetapi hanya perjuangan sementara sahaja. PAS konsisten dengan perjuangan mereka dan mereka mengutamakan Islam dan Melayu. Merujuk dari sini sahaja maka perjumpaan dan kolaborasi pakatan dengan UMNO adalah wajar.

Hari ini PAS bukan sahaja diajak berbincang dengan UMNO tetapi timbul juga tawaran kongsi kuasa dengan UMNO di negeri-negeri seperti Perak dan Selangor. Sekiranya ini berlaku PAS ditawarkan menjadi Menteri Besar di kedua-dua negeri tersebut. Pahang juga menawarkan kolaborasi dengan PAS dan sedia memberi tempat di Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya.

Ini sepatutnya dilihat sebagai satu keterbukaan UMNO. Ini patut dilihat sebagai satu usaha atas kesedaran bahawa Islam dan Melayu perlu mengambil tempat semula sebagai dominan kuasa politik. Dengan penyatuan dan kolaborasi ini maka martabat Melayu dapat dipulihkan semula dalam memastikan agenda PAS dan UMNO terlaksana.

Adakah ini mampu di capai? Adakah idealisme perjuangan kedua-dua parti terbesar Melayu itu dapat disatukan. Bagi PAS – Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak kedua-dua parti Melayu itu dibubarkan dan menubuhkan parti baru yang mengandungi kedua-dua idealisme parti tersebut. Adakah mungkin ini akan terjadi? Kenapa tidak.

Kalau kedua-dua kepimpinan parti itu percaya – ikhlas dan hanya memikirkan Melayu – ia boleh berlaku. Namun sekiranya ada agenda peribadi antara kedua-dua parti, maka penggabungan tidak mungkin akan berlaku.

Perbincangan dialog antara PAS dan UMNO masih diteruskan. Percubaan untuk mengadakan kefahaman antara kedua-dua gergasi parti Islam/Melayu sedang berlaku. Apa yang dibincangkan masih belum boleh kita kenal pasti. Intipati perbincangan juga tidak kita tahu cuma dikatakan sekitar kepentingan Melayu dan Islam. Adakah mungkin usaha ini akan berterusan atau hanya akan seperti hujan di tengah hari.

Andaian dalam perbincangan UMNO-PAS semakin banyak berterbangan. Pakatan Rakyat masih keliru – Barisan Nasional juga turut keliru. Suara jelas DAP timbul dalam memberi pandangan terhadap perhubungan sulit UMNO-PAS namun Barisan Nasional mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sehingga kini masih belum ada ketetapan dalam perbincangan – belum ada resolusi dan belum ada landasan kukuh di bentuk. Apa yang ada hari ini adalah usaha mengurat antara kedua kepimpinan parti Melayu terbesar. Bercintakah UMNO-PAS atau akhirnya kedua-dua akan menjadi parti pembangkang di negara ini andai percaturan politik Anwar Ibrahim berjaya berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: