50 bincang isu rundingan PAS-Umno


Jul 31, 08 12:12pm
Hampir 50 pemimpin atasan PAS bertemu hari ini bagi membincangkan dialog parti itu dengan Umno yang kini menjadi isu hangat sejak beberapa minggu – perbincangan khas pertama seumpama itu sejak pengakuan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu – jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama – dijangka memakan masa beberapa jam.

umno and pas negotiate 031207Pertemuan yang bermula jam 10 pagi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur dijangka panas susulan beberapa cadangan kontroversi daripada mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan dan Umno menerima pelaksanaan hudud jika mahu teruskan dialog.

Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, semalam berkata tawaran Umno untuk membentuk kerajaan campuran di Perak akan turut dibincangkan hari ini.

Ia juga dijangka membangkitkan gesaan ketua penerangan PAS Mahfuz Omar, dalam surat permohonan maafnya awal minggu ini, agar pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam rundingan sulit dengan Umno berterus-terang dan tidak memberikan maklumat mengelirukan.

Isu perkongsian kuasa dua parti itu seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan turut berbangkit.

Kehangatan perbincangan isu ini mendorong kira-kira 50 wartawan dan jurugambar berkumpul di lobi bangunan di Jalan Raja Laut, bersedia untuk menunggu keputusan terbaru PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: