Buka UiTM kepada bukan Bumiputera usaha khianat


Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail

nazuri@bharian.com.my


BANTAH: Luqmann (kiri) menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil pejabat Menteri Besar, Hasril Abu Hassan, semalam.

Naib Canselor dedah Pakatan Rakyat sudah siapkan usul

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah mendedahkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sudah menyiapkan usul yang mencadangkan supaya universiti itu dibuka kepada bukan Bumiputera.

Katanya, beliau mendapat maklumat perbincangan di peringkat tertentu telah diadakan dalam Pakatan Rakyat dan usul itu kemudian akan dibawa ke peringkat tinggi untuk dibincangkan.

Ibrahim berkata, beliau mulanya menjangkakan maklumat diperoleh itu sekadar khabar angin kerana yakin tidak mungkin pemimpin Melayu sanggup untuk membuat cadangan seperti itu.

“Beberapa hari lalu saya ditanya media mengenai perkara ini tetapi saya tidak mahu komen kerana saya anggap ini hanyalah khabar angin. Saya tidak percaya orang Melayu sendiri mahu membunuh orang Melayu.

“Tetapi selepas membaca kenyataan semalam (Isnin) baru saya percaya dengan maklumat yang saya dengar iaitu mereka (Pakatan Rakyat) telah pun berbincang perkara ini untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjawab laporan mengenai usaha pihak tertentu mengadakan perbincangan dengan universiti awam terbesar itu supaya dibuka kepada bukan Bumiputera.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya cadangan itu pada Ahad lalu, pula mencadangkan 10 peratus kuota pelajar UiTM diperuntukan kepada bukan Bumiputera dan antarabangsa.

Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh menghalang UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini tetapi perkara itu mungkin sukar dilaksanakan kerana UiTM di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku Canselor.

Katanya, beliau kesal kerana Abdul Khalid menyokong cadangan itu sedangkan kaum lain sudah dapat menerima hakikat UiTM adalah universiti khas untuk membantu Bumiputera.

“Saya sifatkan orang yang buat cadangan ini seperti kerbau ditindik hidung. Saya tidak salahkan orang yang mendesak kerana dia berjuang untuk kaumnya.

“Ini perbuatan pengkhianat bangsa dan jangan menghina bangsa sendiri. Fikir dulu sebelum cakap,” katanya yang tidak menolak cadangan itu dibuat kerana desakan pihak ketiga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: