Bangunlah bangsa ku, kita bukan bangsa yang mengadai maruah


Bagi orang-orang Melayu di Perak dan Selangor, bangunlah dan bangkit dari lamunan, jangan menang sorak kampung tergadai. Jangan menang untuk jadi kuda tunggangan DAP dan menangkanlah rakyat bukan menangkan Anwar Ibrahim. Apa yang Melayu Selangor dan Perak perolehi semenjak PRU13 yang lalu di Perak dan Selangor, semakin hari semakin banyak hak kita yang kita gadaikan.

Jangan sampai anak cucu kita merempat di bumi sendiri kerana mahu menangkan Anwar Ibrahim. Lihat kembali pada sejarah kita, kita punya Felda, DEB ketika zaman Tun Razak, itu hak keistimewaan kita tuan tanah, Tanah Melayu. 999 tahun kita gadaikan pajakan kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di Perak, sedangkan ramai orang Melayu yang tidak punya tanah lagi.

Mereka boleh tinggal di tanah mereka tetapi bukan memberikan pajak sehingga 999 tahun. Sedangkan kita hidup juga tidak sampai 100 tahun. Boneka remote kontrol Perak menentukan nasib lebih dari 13 generasi kita di Perak. Boneka remote kontrol Perak menentukan keputusan untuk lebih 13 generasi kita yang sudah tentu kehilangan Tanah Melayu. Hanya mahukan undi mereka, kita gadaikan hak kita sebagai Bumiputera dan keistimewaan Melayu. Taraf Bumiputera tidak bererti lagi.

Petikan dari Agenda Daily tulisan BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ Bekas Adun dan bekas wartawan Utusan Melayu.

Tajuk : Nasib baik orang Melayu masih ada raja.

Pada minggu lalu Raja Muda Perak, Raja Datuk Dr. Nazrin Shah menyatakan bahawa Raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap telah mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Titah Raja Narin, penempatan semula di bawah Rancangan Briggs itu yang memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Raja-raja Melayu kerana orang Melayu sendiri masih banyak yang tidak bertanah.

Pendedahan Raja Nazrin itu telah mengundang pelbagai rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak organisasi dan individu Melayu masa kini kerana sejarah yang lebih hitam kini kembali berlaku gara-gara kerajaan negeri Perak di bawah ‘pimpinan’ Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik pajakan 999 tahun kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Para pemimpin organisasi bukan kerajaan untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu mahukan Mohamad Nizar bewrtanggungjawab terhadap pendedahan dan teguran Raja Nazrin itu.

Malah ada juga suara yang mahukan Nizar segera meletakkan jawatan dan insaf akan tindakannya yang amat menyayat perasaan orang Melayu Perak khususnya dan Melayu lain amnya.

Walaupun sering dikatakan bahawa sejarah ibarat pusingan roda yang membawa maksud sesuatu peristiwa itu akan berulang, para pemimpin Cina negara kita nampaknya mahu menidakkan perkara itu. Lantaran itulah, MCA dan Gerakan meminta semua pihak berhenti mengungkit soal sejarah kerana ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum.

Apabila Raja Muda Perak menyebut kembali pendirian Raja-raja Melayu menzahirkan teguran berkenaan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu pada 24 Mei 1950, tentulah Baginda tidak bermaksud untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Persoalannya, jika mengungkit-ungkit sejarah boleh menjadi punca ketegangan kaum, tidakkah pula mengambil tanah Melayu lebih awal mengundang ketegangan?

Apabila mereka mengingatkan semua pihak agar tidak mengungkit kembali fakta sejarah, adakah mereka juga bermaksud untuk meminta Raja Nazrin atau mana-mana Raja Melayu agar ‘tutup mulut’?

Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai yang meminta tindakan mengungkit itu amat penting dihentikan pada saat-saat negara menghadapi krisis ekonomi dan semua pihak hendaklah berfikiran terbuka serta berganding bahu mengukuhkan hubungfan muhibah.

Setiausaha Agung MCA, Senator Wong Foon Meng pula memberitahu setiap anggota masyarakat di negara ini telah memainkan peranan masing=masing membangun dan memajukan negara.

Oleh itu, katanya, sumbangan mereka tidak harus dipertikaikan, sebaliknya harus diiktiraf.

Benar sangatlah kata kedua-dua tokoh politik berkenaan. Cuma, kita tertanya-tanya adakah mereka benar-benar mmemahmi erti pengiktirafan yang diperkatakan itu.

Jika usaha mereka membangun dan memajukan tanah Melayu harus diberi iktiraf, pernahkah pula agaknya mereka memikirkan apakah iktiraf yang harus diberikan kepada orang Melayu yang bukan sahaja menjadi penduduk asal negara ini yang dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu, juga mempertahan dan memertabatkan negara ini.

Dengan usaha dan titik peluh dan adakalanya titisan air mata serta darah inilah menjadikan Malaya dan kemudiannya Malaysia sebqgqi tarikan untuk orang asing khususnya dari China dan India mencari rezeki di sini.

Sudahlah rezeki iaitu bidang ekonomi mereka ‘pulun’, tanah orang Melayu juga hendak disapu bersih.

Secara pentadbirannya, mereka tidak kelihatan menyapu bersih tanah milik Melayu kerana kelulusan pajakan dari 99 tahun yang menjadi tradisi di seluruh negara dipanjangkan kepada kira-kira 12 generasi iaitu 999 tahun diputuskan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Benarlah seperti yang ditegaskan oleh Pemuda Pas negeri Perak bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Ir. Mohamad Nizar, tetapi oleh EXCO, jadi Menteri Besar harus dipertahankan dan tidak perlu meletak jawatan walaupun desakan datang secara bertalu-talu kerana gagal memertahankan hak orang Melayu, sebaliknya memberi keistimewaan kepada pemastautin di kampung-kampung baru.

Barangkali, Pemuda Pas Perak serta sesiapa sahaja yang mempertahankan Nizar Jamaluddin tidak faham apa yang didesak. Nizar selaku ketua kepada kerajaann negeri Perak didesak kerana harus bertanggungjawab terhadap keputusan Exco itu,

Orang ramai juga setuju bahawa langkah memberi pajakan 999 tahun itu bukanlah keputusan Nizar, tetapi apa yang amat mendukacitakan ialah kegagalan beliau ‘mengawal’ atau memimpin para ahli EXCOnya hingga mengakibatkan ada orang yang berputih mata sedang yang lain pula bertepuk tangan.

Gejala yang berlaku di negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu (kerana perlembagaan negeri menyatakan sedemikian), EXCOnya bercampur-campur dan mempunyai ‘kuasa untuk tawar-menawar’. Jika tawar-menawar tidak menjadi kenyataan, kaedah lain boleh digunakan.

Salah satu daripadanya untuk menarik diri dan keluar dari pakatan berkenaan. Taktik inilah yang agak digeruni dan mereka, iaitu para Menteri besar tiada mempunyai pilihan kecuali akur kepada desakan atau kata dua.

Nampaknya, kini orang bukan Melayu bukan sahaja telah ‘menguasai; orang Melayu, tetapi mereka sudah semakin berani dengan mengeluarkan kenyataan yang turut melibatkan raja-raja Melayu dengan memberi ingatan jangan mengungkit sejarah lama.

UMNO punah jika ada rombakan besar-besaran ? Mufakat penawar sebenar


Kempen pemilihan UMNO telah bermula dan jika kita lihat di dada media cetak dan media eletronik ramai pemimpin yang muncul kehadapan untuk menjadi hero UMNO dan ada yang berani menjadi begitu lantang mengkritik UMNO itu dan mahu membuktikan kepada perwakilan UMNO bahawa mereka boleh merubah UMNO jika mereka dipilih. Mereka ini lah yang hebat dan mereka inilah yang outstanding dan hanya merekalah pemimpin yang jujur dan ikhlas memperjuangkan UMNO. Mereka sanggup mentakan bahawa pemimpin yang ada di dalam UMNO sekarang tidak baik dan perlu di tukar dan pemimpin ini semua rasuah dan yang bersih cekap dan amanah adalah mereka. Hebat betul pemimpin yang masuk bakul dan angkat sendiri ini. UMNO tidak perlu dirombak secara besar-besaran, UMNO hanya perlu memuhasabahkan parti ini dari nanah dalaman yang bercita-cita tinggi dan enggan meneyelesaikan isu-isu kepimpinanan UMNO yang tidak pernah selesai dan tidak pernah punyai reda kerana sikap pemimpin UMNO yang enggan berkompromi. Masalah besar UMNO sekarang adalah masalah dua kelompok kepimpinan UMNO yang sedang menyandang jawatan dan yang mahu merebutkan jawatan. Yang menyandang jawatan mahu mengekalkan jawatan kerana menganggap mereka mampu untuk meneruskan kepimpinan dan yang cuba merebut jawatan cuba melakukan berbagai cara untuk menyingkir yang sedang menyandang jawatan. Adakala perlakuan yang mahu menyingkirkan mereka yang sedang menyandang jawatan menjadi lebih jelik dari pembangkang sehingga sanggup melakukan apa saja kerana mereka merasakan merekalah yang paling baik dalam UMNO. Ini berlaku kerana berlakunya tsunami politik dimana kita telah tewas di beberapa negeri yang tidak kita jangkakan. Akibat dari kekalahan ini, pemimpin yang tidak menjawat jawatan yang tertinggi sudah mula menyalahkan pemimpin yang ada kerana merasakan mereka lebih layak untuk memikul tanggungjawab berkenaan. Naumn mereka ini lupa bahawa mereka juga adalah penyumbang kepada kekalahan UMNO dan yang paling teruk ada diantara mereka ini sekarang mahu melihat luka UMNO menjadi bertambah parah supaya dapat mereka menyalahkan lagi kepimpinan yang sedia ada. UMNO kalah bukan kerana sebahagian dari kepimpinan kita yang sedia ada, UMNO kalah kerana sifat semua kepimpinan yang tidak bertanggungjawab dan yang paling teruk sekali adalah sikap pemimpin yang gila kuasa dan merasakan diri merekalah yang layak memimpin UMNO. Jika mereka ini boleh menentang dan menikam kepimpian UMNO yag sedia ada bagi menempatkan diri mereka di jawatan yang mereka mahukan dan mereka sanggup mengusir kepimpinan yang ada sekarang kerana mahukan kerusi yang akan dikosongkan. Mereka inilah yang patut kita tentang kerana menjadi duri dalam daging yang sentiasa berada menyakitkan UMNO. Duri ini jika berada lama dalam danging, akan menjadi nanah. Jika duri ini terus menguasai UMNO maka kita akan mendapat pemimpin nanah di dalam UMNO. Tidak semua pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang tidak baik, jika semuanya tidak baik, kita tidak mungkin dapat mempertahankan kerajaan sekarang. Kalah dan menang dalam pilihan raya adalah adat demokrasi, jika semua di antara kita menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan melihat kembali di mana kesilapan kita dan sama-sama memperbaiki kelemahan kita, mungkin kekalahan ini akan menjadi hikmah. Pembangkang selalu tewas dan adakala tewas teruk dalam setiap pilihan raya, mereka tidak mengambil jalan mudah menyingkirkan pemimpin mereka malahan mereka sama-sama berganding dengan pemimpin mereka untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menyelesaikan krisis dalaman mereka sepantas yang boleh. Sikap dan budaya menghormati pemimpin dalam pembangkang amat menebal sekali kerana mereka tidak pernah bercita-cita untuk merebut kerusi tertinggi dalam parti mereka. Sikap rendah diri mereka membuat mereka merasakan bahawa mereka tidak layak untuk menggantikan kepimpinan tertinggi yang ada. Kita tidak pernah dengar ada pemimpin PAS yang mahu merebut kerusi Hj Hadi mahupun Nik Aziz. Kita juga tidak pernah dengar ada pemimpin DAP yang mahukan kerusi Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng, cuma kita pernah dengar ada yang bercita-cita mahukan kerusi Wan Azizah kerana mereka dalam PKR pernah berbudayakan UMNO. Yang lebih teruk, ada yang kita ketahui prestasi mereka tidak sampai ke tahap yang layak memimpin juga berani untuk mencabar kepimpina yang ada dan ramai yang tidak menyuluh diri sendiri dan tidak mahu melihat ke cermin akan kebolehan diri untuk menjadi pemimpin masih mahu menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO. Ada juga yang mencari jalan yang singkat untuk terus naik dan tidak mahu menghormati haraki organasasi sayap-sayap tertentu, mereka memotong Q tanpa ada perasaan malu dan hormat kepada yang sudah lama menunggu untuk naik, ada yang mahu menafikan hak mereka yang sepatutnya dan mahu merebut hak yang sepatutnya diterima oleh orang lain. Inilah sifat tamak dan haloba , keegoan dan tinggi diri yang menajdi nanah dalam UMNO sekarang. Ini sebenarnya hak ahli UMNO untuk membersihkan segala yang berbau longkang di dalam UMNO sekarang. Tertarik dengan keyatan Mukhriz di akhbar utusan hari ini, bagi penulis ini hanyalah keyataan kosong yang ritorik dilakukan oleh Mukhriz dalam siri kempen sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan tidak lebih dari itu. UMNO perlu dirombak secara besar-besaran, perkataan romabak berbunyi amat besar sekali, rombakan yang bagaimana ? yang meyeluruh siapa yang perlu disingkir dan siapa yang perlu naik menggantikan yang disingkir? Apakah Mukhriz pasti beliau adalah sebahagian dari mereka yang perlu mengantikan kepimpinan yang ada. Apakah Mukhriz merasakan beliau sememangnya bersih cekap dan amanah. Apakah kumpulan pendesak (kita tahu siapa) perlu mengantikan semua pemimpin yang ada sekarang ? Apakah semua pemimpin dalam UMNO Mukhriz katakan rasuah dan tidak layak memimpin lagi ? Seharusnya Mukhriz spesifik dalam keyataan beliau. Keyataan beliau membuat UMNO kelihatan buruk, sepertimana ayahnya yang sentiasa memburukkan UMNO sekarang kerana dendam kesumat kepada Perdana Menteri. UMNO bertambah parah kerana kumpulan Mukhriz tidak langsung mahu kompromi dengan kepimpinan yang sedia ada, langsung tidak mahu memberikan peluang dan membuka meja perbincanagan dengan kepimpinan yang masih ada. Fokus mereka jelas, kami mahukan semua jawatan ini untuk kumpulan kami, kepimpinan sekarang perlu disingkir. Adalah menjadi satu kerugian apabila ayahnya tidak menyokong dua pilihan raya kecil baru- baru ini dan kumpulan mereka juga mengharapkan kekalahan UMNO untuk menekan kepimpinan yang ada bagi membuktikan kepada perwakilan bahawa kepimpinan yang ada sekarang gagal dan perlu disingkir. Cara yang mereka lakukan ini tidak sihat dan menambahkan maslaah dalam UMNO. Apakah jika kumpulan mereka diberikan peluang untuk memimpin UMNO, maka UMNO akan popular kembali. Apakah mereka ini sebenarnya ada penawar untuk menyelamatkan UMNO,jika mereka ada penawar untuk UMNO, mengapa tunggu setelah menjawat jawatan baru mahu diberikan oenawar kepada UMNO ataupun mereka sendiri tidak tahu apakah penawar untuk UMNO. Mungkin mereka lupa merekalah yang menjadi racun membunuh UMNO perlahan-lahan ketika ini. Jelas dan terang, kita tanya kepada Mukhriz apa yang beliau mahukan sekarang ? Apa yang kumpulan mereka mahukan sekarang? jika tidak kuasa……. Bermufakat adalah jalan sebenarnya untuk menyelamatkan UMNO bukan rombakan, pepatah melayu ada berkata, bersatu kita teguh bercerai kita roboh, rombakan akan berlaku penceraian yang besar, rombakan akan mengoyahkan struktur UMNO kerana segala tiang seri dan segala kekuatan UMNO di rombakan kembali dan digantikan dengan baru dan kita tidak pasti lagi akan kekuatan tiang seri yang baru. Mungkin lebih rapuh dari yang ada sekarang, mufakat adalah formula sebenar yang akan menyatukan UMNO untuk menjadi lebih kukuh.

Oleh: Tepak Bersulam http://www.tepakbersulam.com

PENAPIS AIR CUKCOO

CUCKOO - PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI RINGAN

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.