UMNO punah jika ada rombakan besar-besaran ? Mufakat penawar sebenar


Kempen pemilihan UMNO telah bermula dan jika kita lihat di dada media cetak dan media eletronik ramai pemimpin yang muncul kehadapan untuk menjadi hero UMNO dan ada yang berani menjadi begitu lantang mengkritik UMNO itu dan mahu membuktikan kepada perwakilan UMNO bahawa mereka boleh merubah UMNO jika mereka dipilih. Mereka ini lah yang hebat dan mereka inilah yang outstanding dan hanya merekalah pemimpin yang jujur dan ikhlas memperjuangkan UMNO. Mereka sanggup mentakan bahawa pemimpin yang ada di dalam UMNO sekarang tidak baik dan perlu di tukar dan pemimpin ini semua rasuah dan yang bersih cekap dan amanah adalah mereka. Hebat betul pemimpin yang masuk bakul dan angkat sendiri ini. UMNO tidak perlu dirombak secara besar-besaran, UMNO hanya perlu memuhasabahkan parti ini dari nanah dalaman yang bercita-cita tinggi dan enggan meneyelesaikan isu-isu kepimpinanan UMNO yang tidak pernah selesai dan tidak pernah punyai reda kerana sikap pemimpin UMNO yang enggan berkompromi. Masalah besar UMNO sekarang adalah masalah dua kelompok kepimpinan UMNO yang sedang menyandang jawatan dan yang mahu merebutkan jawatan. Yang menyandang jawatan mahu mengekalkan jawatan kerana menganggap mereka mampu untuk meneruskan kepimpinan dan yang cuba merebut jawatan cuba melakukan berbagai cara untuk menyingkir yang sedang menyandang jawatan. Adakala perlakuan yang mahu menyingkirkan mereka yang sedang menyandang jawatan menjadi lebih jelik dari pembangkang sehingga sanggup melakukan apa saja kerana mereka merasakan merekalah yang paling baik dalam UMNO. Ini berlaku kerana berlakunya tsunami politik dimana kita telah tewas di beberapa negeri yang tidak kita jangkakan. Akibat dari kekalahan ini, pemimpin yang tidak menjawat jawatan yang tertinggi sudah mula menyalahkan pemimpin yang ada kerana merasakan mereka lebih layak untuk memikul tanggungjawab berkenaan. Naumn mereka ini lupa bahawa mereka juga adalah penyumbang kepada kekalahan UMNO dan yang paling teruk ada diantara mereka ini sekarang mahu melihat luka UMNO menjadi bertambah parah supaya dapat mereka menyalahkan lagi kepimpinan yang sedia ada. UMNO kalah bukan kerana sebahagian dari kepimpinan kita yang sedia ada, UMNO kalah kerana sifat semua kepimpinan yang tidak bertanggungjawab dan yang paling teruk sekali adalah sikap pemimpin yang gila kuasa dan merasakan diri merekalah yang layak memimpin UMNO. Jika mereka ini boleh menentang dan menikam kepimpian UMNO yag sedia ada bagi menempatkan diri mereka di jawatan yang mereka mahukan dan mereka sanggup mengusir kepimpinan yang ada sekarang kerana mahukan kerusi yang akan dikosongkan. Mereka inilah yang patut kita tentang kerana menjadi duri dalam daging yang sentiasa berada menyakitkan UMNO. Duri ini jika berada lama dalam danging, akan menjadi nanah. Jika duri ini terus menguasai UMNO maka kita akan mendapat pemimpin nanah di dalam UMNO. Tidak semua pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang tidak baik, jika semuanya tidak baik, kita tidak mungkin dapat mempertahankan kerajaan sekarang. Kalah dan menang dalam pilihan raya adalah adat demokrasi, jika semua di antara kita menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan melihat kembali di mana kesilapan kita dan sama-sama memperbaiki kelemahan kita, mungkin kekalahan ini akan menjadi hikmah. Pembangkang selalu tewas dan adakala tewas teruk dalam setiap pilihan raya, mereka tidak mengambil jalan mudah menyingkirkan pemimpin mereka malahan mereka sama-sama berganding dengan pemimpin mereka untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menyelesaikan krisis dalaman mereka sepantas yang boleh. Sikap dan budaya menghormati pemimpin dalam pembangkang amat menebal sekali kerana mereka tidak pernah bercita-cita untuk merebut kerusi tertinggi dalam parti mereka. Sikap rendah diri mereka membuat mereka merasakan bahawa mereka tidak layak untuk menggantikan kepimpinan tertinggi yang ada. Kita tidak pernah dengar ada pemimpin PAS yang mahu merebut kerusi Hj Hadi mahupun Nik Aziz. Kita juga tidak pernah dengar ada pemimpin DAP yang mahukan kerusi Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng, cuma kita pernah dengar ada yang bercita-cita mahukan kerusi Wan Azizah kerana mereka dalam PKR pernah berbudayakan UMNO. Yang lebih teruk, ada yang kita ketahui prestasi mereka tidak sampai ke tahap yang layak memimpin juga berani untuk mencabar kepimpina yang ada dan ramai yang tidak menyuluh diri sendiri dan tidak mahu melihat ke cermin akan kebolehan diri untuk menjadi pemimpin masih mahu menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO. Ada juga yang mencari jalan yang singkat untuk terus naik dan tidak mahu menghormati haraki organasasi sayap-sayap tertentu, mereka memotong Q tanpa ada perasaan malu dan hormat kepada yang sudah lama menunggu untuk naik, ada yang mahu menafikan hak mereka yang sepatutnya dan mahu merebut hak yang sepatutnya diterima oleh orang lain. Inilah sifat tamak dan haloba , keegoan dan tinggi diri yang menajdi nanah dalam UMNO sekarang. Ini sebenarnya hak ahli UMNO untuk membersihkan segala yang berbau longkang di dalam UMNO sekarang. Tertarik dengan keyatan Mukhriz di akhbar utusan hari ini, bagi penulis ini hanyalah keyataan kosong yang ritorik dilakukan oleh Mukhriz dalam siri kempen sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan tidak lebih dari itu. UMNO perlu dirombak secara besar-besaran, perkataan romabak berbunyi amat besar sekali, rombakan yang bagaimana ? yang meyeluruh siapa yang perlu disingkir dan siapa yang perlu naik menggantikan yang disingkir? Apakah Mukhriz pasti beliau adalah sebahagian dari mereka yang perlu mengantikan kepimpinan yang ada. Apakah Mukhriz merasakan beliau sememangnya bersih cekap dan amanah. Apakah kumpulan pendesak (kita tahu siapa) perlu mengantikan semua pemimpin yang ada sekarang ? Apakah semua pemimpin dalam UMNO Mukhriz katakan rasuah dan tidak layak memimpin lagi ? Seharusnya Mukhriz spesifik dalam keyataan beliau. Keyataan beliau membuat UMNO kelihatan buruk, sepertimana ayahnya yang sentiasa memburukkan UMNO sekarang kerana dendam kesumat kepada Perdana Menteri. UMNO bertambah parah kerana kumpulan Mukhriz tidak langsung mahu kompromi dengan kepimpinan yang sedia ada, langsung tidak mahu memberikan peluang dan membuka meja perbincanagan dengan kepimpinan yang masih ada. Fokus mereka jelas, kami mahukan semua jawatan ini untuk kumpulan kami, kepimpinan sekarang perlu disingkir. Adalah menjadi satu kerugian apabila ayahnya tidak menyokong dua pilihan raya kecil baru- baru ini dan kumpulan mereka juga mengharapkan kekalahan UMNO untuk menekan kepimpinan yang ada bagi membuktikan kepada perwakilan bahawa kepimpinan yang ada sekarang gagal dan perlu disingkir. Cara yang mereka lakukan ini tidak sihat dan menambahkan maslaah dalam UMNO. Apakah jika kumpulan mereka diberikan peluang untuk memimpin UMNO, maka UMNO akan popular kembali. Apakah mereka ini sebenarnya ada penawar untuk menyelamatkan UMNO,jika mereka ada penawar untuk UMNO, mengapa tunggu setelah menjawat jawatan baru mahu diberikan oenawar kepada UMNO ataupun mereka sendiri tidak tahu apakah penawar untuk UMNO. Mungkin mereka lupa merekalah yang menjadi racun membunuh UMNO perlahan-lahan ketika ini. Jelas dan terang, kita tanya kepada Mukhriz apa yang beliau mahukan sekarang ? Apa yang kumpulan mereka mahukan sekarang? jika tidak kuasa……. Bermufakat adalah jalan sebenarnya untuk menyelamatkan UMNO bukan rombakan, pepatah melayu ada berkata, bersatu kita teguh bercerai kita roboh, rombakan akan berlaku penceraian yang besar, rombakan akan mengoyahkan struktur UMNO kerana segala tiang seri dan segala kekuatan UMNO di rombakan kembali dan digantikan dengan baru dan kita tidak pasti lagi akan kekuatan tiang seri yang baru. Mungkin lebih rapuh dari yang ada sekarang, mufakat adalah formula sebenar yang akan menyatukan UMNO untuk menjadi lebih kukuh.

Oleh: Tepak Bersulam http://www.tepakbersulam.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: