P36 – Melayu perlu sedar


ImageMelayu perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang tidak akan menguntungkan Melayu itu sendiri. Kita perlu sedar Pakatan Rakyat dalam majoriti pengundi Melayu akan memanipulasikan isu untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan dalam keadaan bangsa lain jadi penentu – maka bangsa itu akan di beri keutamaan dengan alasan konon-kononnya BN tidak mempedulikan nasib mereka dan UMNO adalah parti rasis yang pro Melayu. Lumrah mereka lidah bercabang – dalam isu hudud, PAS juga terpaksa berkompromi dengan DAP tetapi konon berwajah Islam. Adakah ini bukan satu penipuan.

 

Melayu hanya ada satu pilihan parti yang tidak akan memanipulasi keadaan untuk kepentingan politik. UMNO adalah parti yang tinggal dalam merealisasikan perjuangan Melayu yang sebenarnya. Kedudukan ini harus di fahami oleh orang Melayu dan mereka tidak sepatutnya termakan helah pembangkang yang kononnya mahu menjadi pembela Melayu hanya dalam senario politik setempat. Di tempat lain mereka akan berubah – ubah. Mereka mampu menajdi pejuang Cina di kawasan Cina, menjadi pejuang India bila berdepan dengan India dan menjadi pejuang Melayu bila majoriti kawasan setempat adalah Melayu. Bukankah ini satu pembohongan dan sikap hipokrasi yang ada semata-mata untuk melunaskan agenda politik Anwar Ibrahim. Kita perlu yakin dengan UMNO kerana sehingga kini hanya UMNO yang merencanakan pembangunan Melayu tanpa meninggalkan atau mendiskriminasikan kehadiran kaum lain.

PRU kecil P36 Terengganu harus memartabatkan Melayu dalam UMNO. Andai tidak Melayu itu akan termakan sogokan pembangkang kononnya mereka adalah pembela Melayu sedangkan perbuatan mereka nampak mengetepikan Melayu itu sendiri dalam politik. Parti komponen lain sedang memerhati – mungkin memikirkan semula gabungan yang ada.

 

PRU Kecil P36 mempamerkan senario yang mana lebih 80% adalah pengundi Melayu. Orang Melayu harus memikirkan “survival” mereka dan menolak sebarang perbuatan yang konon-kononnya atas nama demokrasi sedangkan Pakatan Rakyat sendiri kucar-kacir angkara hilangnya sokongan mereka yang selama ini memikirkan bahawa perjuangan PR adalah bagi menegakkan demokrasi. Penekanan harus di buat bahawa PR – khususnya Parti Keadilan Rakyat hanya hadir kerana mahukan kuasa dengan apa cara sekali pun untuk memuaskan kehendak Anwar Ibrahim. Rakyat diperalatkan untuk ini sedangkan kehadiran mereka hanya untuk politik.

P36 Kuala Terengganu harus menegaskan sokongan BN atau UMNO. Melayu khususnya harus bertindak untuk tujuan tersebut. Melayu perlu memastikan penipuan PR dan kepalsuan perjuangan PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP  sebagai satu petunjuk keikhlasan mereka dalam menegakkan Islam. Dalam pada masa yang sama, bangsa lain juga harus sedar bahawa aliran perjuangan PR adalah semata-mata untuk kuasa politik dan bukan konon-kononnya untuk perjuangan bangsa. Hari ini banyak perkara yang sudah menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan politik semata-mata. Kaum India dalam PKR kini sudah mula menunjukkan kegusaran dalam keikhlasan PKR dan begitu juga kaum Melayu yang semakin jelas nampak meminggirkan kebajikan mereka khususnya di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Hanya satu langkah sahaja yang mesti diambil oleh pengundi sana iaitu memilih parti yang lebih liberal tanpa membelakangi peruntukkan dalam Perlembagaan. Dalam itu BN dan UMNO adalah yang paling tepat untuk dipilih bagi memastikan semua bangsa terus sentiasa hidup dalam harmoni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: